Kata |
Takrif |
Sumber |
mendodoikan | melagukan (menyanyikan) utk menidurkan anak, mendondong, mengulitkan: dr jauh kedengaran suara itu ~ anaknya dgn pantun-pantun tua; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serangkap | 1. sepasang: lembing ~; 2. satu rangkap (pantun, sajak, dll); ~ pantun empat baris pantun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dodoi | lagu (nyanyi) yg didendangkan utk menidurkan anak, dondong, pengulit: maka Pangkulun pun minta halal segala dukung kilik, ~ dan lala serta air susu drpd ibunya; mendodoikan melagukan (menyanyikan) utk menidurkan anak, mendondong, mengulitkan: dr jauh kedengaran suara itu ~ anaknya dgn pantun-pantun tua; dodoian dodoi: ~ yg sumbang juga berguna kpd bayi yg mendengar perubahan rentak dan nada. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pantun | Hutang budi dibawa mati. berpantun 1 mengucapkan atau menyanyikan pantun. 2 berbalas-balas pantun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pantun | 1. sj puisi lama yg biasanya terdiri drpd empat baris dlm tiap-tiap rangkap (dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yg selainnya mengandungi maksudnya); berbalas ~ mengucapkan pantun bersambut-sambutan; 2. ark sj peribahasa yg digunakan sbg sindiran; 3. ark sbg jawaban kpd tuduhan dll; sepantun seperti, macam, seumpama; berpantun mengucapkan (menyanyikan) pantun: tiadalah pernah ia bertitah serta ~ seloka malam ini; berpantun-pantunan berbalas-balas pantun; memantuni menyindir (mengejek) dgn pantun; memantunkan mengarang (mencipta) pantun, menyatakan sesuatu dgn menggunakan pantun: maka dipantunkan orang, Murah kata derji, Empat hasta, sehelai baju, Muda berusul Lela Manja, Bagai mutiara dlm teraju; pemantun orang yg mengarang pantun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serangkai pantun | serangkap pantun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berbalas pantun | mengucapkan pantun bersambut-sambutan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serangkap pantun | empat baris pantun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rangkai | beberapa benda yg dihubungkan (dikaitkan, dipautkan): lampu tiga se~; bentuk-bentuk penambah yg ditulis se~ dgn kata-kata dasar; se~ pantun serangkap pantun; ~ hati Mn kekasih; ~ kata kelompok beberapa kata; berangkai dirangkaikan (antara satu dgn yg lain), bersambung: Pasar Besar mempunyai kedai-kedai ~ yg menjual pelbagai jenis barangan; berangkai-rangkai bersambung-sambung, berkait-kait, berpaut-paut: huruf Rumi dituliskan ~; banjaran gunung yg ~; merangkaikan menghubungkan berangkai-rangkai, memautkan, mengaitkan: tulang belakang terjadi drpd beberapa kerat tulang yg dirangkaikan oleh urat tendon; Indonesia sedang ~ kerjasama dgn dua lagi anggota OPEC; menyerangkaikan menjadikan serangkai; rangkaian 1. hubungan, kaitan: tiap katanya mempunyai tugas penuh di dlm ~nya masing-masing; 2. sesuatu yg bersambung-sambung (berkait-kait): nyonya presiden dgn penuh rasa kasih sayang mengalungkan ~ puspa wangi pd ibu bapa; 3. untaian (kejadian dll), kumpulan (berbagai-bagai karangan dll), siri: orang Melayu menganggap bahawa sejarah atau ~ peristiwa sejarah lebih menghibur; ~ cerita James Bond; 4. hubungan susunan (huruf, kata, ayat): setiap kata mempunyai tugas penuh dlm ~nya masing-masing; ~ kata ungkapan; 5. (Mat) kumpulan atau untaian lambang atau angka yg menyatakan suatu jumlah, spt a(p + 2q) + 3b(4x + 2y); 6. sebilangan benda, peristiwa, dll yg bertalian: se~ harapan; Pulau Thursday terletak di se~ pulau di Selat Torres; 7. kumpulan atau sistem yg berhubungan antara satu sama lain: satu ~ kedai; satu ~ pemasaran yg dapat menyelaraskan keluaran; berangkaian mempunyai rangkaian: misi yg dimaksudkan itu menawarkan rumusan perniagaan ~ bersama rakan niaga yg lain; perangkaian perihal (proses, perbuatan dsb) merangkaikan sesuatu (spt sistem dsb); perangkai yg merangkaikan (menghubungkan); kata ~ (Lin) kata depan, mis dari, di dan ke. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpantun | 1 mengucapkan atau menyanyikan pantun. 2 berbalas-balas pantun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
