Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Perkhidmatan ; Artikel ; Buku ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pucuk pauh rantingnya jatuh, Jatuh terlentang dimakan ulat; Tuanlah jauh saya pun jauh, Burung terbang berkirim surat.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Jatuh upih jatuh seludang, Jatuh mari di laman kami; Nasi putih lauk udang, Mari makan bersama kami.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Buah pauh jatuh tercampak, Jatuh mari tepi kuala; Air keruh ikan tak nampak, Buat penat turun menjala.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pisang awak jatuh berlerai, Jatuh sebiji ke sarung kain; Patut tuan hendak bercerai, Sudah berjanji dengan yang lain.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Layang-layang jatuh meriba, Jatuh gemercing di tengah laman; Kita sayang orang tak suka, Macam bertepuk sebelah tangan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Rumah buruk pintu sembilan, Nanti roboh tidakkan roboh; Laksana pungguk rindukan bulan, Nanti jatuh tidakkan jatuh.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Permata jatuh atas rumput, Jatuh ke rumput berbilang-bilang; Kalau di mata boleh luput, Dalam hati masakan hilang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sapu tangan jatuh ke laut, Jatuh ke laut dengan alasnya; Amboi berat budi disambut, Sambut dengan tiada balasnya.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Suaranya riuh jatuh ke tanah, Jatuh ke tanah memakan padi; Bunyi guruh di dalam sawah, Apalah sebab hujan tak jadi?

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sapu tangan jatuh ke laut, Jatuh dengan alas-alasnya; Panjangnya tangan saya menyambut, Satu pun tiada balasnya.
Tesaurus
 
jatuh (kata kerja)
1. Dalam konteks buah
bersinonim dengan gugur, luruh, runtuh, rurut,

2. Dalam konteks nilai, harga,
bersinonim dengan turun, merosot, berkurangan, susut, surut, menjunam,
Berantonim dengan naik

3. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, masuk,
Berantonim dengan terbit

4. Dalam konteks kerajaan
bersinonim dengan tumbang, runtuh, bubar, tewas, kalah,

5. Dalam konteks tarikh
bersinonim dengan berbetulan dengan, bersamaan dengan, bertepatan dengan, tepat pada,

Kata Terbitan : menjatuhkan, terjatuh, kejatuhan,

Puisi
 

Jatuh upih jatuh seludang,
     Jatuh mari di laman kami;
Nasi putih lauk udang,
     Mari makan bersama kami.



Lihat selanjutnya...