Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Artikel ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisGlosari Leksikal Bahasa SukuanKamus Melayu ParsiKamus Thai Melayu Dewan
Kata Takrif Sumber
moral1. ajaran atau pegangan tentang buruk baik sesuatu perbuatan (kelakuan, kewajiban, dll), sikap atau cara berkelakuan yg ber­asaskan atau yg diukur dr segi baik buruk se­suatu akhlak: kadang-kadang, dongeng itu memang perlu sbg saluran pendidikan ke arah membentuk akhlak atau ~ yg baik; Datuk Penghulu ini sangat fanatik dlm perkara menjaga ~; 2. berkaitan dgn apa yg betul atau adil; bantuan ~ bantuan dgn kata­kata yg mengakui kebenaran atau yg me­nyokong seseorang atau sesuatu pihak (bukan berupa kebendaan); kemenangan ~ keme­nangan mempertahankan sesuatu yg benar; 3. semangat utk menghadapi ejekan (olokan) demi mempertahankan kebenaran; bermoral mempunyai moral, berakhlak: pengarang menggambarkan Aminah sbg perempuan yg ~ rendah; tidak ~ tidak ber­akhlak, sangat buruk (bkn tingkah laku), ber­tentangan dgn ciri-ciri akhlak yg dianggap baik (bkn perbuatan dsb).Kamus Dewan Edisi Keempat
tidak bermoraltidak ber­akhlak, sangat buruk (bkn tingkah laku), ber­tentangan dgn ciri-ciri akhlak yg dianggap baik (bkn perbuatan dsb).Kamus Dewan Edisi Keempat
bermoralmempunyai moral, berakhlak: pengarang menggambarkan Aminah sbg perempuan yg ~ rendah; tidak ~ tidak ber­akhlak, sangat buruk (bkn tingkah laku), ber­tentangan dgn ciri-ciri akhlak yg dianggap baik (bkn perbuatan dsb).Kamus Dewan Edisi Keempat
moralitiprinsip akhlak atau kelakuan yg baik (atau mulia): budi merupakan landasan ~ dan etika Melayu.Kamus Dewan Edisi Keempat
budi1. akal, kebijaksanaan: pendidikan juga bertujuan membentuk ~ manusia; sungguhpun tuan hamba raja, ~ tuan hamba kurang; 2. = ~ pekerti perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak: wah, terlalu sekali ahmak ~ku, kerana seorang perempuan, saudaraku kuturunkan dr atas takhta kerajaannya; 3. sifat baik, perbuatan baik, kebajikan: banyak benar ~ emak kpd kami; berhutang (terhutang, makan, tanggung) ~ berasa berterima kasih terhadap kebaikan orang; membalas ~ membalas kebaikan seseorang (dgn memberi bantuan dsb); menabur ~ sering membuat kebaikan; menanam (bertanam) ~ berbuat kebaikan (jasa dsb) kpd orang; mengenang ~ tidak lupa akan kebaikan orang; 4. bicara, daya upaya: apa ~ kita utk menentang kekejamannya? ~ bahasa tingkah laku dan pertuturan; ~ bicara a) akal; b) kebebasan membuat pertimbangan yg sewajarnya drpd seseorang yg dianggap berkuasa (berwibawa) dlm sesuatu hal: segala-galanya bergantung pd ~ bicara Ketua Pengarah; kurang ~ teraba-raba, tidak ilmu suluh padam prb orang yg kurang akal (pelajaran) akan mendapat kesusahan; sebab ~ boleh kedapatan prb kelakuannya sendiri yg menyebabkan kerugian (kerosakan); sebudi; (dgn) ~ akal dgn segala daya upaya, dgn bersungguh-sungguh; berbudi 1. berakal, bijaksana; 2. = ~ pekerti berkelakuan baik, sopan; 3. baik hati, pemurah; ~ (diri) bagai pisang lebat prb mendapat bencana kerana angkuh; memperbudikan Mn memperdayakan, menipu.Kamus Dewan Edisi Keempat
akhlak1 kelakuan atau tingkah laku yg baik; budi pekerti; moral. 2 kelakuan; tabiat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
akhlak1. kelakuan atau tingkah laku yg baik; budi pekerti; moral. 2. kelakuan; tabiat.Kamus Pelajar
susila1. baik budi bahasanya, beradab, sopan, tertib; 2. = kesusilaan a) adat istiadat yg baik, keadaban, kesopanan: pergaulan aku dgn kau pd ~ bangsaku tidak menjadi ke­salahan; b) pengetahuan bkn adab: pen­didikan kemasyarakatan dan pendidikan kesusilaan amat erat hubungannya; bersusila bersopan santun, beradab, ber­akhlak.Kamus Dewan Edisi Keempat
cacatkekurangan atau keadaan kurang sem­purna (lengkap, baik) pd badan (benda, per­buatan, akhlak, batin, dll), cela; barang ini ~ sedikit rosak (kurang elok) sedikit; apa ~nya kalau kita menjemput dia apa buruknya (malunya, ruginya, celanya) kalau menjem­put dia; ~nya sedikit, lampu di situ agak terang sayang lampu di situ agak terang; ~ akal tidak waras; ~ anggota cacat pd anggota (spt tidak bertangan dll); ~ cedera (cela, cida) bermacam-macam cacat; bercacat mempunyai cacat, bercela; mencacat mengatakan keburukan seseorang atau sesuatu, mencela: bangsa Melayu tidak dicacat dan dibencinya; mencacati 1. menyebabkan sesuatu cacat, melukai (merosakkan dsb): jangan dicacati pokok kayu di perkarangan itu; 2. mencabul, menodai: ~ nama baiknya sendiri; ~ undang-undang melanggar undang-undang; mencacatkan menjadikan atau menyebab­kan cacat: rokok juga boleh ~ bayi; tercacat tercela; cacatan celaan, kecaman, kritik: jika mendapati apa-apa perkara yg tidak munasabah dlm cerita ini, janganlah hendaknya menjadi ~; kecacatan perihal (keadaan, sifat, dsb) kurang sempurna, kekurangan atau keadaan (yg menjejaskan sesuatu): ~ ini tidak zahir pd mata ramai kerana Sulung sangat pandai melindungkan kekurangannya; ~ pd anggotanya tidak sedikit pun menghalangnya mencapai cita-citanya; ~ sembahyang fardu yg tidak disengajakan, kerana lupa, rosak bacaan, dll; pencacat orang yg suka mencacat(i), pen­cela, pencerca.Kamus Dewan Edisi Keempat
moral1 pegangan atau ajaran bkn dgn buruk baiknya sesuatu perbuatan (kelakuan, akhlak dll): Ajaran agama Islam membentuk ~ yg baik. 2 yg berkaitan dgn apa-apa yg betul atau yg adil. bermoral mempunyai moral; berakhlak: Mereka dididik supaya menjadi anak yg ~ dan tahu menghormati orang tua. tidak ~ tidak berakhlak; sangat buruk tingkah laku.Kamus Pelajar Edisi Kedua
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baik akhlak