Kata |
Takrif |
Sumber |
syif utama(prime shift) | Waktu pengendalian komputer yang bersamaan dengan waktu pejabat organisasi. | Kamus Komputer |
hingar rujukan(reference noise) | Magnitud hingar litar yang memberikan bacaan meter hingar litar yang bersamaan dengan kuasa 10 watt pada 1 kHz. | Kamus Komputer |
tandatangan kerosakan(fault signature) | Output unik sambutan kepada pengujian yang dijalankan terhadap peranti yang rosak. Sambutan unik ini dapat ditafsirkan sebagai bersamaan dengan sejenis kerosakan yang telah disenaraikan oleh pereka bentuk asal atau pembuat sistem. | Kamus Komputer |
sama | 1. tidak berbeza atau berlainan (rupa, keadaan, dll), serupa: bajunya ~ dgn baju saya; dua kali dua ~ dgn empat; pangkatnya ~ tinggi dgn pangkat saya; 2. (turut) serta, bersaing (dgn orang lain) melakukan sesuatu: penjaga kedai turut ketawa ~ apabila men-dengar cerita itu; 3. yg setanding (setaraf dsb) dgn, setanding, seimbang, setara, setaraf: jikalau seorang raja tiada menaruh malu sopan akan ~nya raja, bukanlah dia itu raja namanya; 4. = sama-sama semua sekali, kesemuanya: mereka sama-sama ketawa; 5. = sama-sama kata yg menunjukkan per-buatan dsb yg berbalas-balasan, saling: memang laki bini itu ~ tidak suka; tahu ~ tahu sama-sama tahu; 6. bp akan, kepada: aku mulai sebal ~ perempuan itu; mengapa engkau mesti marah ~ dia? 7. bp dengan, berserta: Ahmad sekarang sudah jarang bermain ~ kami; 8. sl sambil, seraya: maka kata Raja Muhammad, Cih! Jatuh destar kita oleh Tun Besar, ~ ia memandang penjawat-nya; ~ ada apakah, ataukah; ~ ada ... atau baik ... mahupun; ~ bina mempunyai nilai (kadar, keadaan, dll) yg sama; ~ dengan serupa dengan; ~ kita antara kita sahaja; ~ nilai (mempunyai) sama nilaian (ukuran dll); ~ sahaja tidak berbeza (berubah); ~ sahaja (juga halnya) dgn tidak ubahnya spt; ~ segi (mem-punyai) segi yg sama; ~ sekali seluruhnya, segenapnya; ~ sendap Kl berpadanan dan sesuai, cocok; ~ sendiri = satu ~ lain antara mereka itu sendiri; ~ tengah a) betul-betul di tengah; b) tidak memihak ke mana-mana, berkecuali; ~ ukur kesamaan dlm bentuk (saiz dll) antara dua bahagian; ~ unsur (unsur-unsur yg) sama sifat kimia nya tetapi berlainan berat atomnya, isotop; air ~ air, sampah ke tepi juga prb jangan ikut campur perselisihan orang bersaudara, apabila mereka berbaik kembali kita akan tersisih juga; burung pipit ~ enggang prb jodoh yg tidak sepadan; tak ~ getah batang dgn getah daun prb kasih kpd anak sendiri itu tidak sama dgn kasih kpd anak saudara; telentang ~ menadah embun, tertiarap ~ memakan pasir = tertungkup ~ termakan tanah, tertelentang ~ terminum embun prb orang yg seia sekata dlm pergaulan; sesama antara (mereka itu) sendiri: mereka pun asyik berbicara ~ mereka; ~ manusia; sama-sama 1. semua sekali, kesemuanya (secara serentak atau sbg satu kumpulan); 2. serta, bertepatan (dgn); 3. turut serta, bersaing (melakukan sesuatu) dgn orang lain: saya mengajak saudara saudari ~ melihat bahasa dlm konteksnya; 4. ungkapan yg lazim di-gunakan utk membalas ucapan terima kasih drpd orang lain, terima kasih kembali; bersama 1. = bersama-sama berserta, bergandingan dgn, serentak dgn: esok harinya Poniem datang ~ anak angkatnya; kami mudik bersama-sama; ~ surat ini anakanda kembarkan wang lima puluh ringgit; 2. semuanya sekali, seluruhnya: tempat perun-dingan itu harus dipersetujui ~ oleh kedua-dua belah pihak; kedua-dua laki isteri