Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SARGENT, JOHN SINGER | Sargent, John Singer (18561925), pelukis Amerika yang membuat karya-karya utamanya di Eropah. Dia menghabiskan sebahagian besar usia dewasanya di England. Kini, hasil karyanya dipamerkan di Tate Gallery, London, sebagai contoh lukisan England pada akhir tahun 1800-an. | UMUM | |
TERENCE | Terence (195?159? S.M.) ialah penulis drama komedi Rom. Karya dramanya, pada dasarnya, merupakan versi Latin daripada jalan cerita Yunani. Karya-karyanya lebih halus berbanding dengan karya-karya Plautus, dan ditandai gaya penulisan yang tulen, binaan cerita yang teliti, dan gambaran sifat yang baik. Kesemua enam karya drama komedinya masih boleh dibaca dan dipentaskan. | UMUM | |
MÖRIKE, EDUARD | Mörike, Eduard (18041875) ialah penyair lirik Jerman. Dia berjaya mengatasi kekaburan yang menjadi ciri kebanyakan puisi romantik. Karya-karya Mörike banyak yang membayangkan suasana aman dan menyeronokkan. Tetapi puisinya yang amat dikagumi ialah mengenai sesuatu objek atau detik waktu, seperti sebuah lampu usang dalam rumah musim panas, atau sepasang kekasih ketika menghilangkan diri di satu sudut. | UMUM | |
SARTRE, JEAN-PAUL | Sartre, Jean-Paul (19051980) ialah ahli falsafah eksistentialis Perancis yang menyatakan ideanya dalam banyak novel, drama, cerita pendek, dan karya-karya teorinya. | UMUM | |
HADIAH SASTERA DI MALAYSIA | Hadiah Sastera di Malaysia ialah hadiah yang diberikan oleh kerajaan atau pihak swasta kepada para penulis di malaysia dalam menghasilkan karya-karya sastera yang baik | UMUM | |
AESCHYLUS | Aeschylus (525456 S.M.) ialah penulis terawal yang menulis tragedi Yunani yang karyanya wujud dalam bentuk yang lengkap. Dia menulis lebih daripada 80 drama, yang daripada jumlah itu tujuh masih wujud. Karya-karya ini memperlihatkan seorang seniman yang benar-benar patriotik dan warak yang membawa kematangan kepada tragedi Yunani. Sebelum Aeschylus, tragedi Yunani mempunyai seorang pelakon yang hanya dapat memberi respons kepada soalan atau cadangan korus. Aeschylus menambah bilangan pelakon kepada dua, yang mewujudkan dialog yang membolehkan watak berinteraksi. | UMUM | |
BAHASA MELAYU KLASIK DALAM KARYA AGAMA | BAHASA MELAYU KLASIK DALAM KARYA AGAMA, bahasa Melayu yang digunakan dalam khazanah karya agama. Karya agama dalam bahasa Melayu klasik dapat dibahagi secara kasar kepada tiga bidang menurut kandungannya. | BAHASA | Konsep |
LESSING, DORIS | Lessing, Doris (1919 ), penulis wanita Inggeris yang terkenal dengan karya novel. Karya cerekanya memaparkan penekanan yang begitu mendalam terhadap moral, politik dan sikap psikologi dan juga peranan wanita pada zaman moden. | UMUM | |
AYER, SIR ALFRED JULES | Ayer, Sir Alfred Jules (1910 1989), ahli falsafah British, memprolehi reputasi awal kerana bukunya Language, Truth and Logic (1936). Buku ini memperkenalkan falsafah yang dikenali sebagai positivisme logik dan doktrin bahawa pesoalan dalam metafizik adalah tanpa makna. Karya-karya falsafahnya yang terkemudian termasuk The Foundations of Empirical Knowledge (1940) dan The Problem of Knowledge (1956). Ayer lahir di London dan mendapat pendidikan di Eton College serta Oxford University. Dia menjadi profesor di London University pada tahun 1946, dan memegang jawatan Profesor Wykeham Professor of Logic di Oxford University pada tahun 1959 hingga 1978. | UMUM | |
PENGHIBURAN | PENGHIBURAN, majalah sastera. Majalah ini diterbitkan pada bulan April 1936 di Ipoh, Perak. Pengarang dan penerbit majalah ini ialah Ahmad Nawawi bin Mohd. Ali. Ia diterbitkan dua kali sebulan. Penghiburan agak penting dalam kaitannya dengan pertumbuhan cerpen-cerpen Melayu sebelum Perang Dunia Kedua kerana ia merupakan majalah yang terlibat secara langsung dan menyeluruh untuk memuatkan karya-karya berbentuk cerpen. Karya-karya cerpen yang tersiar itu pula berupa kisah-kisah agama. Majalah ini tidak lama usia penerbitannya. [lih. j. AHMAD NAWAWI MOHD. ALI] | SASTERA | Penerbitan |
|
Tesaurus |
---|
| karya (kata nama) | 1. Bersinonim dengan kerja: tugas
2. Bersinonim dengan ciptaan: gubahan, karangan, rekaan, reka cipta, buatan, kreativiti, nukilan
cerpen, puisi, sajak, syair, gurindam, drama, novel, pantun, seloka, satir,
hikayat, rubai, lukisan,
| Kata Terbitan : berkarya, pengkarya, |
|
|