Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Pucuk pauh rantingnya jatuh, Jatuh terlentang dimakan ulat; Tuanlah jauh saya pun jauh, Burung terbang berkirim surat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jatuh upih jatuh seludang, Jatuh mari di laman kami; Nasi putih lauk udang, Mari makan bersama kami.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Geruda jatuh terhempas, Jatuh terhempas di Medan Sumatera; Akibat jerebu susah bernafas, Sesak nafas amat sengsara.Pantun Melayu SarawakUmum
Helikopter Nuri jatuh terhempas, Jatuh melanggar Gunung Bukitan; Penyelamat terus menjalan tugas, Melepasi gunung hutan hujan.Pantun Melayu SarawakBudi Rampaian
Buah pauh jatuh tercampak, Jatuh mari tepi kuala; Air keruh ikan tak nampak, Buat penat turun menjala.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Pisang awak jatuh berlerai, Jatuh sebiji ke sarung kain; Patut tuan hendak bercerai, Sudah berjanji dengan yang lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Layang-layang jatuh meriba, Jatuh gemercing di tengah laman; Kita sayang orang tak suka, Macam bertepuk sebelah tangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Rumah buruk pintu sembilan, Nanti roboh tidakkan roboh; Laksana pungguk rindukan bulan, Nanti jatuh tidakkan jatuh.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Jatuh tupai salah melompat, Berkejar naik ke batang pinang; Tubuhku longlai patah semangat, Mendengar adik dipinang orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jatuh bangkit orang berburu, Mengejar kijang ke sana sini; Tubuhku sakit tulang pun ngilu, Mendengar abang sudah berbini.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tesaurus
 
jatuh (kata kerja)
1. Dalam konteks buah
bersinonim dengan gugur, luruh, runtuh, rurut,

2. Dalam konteks nilai, harga,
bersinonim dengan turun, merosot, berkurangan, susut, surut, menjunam,
Berantonim dengan naik

3. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, masuk,
Berantonim dengan terbit

4. Dalam konteks kerajaan
bersinonim dengan tumbang, runtuh, bubar, tewas, kalah,

5. Dalam konteks tarikh
bersinonim dengan berbetulan dengan, bersamaan dengan, bertepatan dengan, tepat pada,

Kata Terbitan : menjatuhkan, terjatuh, kejatuhan,

Puisi
 

Jatuh upih jatuh seludang,
     Jatuh mari di laman kami;
Nasi putih lauk udang,
     Mari makan bersama kami.



Lihat selanjutnya...