Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MERAK | Merak ialah salah satu burung yang suka menonjolkan diri kerana berbadan besar dan cantik bulunya. Dari segi teknikal, perkataan merak merujuk kepada burung merak jantan. Burung betina dikenali sebagai burung merak betina. Kebanyakan orang menggunakan perkataan burung merak bagi kedua-dua jantina. | UMUM | |
SYAITAN | Syaitan ialah makhluk yang sangat jahat dan suka menyesatkan manusia. Dalam al-Quran perkataan iblis dan syaitan banyak kali diulang dalam ayat-ayat yang berlainan. Perkataan iblis disebut dalam bentuk kata tunggal sebanyak 11 kali, sementara perkataan syaitan disebut dalam bentuk kata tunggal dan kata jamak sebanyak 18 kali. Begitu juga perkataan al-Jin dan al-Jinnah dalam beberapa ayat dalam al-Quran yang disebut dalam bentuk kata tunggal dan kata jamak kebanyakannya membawa makna syaitan. | UMUM | |
ORANG HUN | Orang Hun ialah puak yang berkelana serta suka berperang. Mereka menyerang Empayar Rom pada tahun 400-an M. Di bawah arahan Attila, pemimpin mereka yang terpenting, orang Hun hampir-hampir memusnahkan Empayar Rom di timur dan di barat. | UMUM | |
AMAZON | Amazon ialah bangsa bagi sekumpulan wanita yang suka berperang dalam mitos Yunani. Mereka tinggal di sebuah kawasan di Asia Kecil yang dikenali sebagai Cappadocia. Mereka hanya bertemu dengan lelaki di medan perang dan ketika satu upacara penyatuan seks dengan orang Gorgarensia yang berjiran dengan mereka. Amazon membunuh semua anak lelaki yang lahir hasil daripada penyatuan ini, tetapi memelihara anak-anak perempuan mereka dan melatih mereka dalam seni peperangan. | UMUM | |
ARACHNE | Arachne ialah seorang penenun yang mahir dalam mitologi Yunani. Dia suka bercakap besar bahawa dia boleh menenun kain yang lebih cantik daripada yang ditenun oleh Athena, dewi seni dan kraf tangan. Athena menerima cabaran Arachne untuk menyertai pertandingan menenun. Athena menenun dewangga yang menggambarkan manusia dihukum oleh dewa kerana keangkuhan mereka. Karya Arachne menunjukkan kelakuan tidak senonoh dewa dan dewi. Apabila Athena melihat karya Arachne secantik karyanya, dia pun mengoyakkan kain itu. Apabila Arachne cuba menggantung dirinya, Athena berasa kasihan lalu menukarkannya menjadi seekor lelabah. Kemahiran Arachne masih bertahan dalam memintal sarang oleh lelabah. | UMUM | |
TEAL | Teal ialah nama bagi kira-kira 15 spesies itik kecil yang suka bermain di air. Teal memakan tumbuhan akuatik dan biji-bijian dengan memilihnya melalui perbuatan mengunggis dengan paruhnya. Ia juga boleh terbalik untuk makan. Teal membiak di kolam dan tasik air tawar yang cetek yang disempadani tumbuhan yang tebal. Ia terbang laju dengan kibasan sayapnya yang cepat, dan apabila ia cemas ia boleh naik secara menegak dari permukaan air. Kebanyakan teal mempunyai bulu keperangan yang diselangi dengan tanda berwarna cerah dan gelap. | UMUM | |
EKSTROVERT | Ekstrovert apabila digunakan dalam bentuk bukan teknikal, bermaksud orang yang suka bergaul dengan masyarakat dan mudah mesra. | UMUM | |
PERAHU LAYAR | Perahu layar ialah vesel layar, biasanya kecil, yang digunakan hanya untuk bersuka-suka. Sebuah perahu layar boleh merupaka sebarang jenis vesel, daripada sebuah sampan layar yang kecil hingga kepada sebuah kapal laut yang menggunakan enjin stim. Perahu layar moden berasal dari Belanda. Di Belanda, ia disebut sebagai jaght boat atau bot buru. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perahu layar, lihat juga Belayar. | UMUM | |
DINAWRIY, ABU HANIFAH AL- | Dinawriy, Abu Hanifah al- (?281 H / ?894 M), ulama Islam yang suka merantau. Nama penuhnya ialah Ahmad ibn Daud dan digelar Abu Hanifah. Dia juga diberi nama Abdullah ibn Ali al- Ushab. | UMUM | |
MEMANCING | Memancing merupakan salah satu bentuk rekreasi yang paling popular. Setiap orang pada semua peringkat umur suka memancing di anak sungai, sungai, tasik, teluk, dan laut. Ikan yang dipancing pula terdiri daripada pelbagai spesies (jenis) ikan. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| suka | 1. Bersinonim dengan gembira ( girang, suka ria, senang hati, riang, sukacita, ) (adjektif:) Berantonim dengan duka
2. Bersinonim dengan mudah ( kerap, kerap kali, sering, sering kali, acap-acap, acapkali, nyalar, sentiasa, selalu, ) (adverba:) Berantonim dengan jarang
3. Bersinonim dengan gemar ( mahu, ingin, berminat, rela, sudi, berkenan, sualak, kasdu, gegek, solak, amuh, ) (kata kerja:) Berantonim dengan benci
4. Bersinonim dengan sayang akan ( cinta akan, berminat, kama, hubah, semara, ) (kata kerja:) Berantonim dengan benci
| Kata Terbitan : bersuka-suka, bersuka-sukaan, menyukai, menyukakan, sukaan, kesukaan, sukacita, bersukacita, menyukacitakan, |
|
Puisi |
---|
|
Kelapa muda muda juga, Kelapa tua dibuat inti; Suka suka juga, Sembahyang kita jangan dihenti.
Lihat selanjutnya... |
|