pantoum | pantun | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang ketat konvensinya. Pantun kebanyakannya terdiri daripada empat baris satu rangkap. Dua baris pertama sebagai pembayang maksud dan dua baris seterusnya sebagai maksud. Pantun yang sedemikian disebut sebagai pantun empat kerat. Terdapat juga pantun enam, lapan, sepuluh, dan dua belas kerat. Pantun terpendek ialah pantun dua kerat dengan baris pertama sebagai pembayang dan baris kedua sebagai maksud. Selain itu, terdapat juga bentuk pantun yang menarik dan disebut sebagai pantun berkait. Dalam pantun berkait, baris kedua dan keempat pada rangkap pertama menjadi baris pertama dan ketiga untuk rangkap seterusnya. Pantun berkait boleh terdiri daripada berbelas-belas rangkap dengan tema yang berurutan. Setiap rangkap pantun boleh berdiri sendiri dan mengandungi unit makna yang utuh, kecuali pantun berkait yang maknanya berkembang mengikut rangkap yang lain. Baris pantun terdiri daripada tiga atau empat patah perkataan dengan pola rimanya, a,b,a,b, dan setiap patah perkataan terdiri daripad 3-4 suku kata dengan suku katanya antara 712. Baris pantun disusun dengan pola rima hujungnya: a,b,a,b, kecuali pantun dua kerat yang memperlihatkan pola rima a,a. Pantun yang baik harus memperlihatkan pola rima dalaman (a ,b, a, b). Bentuk barisnya yang terikat kepada suku kata dan pola rima yang tegar memerlukan pemilihan kata-kata yang bernas dan bijak. Pantun dianggap sebagai puisi Melayu asli dengan ciri-ciri bentuk yang amat unik dan indah. Contoh pantun yang baik adalah seperti yang berikut: Pulau Pandan/Jauh ke tengah, rimanya, a/a (9 suku kata) Gunung Daik/bercabang tiga; rimanya, b/b (9 suku kata) Hancur badan/dikandung tanah, rimanya, a/a (9 suku kata) Budi baik/dikenang juga. rimanya, b/b (9 suku kata) Keindahan pantun terletak pada penggunaan imageri dalam baris pembayang maksudnya. Pembayang maksud selalunya menggunakan imej alam semula jadi sebagai metafora dan perbandingan. Pantun menggarap pelbagai tema, antaranya pantun nasihat, adat, agama, percintaan, didaktik, falsafah, kesateriaan dan sebagainya. Pantun merupakan puisi tradisional yang paling popular, masih terus hidup dan dicipta sehingga ke hari ini. |
pantun dua kerat | pantun dua kerat | Kesusasteraan | Puisi | Pantun yang hanya terdiri daripada dua baris saja dalam setiap untai atau rangkap. Lazimnya setiap baris pantun dua kerat ini terdiri daripada empat perkataan yang rima hujung setiap baris itu serima. Contohnya, Lain dulang lain kakinya, Lain orang lain hatinya. Sinonim pantun kilat, karmina. |
pantun budi | pantun budi | Kesusasteraan | Puisi | Tema dan pemikiran yang diungkapkan oleh penciptanya adalah berhubungan dengan budi. Puisi ini bertujuan untuk membentuk kemuliaan hati seseorang. Contohnya, Bila memandang ke muka laut, Nampaklah sampan mudik ke hulu; Hati terkenang rnulut menyebut, Budi yang baik ingat selalu. |
carmina | pantun kilat | Kesusasteraan | Puisi | Lihat pantun dua kerat. |
