Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PERTUBUHAN PERDAGANGAN BEBAS EROPAH (EFTA) | Pertubuhan Perdagangan Bebas Eropah (EFTA) ditubuhkan pada tahun 1960 bagi membolehkan anggotanya mendalami objektif ekonomi yang sama, khususnya melalui perdagangan bebas dalam keluaran industri. Objektif ini dicapai dengan memansuhkan tarif perdagangan dan halangan teknikal terhadap perdagangan. | UMUM | |
SENI ABSTRAK | Seni abstrak ialah gaya seni tahun 1900-an yang mengetepikan subjek yang dapat dikenal pasti dengan jelas. Seni abstrak juga dikenali sebagai seni bukan objektif atau seni bukan figuratif . Seni abstrak ialah gaya seni tahun 1900-an yang mengetepikan subjek yang dapat dikenal pasti dengan jelas. Seni abstrak juga dikenali sebagai seni bukan objektif atau seni bukan figuratif . | UMUM | |
PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA | PERGERAKAN PUTERI Islam Malaysia, pertubuhan berpakaian seragam. Pertubuhan ini ditubuhkan pada tahun 1970-an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM). LKPIM dipengerusikan oleh Tunku Puan Besar Kurshiah. PPIM merupakan salah satu pergerakan berpakaian seragam yang bergerak di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah/wilayah untuk para pelajar perempuan di sekolah-sekolah rendah, menengah, maktab/Institusi dan universiti. Ia bergerak sebagai sebuah pergerakan dalam unit kokurikulum dan aktivitinya adalah berdasarkan ajaran Islam. Ini adalah selaras dengan falsafah PPIM yang bertujuan melahirkan puteri sebagai insan kamil. Oleh sebab objektif pertubuhan ini dan objektif LKPIM berbeza, maka dengan nasihat pendaftar pertubuhan, Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) telah didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan berpakaian seragam pada 3 Disember 1988 dengan perlembagaannya sendiri. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA | UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, universiti pertama khusus untuk bidang sains dan teknologi. Sejarah awal Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bermula dengan pembukaan Sekolah Teknik pada tahun 1904. Objektif utama mewujudkan sebuah sekolah teknik ketika itu adalah untuk melatih tenaga pekerja bagi mengendalikan pembangunan prasarana seperti jalan kereta lembu dan jalan kereta api yang menghubungkan pusat-pusat perlombongan ke bandar pesisiran Selat Melaka seperti Taiping, Kuala Lumpur dan Seremban. Oleh itu, bagi menampung keperluan yang mendesak ini sebuah sekolah teknik amat diperlukan. Sebuah dana permulaan yang berjumlah $300 000 daripada seorang dermawan telah diwujudkan pada tahun 1904 untuk tujuan pembinaan sekolah tersebut di Kuala Lumpur. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
SAROYAN, WILLIAM | Saroyan, William (19081981) ialah penulis Amerika. Dia menjadi terkenal kerana drama dan ceritanya yang menyanjung kebolehan manusia biasa hidup sepenuhnya, dan bergembira dalam dunia yang jelik. Dalam salah satu prakata dramanya, Saroyan menulis: Dalam kehidupan ini, cubalah anda lalui dengan sebaik-baiknya agar tiada kejelikan atau kematian untuk diri anda dan untuk sesiapa sahaja yang berkaitan dengan anda. Karya Saroyan merakamkan kepercayaan bahawa insan tidak bersalah. Kebanyakan karyanya mengisahkan kemiskinan dan insan yang gigih. Karyanya lebih bersifat sentimental daripada bersifat objektif terutama paparannya tentang kanak-kanak dan kehidupan golongan pekerja. | UMUM | |
PARTI MELAYU SEMANGAT 46 | Parti Melayu Semangat 46 ialah parti politik yang diwujudkan di Malaysia selepas terjadinya perpecahan dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1987, dan kemudian pengharaman UMNO oleh Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988. Parti ini diasaskan oleh Tengku Razaleigh Tengku Hamzah bersama dengan beberapa orang tokoh UMNO asal seperti Datuk Rais Yatim, Datuk Harun Idris, Datuk Suhaimi Haji Kamaruddin, Hajah Marina Yusuf, Datuk Zainal Abidin Zain, Datuk Abdul Manan Othman, Ibrahim Ali, Datuk Paduka Hajah Rahmah Othman, Hajah Ilani Datuk Haji Ishak, Datuk Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Datuk Shahrir Abdul Samad dan lain-lain. Objektif penubuhan parti ini bertujuan untuk mengembalikan semangat UMNO asal yang ditubuhkan pada tahun 1946. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| objektif | Bahasa Asal :Inggeris | 1. Bersinonim dengan faktual ( empiris, saintifik, sebenar, rasional, wajar, waras, berpatutan, tidak peribadi, tidak emosional, tanpa prasangka, saksama, adil, tidak berat sebelah, tidak memihak, berkecuali, ) (adjektif:) Berantonim dengan subjektif
2. Bersinonim dengan tujuan ( matlamat, sasaran, bulan-bulan, sekip, kehendak, hajat, hasrat, niat, maksud, impian, cita-cita, harapan, misi, motif, destinasi, aspirasi, haluan., ) (kata nama:)
|
|
|