itu pun duduk makan ~ dgn penuh selera; 3. utk sesamanya, utk sekaliannya: harta ~; kemakmuran ~; 4. bh melakukan hubungan jenis, bersetubuh: isteri diwajibkan melayani suami apabila dia mahu ~; bersamaan 1. bertepatan dgn, berbetulan dgn: hari Khamis ~ 20 September; ada dua orang ahli Tasawuf yg ~ waktunya di Acheh; 2. hampir sama, hampir serupa; 3. ber-bandingan (dgn), berimbangan (dgn): 30 sentimeter salji ~ dgn 2.5 sentimeter hujan; skalanya 2 sentimeter ~ 1 kilometer; 4. berpadanan, sesuai: ~ dgn teori tadi, kita buatlah suatu rumusan; 5. setara, sebanding, setingkat: profesor madya di Amerika Syarikat ~ dgn pensyarah kanan di sini; kebersamaan keadaan atau hal bersama: rasa ~ dgn anggota masyarakat; menyama-nyama membuat diri spt, berlaku spt: tidak usahlah kita hendak ~ orang kaya; menyamai sama dgn, setaraf dgn, setanding dgn: pd zaman itu sebuah negeri pun tiada ~ Melaka, melainkan Pasai dan Haru; kuasa Mahkamah Tertinggi Persekutuan sekarang ini tidaklah pula ~ kuasa Mahkamah Ter-tinggi di Amerika; menyamakan 1. menjadikan sama (serupa, selaras, dll): arnab dapat ~ warna dirinya dgn warna tanah; kerajaan Persekutuan boleh ~ undang-undang antara sebuah negeri dgn negeri yg lain; 2. menganggap (meman-dang) sama sahaja (dgn sesuatu), menganggap tidak berbeza drpd, menganggap serupa (setara, setanding, dll): pendekatan forma-listik sering disamakan dgn pendekatan struktur; gadis Melayu tidak boleh disama-kan dgn gadis Barat; 3. mengumpamakan, mengibaratkan, menganggap sama atau seolah-olah spt: manusia tidak boleh disamakan dgn jentera; perbuatan serupa itu dapat disama-kan dgn mengusik anjing tidur; mempersamakan menjadikan bersama-sama, memperikutkan, mengembarkan, menyerta-kan; mempersama-samakan melakukan sesuatu bersama-sama (dgn orang banyak): tidak pernah kerja berat dilakukan oleh seorang sahaja, melainkan sentiasa dipersama-samakan; kesamaan perihal (sifat, keadaan) sama: manusia sangat sukar utk memelihara ~ dan kesatuan dlm soal bahasa; ketidaksamaan perihal (sifat, keadaan) tidak sama: ~ antara gambaran dan hakikat; persamaan 1. perihal sama (sifat-sifatnya dll), persesuaian: yg membentuk bangsa ialah ~ bahasa, ~ sejarah, dan ~ kebudayaan; ada ~ antara orang asli di Filipina dgn orang asli di Semenanjung Tanah Melayu; 2. perbandingan, perumpamaan, ibarat: ~ yg diberikan dlm sajak-sajak itu banyak yg salah; 3. perbandingan dua ungkapan yg sama nilainya (dlm ilmu hisab, fizik, kimia, dll); ~ kimia perlambangan tindak balas kimia dgn menggunakan simbol unsur-unsur utk me-nandakan banyaknya bahan dan hasil tindak balas; penyamaan perbuatan menyamakan (menye-laraskan): perjanjian tentang ~ ejaan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia; penyama sesuatu (orang, perkakas, dll) yg menyamakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
nanometer | nanometer | Fizik | Nanoteknologi | Ukuran panjang bersamaan dengan 10(-9) meter atau bersamaan dengan satu per bilion meter. Nanometer dikaitkan dengan bidang nanoteknologi, iaitu bahan yang saiznya antara 1 nm - 100 nm. Ukuran nanometer (nm) juga digunakan untuk menyatakan jarak gelombang sinaran elektromagnet dalam spektrum sinaran tampak, iaitu 400 nm - 700 nm. |
pica | pika | - | Tiada | Unit ukuran tipografi yang bersamaan dengan 12 poin, 1/6 inci atau 4.2 mm. |
knot | knot | Sains Marin | Tiada | Unit kelajuan yang bersamaan dengan 1 batu nautika (1.852 km per jam atau berhampiran 1.151 batu per jam). |