chain rhyme | rima berangkai | Kesusasteraan | Tiada | Rima yang berulang-ulang dalam puisi terutamanya pada baris ayat atau stanzanya. Biasanya perkataan akhir bagi suatu baris ayat atau stanza akan berulangan dalam ayat atau stanza yang baharu. Pengulangan ini akan melahirkan suatu makna yang baharu. Hal ini menjadikan seluruh ayat atau stanza saling berkait, berangkai, dan mempunyai pertautan makna antara satu sama lain. Dalam kesusasteraan Melayu, contoh rima berangkai ditemui dalam pantun berkait. Pantun berkait memperlihatkan hubungan berkait antara satu rangkap dengan rangkap yang lain. Pantun berkait biasanya terdiri daripada empat baris serangkap. Perkaitan berlaku dengan cara mengulangi baris kedua rangkap pertama pada baris pertama rangkap kedua. Seterusnya, mengulangi baris keempat rangkap pertama pada baris ketiga rangkap kedua. Perkara tersebut berlaku berulang-ulang dalam rangkap pantun yang kemudiannya. Contoh pantun berkait adalah seperti yang berikut: Teluk Lipat airnya biru, Tempat orang mencuci muka; Tuan dapat kasih baharu, Benci tuan kepada saya. Tempat orang mencuci muka, Bukit roboh Kuala Kemidi; Benci tuan kepada saya, Saya hodoh tiada budi. |
pantoum | pantun | Kesusasteraan | Puisi | Bentuk puisi yang terdiri daripada empat baris dalam seuntai. Rima akhirnya terdiri daripada rima yang berselang a b a b. Setiap baris biasanya dibentuk oleh ernpat kata yang terdiri daripada lapan hingga dua belas suku kata. Pantun biasanya digunakan dalam percintaan, nasihat, adat, agama, didaktik, falsafah dan lain-lain. Contohnya, Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi baik dikenang juga. |
concrete | konkrit | Kesusasteraan | Puisi | Perihal puisi yang mempunyai bentuk yang jelas. Contohnya, pantun yang mempunyai ciri-ciri yang tersendiri iaitu rima akhir a b a b, setiap baris terdiri dari empat perkataan dan setiap perenggan mempunyai empat baris seperti pantun di bawah. Sinonim maujud. Ukir kandil benang seribu, Dara memintal bunga kiambang; Semasa kecil ditimang ibu, Bila besar ditimang gelombang. Pantai Rengit Teluk berlembah, Tarik sampan turun menuba; Walau langit dirasakan rendah, Tiadalah bulan jatuh ke riba. |
clausula | suku kata terakhir | Kesusasteraan | Puisi | Suku kata yang terdapat pada perkataan terakhir dalam setiap baris. Dalam serangkap pantun empat kerat, khalayak akan dapat melihat suku kata akhir ini sebanyak empat kali. Walau bagaimanapun dalam puisi moden suku kata terakhir bergantung kepada jumlah baris yang terkandung dalam rangkap tersebut. Contohnya, seperti pantun di bawah. Terbang burung dari selatan, Dipuput angin sangga bayu; Bukalah surat dari lipatan, Lihatlah pantun bahasa Melayu. |
canon of poetry | piawai nilai puisi | Kesusasteraan | Puisi | Peraturan atau ciri yang khusus bagi sesebuah puisi merupakan asas bagi menilai sesebuah puisi. Umpamanya bagi menilai serangkap pantun yang mengandungi nilai-nilai estetik. Pantun ini mempunyai pembentukan rima akhimya a b a b, jumlah perkataan dalam setiap baris biasanya empat dan jumlah suku katanya antara lapan hingga dua belas. Sinonim daftar karya puisi. Ukir kandil benang seribu, Dara memintal bunga kiambang; Semasa kecil ditimang ibu, Bila besar ditimang gelombang. |
pattern | pola | Kesusasteraan | Puisi | Pola bermakna sifat-sifat atau ciri-ciri khusus yang terdapat pada puisi tradisional mahupun moden yang menentukannya bentuk puisi tersebut seperti pantun, syair, teromba, seloka dan sebagainya. Umpamanya puisi tradisional khususnya bentuk pantun empat kerat yang mempunyai pola rima hujungnya a b a b, manakala syair mempunyai pola yang tetap iaitu a a a a. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
rakai | rangkai: lapu telou je~ lampu tidak serangkai; je~ patun serangkai pantun, serangkap pantun, empat baris pantun; | Melanau Mukah | |
pantun | pantun. | kedayan | |
rangkap | serangkap pantun saangkap pantun. | kedayan | |
patun | pantun; | Melanau Mukah | |
peseg I | rima (bkn pantun, syair). | Melanau Mukah | |
