Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Manakah yang betul? 1. Olahragawan pada tahun ini ( jatuh pada / jatuh pada tangan ) Jimmy Liu, dari Rumah Hijau.Ayat yang betul ialah "Olahragawan pada tahun ini jatuh kepada Jimmy Liu, daripada Rumah Hijau".Tatabahasa22.09.2014
Disebabkan oleh kekurangan modal pusingan, syarikat itu telah jatuh. Penggunaan "jatuh" dalam ayat ini salah. Adakah "bangkrap" lebih sesuai dalam konteks ayat tersebut?Perkataan yang lebih sesuai ialah bankrap. Bankrap bermaksudmenderita kerugian dan tidak mampu membayar segala hutang sehingga perniagaan tidak dapat diteruskan. Kedua, jatuh miskin dan habis harta bendanya.Tatabahasa10.04.2013
Buah durian jatuh pada waktu malam. munsyi, adakah jatuh salah dalam ayat ini memandangkan jatuh bermaksud 1. turun ke bawah dgn cepat (bkn buah, daun, rambut, dll), gugur, luruh TQBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan jatuh bermaksud turun ke bawah dengan cepat (berkenaan buah, daun, rambut, dll), gugur, luruh. Gugur bermaksud jatuh dari pohon (tentang buah, daun dsb. jatuh dari pohon (tentang buah, daun dsb; luruh. Luruh pula bermaksud gugur kerana sudah masak (buah-­buahan). Berdasarkan maksud yang diberikan, penggunaan perkataan 'jatuh' tidak salah.  Walau bagaimanapun, 'jatuh' dan 'gugur' tidak merujuk kepada buah yang telah masak, sementara 'luruh' merujuk kepada buah yang sudah masak.Makna07.02.2012
nyatakan maksud- belum duduk sudah berlunjur, biar jatuh terletak jangan jatuh terhempas, perempuan perasan lelaki pemalu

Maksud "Belum duduk sudah berlunjur":
Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati lebih dulu.

"Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas" maksudnya ialah lebih baik menarik diri lebih dulu daripada diberhentikan dengan tidak hormat.

Peribahasa yang betul ialah "Perempuan serasan, lelaki pemalu" bermaksud pegangan hidup yang tidak serupa.

Makna23.02.2009
Salam satu Malaysia, 1. Jatuh dari basikal 2. Jatuh daripada basikal Yang mana betul ? Terima kasih.Frasa yang betul ialah terjatuh daripada basikal.Tatabahasa03.07.2013
1. Ibu mengisar cili ( sehingga / hingga ) lumat. 2. Olahragawan ( jatuh pada tangan / jatuh pada ) Ali.1. Jawapan yang tepat: Ibu mengisar cili sehingga lumat.

'Hingga' bermaksud garis terakhir, batas; sampai ke (had tempat, waktu, dll). Contoh : percakapan terhenti hingga itu; hingga kini. 'Sehingga' bermaksud sampai pada keadaan (masa,dll); sampai menjadi; setelah (sudah). Contoh : sehingga matahari telah condong ke barat, barulah Si Tanggang berkayuh balik.

2.  Soalan kedua sukar difahami.  Minta maaf.
Lain-lain21.09.2014
Tarmizi telah jatuh hati pada gadis itu atau tarmizi telah jatuh hati kepada gadis ituAyat yang gramatis Tarmizi telah jatuh hati kepada gadis ituTatabahasa20.05.2012
1) Adakah perkataan jatuh boleh digunakan dalam ayat di bawah meskipun dalam kamus dewan edisi keempat ada menyatakan jatuh juga bermaksud terbenam. - Para pelancong terpegun melihat matahari jatuh di kaki langit. 2) Adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan dari segi struktur bahasa? - Jamil hanya makan rambutan satu biji sahaja. -Ayah membeli kereta baru di kedai itu. - Banyak murid pergi ke sekolah dengan menaiki basikal.1) Dalam konteks ayat tersebut, penggunaan yang betul ialah terbenam.
2) Jamil hanya makan rambutan satu biji sahaja. Apabila didahului kata hanya, kata sahaja tidak perlu hadir dalam ayat tersebut.
3) Ayah membeli kereta baharu di kedai itu. Betul.
4) Banyak murid pergi ke sekolah dengan menaiki basikal. Kata dengan dan menaiki tdak iboleh hadir secara berturutan.
Tatabahasa02.08.2013
Ayat manakah yang betul? i) Olahragawan tahunan jatuh pada Ali. ii) Olahragawan tahunan jatuh kepada Ali.Ayat yang betul ialah  ii) Olahragawan tahunan jatuh kepada Ali.Tatabahasa24.09.2013
Salam, Mohon bertanya, mengapakah "Dia jatuh cinta dengan saya." salah? Dan mohon penjelasan mengapa "Dia jatuh cinta pada saya" lebih sesuai untuk konteks ini.Ayat yang betul ialah "Dia jatuh cinta kepada saya." Kata sendi nama "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan.

Manakala kata sendi nama "dengan" digunakan untuk membawa maksud bersama-sama, cara sesuatu itu dilakukan, memakai atau menggunakan dan menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama.
Tatabahasa17.05.2013
Tesaurus
 
jatuh (kata kerja)
1. Dalam konteks buah
bersinonim dengan gugur, luruh, runtuh, rurut,

2. Dalam konteks nilai, harga,
bersinonim dengan turun, merosot, berkurangan, susut, surut, menjunam,
Berantonim dengan naik

3. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, masuk,
Berantonim dengan terbit

4. Dalam konteks kerajaan
bersinonim dengan tumbang, runtuh, bubar, tewas, kalah,

5. Dalam konteks tarikh
bersinonim dengan berbetulan dengan, bersamaan dengan, bertepatan dengan, tepat pada,

Kata Terbitan : menjatuhkan, terjatuh, kejatuhan,

Puisi
 

Jatuh upih jatuh seludang,
     Jatuh mari di laman kami;
Nasi putih lauk udang,
     Mari makan bersama kami.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
403

Troubles never come singly

Malang sering kali datang bertimpa-timpa

Sudah jatuh ditimpa tangga

It is said that troubles never come singly. Less than two days after the country was shattered by the explosion of its nuclear plant, one of its active volcanoes finally erupted and killed 20,000 people.

Kata orang, sudah jatuh ditimpa tangga. Tidak sampai dua hari selepas negara itu diranapkan oleh letupan loji nuklearnya, salah sebuah gunung berapinya yang aktif meletus dan meragut 20,000 nyawa.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...