comprehensive crime endorsement | endorsemen jenayah komprehensif | insurans | Tiada | Ia bersamaan dengan polisi 3-K (3-D), tetapi digunakan sebagai endorsemen untuk Polisi Peril Berbilang Khas. Endorsemen ini memberi perlindungan pilihan termasuk ketidakjujuran pekerja, kehilangan wang dan sekuriti, wang pesanan, wang palsu dan pemalsuan pendeposit. |
en | en | - | Tiada | Unit ukuran lelurus dalam bidang tipografi yang bersamaan dengan setengah em dalam fon yang sedang digunakan. |
exabyte | eksabait | Teknologi Maklumat | Tiada | Unit untuk mengukur kapasiti storan yang bersamaan dengan Exa 260 (1,152,921,504,606,846,976 bait). Exa berasal daripada perkataan Greek 'hex' yang bermaksud enam. |
em | em | Penerbitan | Tiada | Unit ukuran lelurus dalam bidang tipografi yang bersamaan dengan saiz poin huruf "M" dalam fon yang digunakan. |
monolayer | monolapisan | Fizik | Nanoteknologi | Lapisan yang terdiri daripada susunan molekul yang ketebalannya bersamaan dengan saiz molekul tersebut. Monolapisan dapat terjadi apabila molekul amfifilik terapung atas permukaan air dan lapisan ini dapat dimendapkan di atas permukaan substrat pepejal menggunakan teknik Langmuir-Blodgett. Monolapisan juga boleh terdiri daripada susunan atom yang padat dan dihasilkan di atas substrat pepejal melalui pemendapan epitaksi alur molekul. |
fatom | fatom | Sains Marin | Tiada | Unit ukuran bagi depa jarak panjang yang bersamaan dengan 6 kaki (1.8 m). Unit ini biasanya digunakan untuk mengukur kedalaman air laut. Alat yang selalunya digunakan untuk mengukur kedalaman air laut ialah fatometer dan kaedah ini dikenali sebagai fatogram. |
exabyte (EB) | eksabait (EB) | Teknologi Maklumat | Tiada | Unit untuk mengukur kapasiti storan yang bersamaan dengan Exa 260 (1,152,921,504,606,846,976 bait). Exa berasal daripada perkataan Greek 'hex' yang bermaksud enam. |
Kamus Sains.indb jari dari garis paksi anggota. (UBAT) abductor (abduktor) Otot yang mengabdukkan sesuatu. Banding adductor. (UBAT) abend (aben) Penamatan atur cara akibat ralat seperti ralat yang berlaku apabila huruf di- gantikan dengan nombor. Istilah ini dibentuk daripada abnormal ending atau abnormal end, iaitu pengakhiran tak normal. (KOM, MAT) aberration of light (aberasi cahaya) Aberasi imej yang terbentuk oleh kanta atau cermin lengkung. Contohnya, pinggir berwarna muncul kerana imej tidak difokus dengan sempurna dan ben- tuknya memperlihatkan herotan. (FIZ) abfarad (abfarad) Unit ukuran keamatan elektrik yang bersamaan dengan 1 × 10 –9 farad. (KEJ) abhenry (abhenry) Unit ukuran kearuhan elektrik yang bersamaan dengan
|
Kamus Thai 2.indb ba:y] น dasar, polisi นรก [narok] น neraka นวนิยาย [nawaniya:y] น novel นวด [nuat] ก 1 (ร่างกาย) mengurut: หมอกำลังนวดขาของยูโซฟด ้ วยน ้ ำมันปลิงทะเล Bomoh sedang mengurut kaki Yusuf dengan minyak gamat. 2 (ข ้ าวเปลือก) mengirik: ชาวนาในภาคอีสานของไทยเคย ใช ้ ควายนวดข ้ าว Pesawah di timur laut Thailand pernah menggunakan kerbau untuk mengirik padi. 3 (แป้ง) menguli: คุณแม ่ กำลังนวดแป น sawah, bendang นากุ ้ ง [-ku] น kolam udang นาเกลือ [-kla] น kolam garam น ่ า [na:] ว sepatutnya: เมื่อวานเธอน ่ าจะ ไปภูเก็ตกับเขา Sepatutnya kamu ke Phu ket dengan dia semalam. น ้ า [na:] น 1 a (คำบอกเครือญาติชาย) bapa saudara b (คำบอกเครือญาติหญิง) emak saudara 2 a (คำเรียกขานชาย) pak cik, b (คำเรียกขานหญิง) mak cik นาก 1 [na:k] น
