KANDUNGAN
Jawapan Kesalahan ayat tersebut adalah pada kata dijatuhkan. Ayat tersebut sekiranya diaktifkan akan menjadi: Hakim menjatuhkan pesalah itu hukuman gantung sampai mati kerana mengedar dadah. Ayat ini bermakna bahawa yang jatuh ialah pesalah bukannya hukuman gantung sampai mati. Sepatutnya, yang jatuh ialah hukuman dan pesalah yang menerimanya. Ayat tersebut sepatutnya: (a) Pesalah itu dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh hakim kerana mengedar dadah. (b) Hukuman gantung sampai mati dijatuhkan oleh hakim
|
|
Tesaurus |
---|
| jatuh (kata kerja) | 1. Dalam konteks buah bersinonim dengan gugur, luruh, runtuh, rurut,
2. Dalam konteks nilai, harga, bersinonim dengan turun, merosot, berkurangan, susut, surut, menjunam, Berantonim dengan naik
3. Dalam konteks matahari bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, masuk, Berantonim dengan terbit
4. Dalam konteks kerajaan bersinonim dengan tumbang, runtuh, bubar, tewas, kalah,
5. Dalam konteks tarikh bersinonim dengan berbetulan dengan, bersamaan dengan, bertepatan dengan, tepat pada,
| Kata Terbitan : menjatuhkan, terjatuh, kejatuhan, |
|
Puisi |
---|
|
Jatuh upih jatuh seludang, Jatuh mari di laman kami; Nasi putih lauk udang, Mari makan bersama kami.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 403 Troubles never come singly Malang sering kali datang bertimpa-timpa Sudah jatuh ditimpa tangga It is said that troubles never come singly. Less than two days after the country was shattered by the explosion of its nuclear plant, one of its active volcanoes finally erupted and killed 20,000 people. Kata orang, sudah jatuh ditimpa tangga. Tidak sampai dua hari selepas negara itu diranapkan oleh letupan loji nuklearnya, salah sebuah gunung berapinya yang aktif meletus dan meragut 20,000 nyawa. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|