mukun II, pemukun | berbalas pantun dan diiringi tarian dan muzik, bermukun MS. | Melanau Mukah | |
isik | isi; 1 muatan, kandungan: wak inoukah ~ bakul iyen? apakah isi bakul itu?; 2 inti sari, pati: ~ patun maksud pantun; 3 bahagian pd buah dll yg bukan biji, yg dikandung oleh kulit: kapan ~ buak remutan itou tebal isi buah rambutan ini; ~ kapuong isi kampun | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
anangbai Sl | pantun dalam tarian daling-daling. | Pantun-pantun yang dilapalkan itu dinamakan Anangbai dalam bahasa Suluk atau dalam bahasa Bajau. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gasungang Ih | sejenis pantun dan nyanyian. | Tarian Garusai ini berjalan dengan iringan Sundait dan Gasungang iaitu yang berbentuk pantun dan nyanyian. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lingkoko Tb | pantun klasik. | Lingkoko ini sering kali menggunakan bahasa-bahasa orang Sungai yang bercorak klasik di samping penggunaan lambang-lambang yang sukar ditafsirkan oleh anak-anak muda, namun pada masyarakat Orang Sungai yang dewasa bahasa yang bercorak klasik dan penuh lambang itu dengan mudah dapat mereka mengertikan. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lalangkut Mr Tl | pantun. | Lalangkut-lalangkut yang dipantunkan berkisar pada lalangkut jenis dua kerat yang isi atau kandungannya mengenai puji-pujian terhadap rumah panjang baru itu. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pamiula Ir | acara berbalas pantun sambil dialunkan mengikut gesekan biola, biasanya antara seorang pemantun lelaki dan seorang atau beberapa pemantun wanita. | Bagi masyarakat Iranun, biola digesek ketika sesuatu majlis keramaian seperti menyambut kelahiran anak, majlis perkahwinan atau nazar dan dimainkan bagi mengiringi acara pamiula atau bagi masyarakat bajau dipanggil isun-isun. | Keratan Akhbar Borneo Post | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
isun-isun Bj Sm | acara berbalas pantun sambil dialunkan mengikut gesekan biola, biasanya antara seorang pemantun lelaki dan seorang atau beberapa pemantun wanita. | Bagi masyarakat Iranun, biola digesek ketika sesuatu majlis keramaian seperti menyambut kelahiran anak, majlis perkahwinan atau nazar dan dimainkan bagi mengiringi acara pamiula atau bagi masyarakat bajau dipanggil isun-isun. | Keratan Akhbar Borneo Post | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bermukun, *mukun* MSr | upacara berbalas-balas pantun dalam sesuatu majlis. | Tentulah banyak orang yang datang menonton gendang kampung, orang bermukun dan bertandak. | Rahsia Saidin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Thai 2.indb บท [bot] น 1 bab: ตำราเล ่ มนั้ นมีทั้ งหมดสิบบท Buku teks itu mengandungi sepuluh bab semuanya. 2 rangkap: คุณครูให ้ ตัวอย ่ าง กลอนปันตุนสองบท Guru memberikan contoh dua rangkap pantun. บทกลอน [-kl:n] น sejenis puisi บทกวีนิพนธ ์ [-kawi:nipon] น puisi บทความ [-kwa:m] น artikel, ren- cana, makalah บทคัดย ่ อ [-katy:] น abstrak บทเจรจา [-ce:raca:] น
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
pantun | [pan.tun] | ڤنتون |
berpantun-pantun | [ber.pan.tun.pan.tun] | برڤنتون - ڤنتون |
Entri |
Sinonim |
Takrif |
Contoh Ayat |
Terjemahan Bahasa Melayu |
Tema |
Bahasa |
runzei | | persembahan tarian berserta berbalas pantun | Runsei penampang ketekoan jomo kelalagan. | Acara persembahan tarian berserta berbalas pantun dipersembahkan bagi menyambut ketibaan org kenamaan. | budaya | Bajau |
isun-isun | kalang empat | berbalas pantun diiringi gesekan biola | Maidna aa nedayagan engko isun-isun. | Majlis itu diserikan dgn berbalas pantun yg diiringi gesekan biola. | budaya | Bajau |
|
Tesaurus |
---|
| pantun | | Rujuk :puisi |
|
|