|
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
kilogram | kilogram | Unit jisim yang bersamaan dengan 1000 gram. Simbolnya, kg. | Sekolah Rendah |
gram | gram | Unit jisim SI yang bersamaan dengan 0.001 kilogram. Simbolnya, g. | Sekolah Rendah |
liter | litre | Unit isi padu cecair yang bersamaan dengan 1000 mililiter. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
kilowatt-jam | kilowatt-hour | Unit tenaga elektrik yang bersamaan dengan penggunaan kuasa 1000 watt dalam masa 1 jam. Singkatannya, kWj. | Menengah Rendah |
kalori | calorie | Nilai tenaga yang diperoleh daripada makanan. 1 kalori tenaga haba bersamaan dengan 4.1840 joule. | Menengah Rendah |
tahun cahaya | light year | Unit yang digunakan untuk mengukur jarak dalam astronomi. Satu tahun cahaya bersamaan dengan 9.46 juta kilometer. | Menengah Rendah |
voltan punca min kuasa dua | root mean square voltage | Nilai voltan arus ulang-alik yang bersamaan dengan nilai arus terus bagi menghasilkan kesan haba yang sama. | Menengah Atas |
unit jisim atom (u.j.a) | atomic mass unit (a.m.u) | Unit yang digunakan untuk menyatakan jisim sesuatu atom, yang bersamaan dengan 1⁄12 jisim atom karbon-12. | Menengah Atas |
prinsip Archimedes | Archimedes principle | Prinsip yang menyatakan bahawa sesuatu jasad yang ditenggelamkan sebahagian atau sepenuhnya dalam bendalir, akan mengalami kehilangan berat yang bersamaan dengan berat bendalir yang disesarkan oleh jasad tersebut. | Menengah Atas |
joule | joule | Unit kerja atau tenaga dengan simbol J (joule). 1 joule bersamaan dengan 1 watt per saat dan 0.2388 kalori. | Menengah Rendah |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
dozen | dozen | Unit untuk perhitungan bilangan benda atau objek yang bersamaan dengan 12. Contohnya, 12 batang pensel bersamaan dengan 1 dozen pensel. | Menengah Rendah |
matriks identiti | identity matrix | Matriks segi empat sama yang unsur pada pepenjuru utamanya bersamaan dengan 1 dan semua unsur lainnya bersamaan dengan 0. Lihat Contoh | Menengah Atas |
kadaran | proportion | Pernyataan matematik yang menunjukkan hubungan antara dua kuantiti dalam nisbah yang sama. Contohnya, isi padu 2 botol air bersamaan dengan 3 liter, maka isi padu 4 botol air bersamaan dengan 6 liter. | Menengah Rendah |
trilion | trillion | Nilai yang bersamaan dengan seribu bilion. Nilai ini boleh ditulis dalam bentuk 1012 atau 1 000 000 000 000. | Menengah Rendah |
bilion | billion | Nilai yang bersamaan dengan seribu juta. Nilai ini boleh ditulis dalam bentuk 109 atau 1 000 000 000. | Menengah Rendah |
kuasa tiga sempurna | perfect cube | Nombor yang bersamaan dengan kuasa tiga bagi suatu nombor bulat. Contohnya, 27 ialah kuasa tiga sempurna kerana 27 = 3³. | Menengah Rendah |
kuasa dua sempurna | perfect square | Nombor yang bersamaan dengan kuasa dua bagi suatu nombor bulat. Contohnya, 25 ialah kuasa dua sempurna kerana 25 = 5². | Menengah Rendah |
sudut tegak | right angle | Sudut yang mempunyai ukuran bersamaan dengan 90°. Lihat rajah | Menengah Atas |
pecahan tak wajar | improper fraction | Pecahan yang pengangkanya bersamaan dengan atau lebih besar daripada penyebut. | Menengah Atas |
pasti | certain | Perihal kebarangkalian berlakunya sesuatu kejadian yang bersamaan dengan 1. | Menengah Rendah |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersamaan dengan |
|
|