Kata |
Takrif |
Sumber |
hafaz | Ar terpelihara dan kekal dlm ingatan (khususnya tentang bacaan ayat suci al-Quran): waktu umurnya hanya sepuluh tahun ia sudah ~ kitab suci dan mengetahui banyak drpd syair-syair Arab; ~ Quran dapat membaca seluruh al-Quran dgn tidak melihat kitab; menghafaz membaca atau mempelajari ayat suci berulang kali supaya ingat dlm ingatan; terhafaz dapat dihafaz: ayat-ayat al-Quran yg ~ olehnya; penghafazan perbuatan menghafaz; penghafaz orang yg menghafaz. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
syair | 1. sj karangan bersajak (tiap-tiap rangkap terdiri drpd empat baris yg sama bunyi hujungnya): ~ Burung Pungguk; 2. sajak, puisi; bersyair 1. (sedang) menggubah syair; 2. membaca syair dgn berlagu: ramai orang yg mengambil bahagian dlm peraduan bersyarah, ~, bersajak, dll; mensyairkan ark 1. mengarang syair; 2. membaca syair dgn berlagu, melagukan syair; pensyair penyair; penyair orang yg mengarang syair (sajak), pujangga; kepenyairan segala hal yg berhubungan dgn penyair: nilai tradisi yg teguh dgn keagamaan dlm tingkat-tingkat ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mensyairkan | ark 1. mengarang syair; 2. membaca syair dgn berlagu, melagukan syair; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
syair | karangan bersajak yg terdiri drpd empat baris dan berakhirkan suku kata yg sama bunyinya: ~ Siti Zubaidah. bersyair 1 mengarang syair. 2 membaca syair dgn berlagu. penyair orang yg mengarang syair. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kearaban | (yg) memperlihatkan ciri (pengaruh dll) Arab: syair dagang, syair Burung Pingai, dll mempunyai isi yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersyair | 1 mengarang syair. 2 membaca syair dgn berlagu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bersyair | 1. (sedang) menggubah syair; 2. membaca syair dgn berlagu: ramai orang yg mengambil bahagian dlm peraduan bersyarah, ~, bersajak, dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
syair | setan. | Kamus Pelajar |
syair | bersyair | Kamus Pelajar |
syair | karangan bersajak yg terdiri drpd empat baris dan berakhirkan suku kata yg sama bunyinya: ~ Siti Zubaidah. | Kamus Pelajar |
Kata |
Takrif |
Sumber |
sing | 4. (old-fashioned) tell story in the form of poem or song, menyampaikan + approp n: he sang of gallant knights and lovely ladies, dia menyampaikan syair ttg satria yg gagah berani dan wanita-wanita yg cantik; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
sha'ir | syair | syair | syair | Kesusasteraan |
clerihew | syair ejekan | syair ejekan | syair ejekan | Kesusasteraan |
lyrics | syair lagu, lirik | senikata/lirik | senikata/lirik | Kesusasteraan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
syair | syair | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang mengandungi karangan bersajak yang terdiri daripada empat baris satu rangkap, dan empat perkataan sebaris dengan jumlah suku kata 7-12 sebaris. Syair memperlihatkan pola rima ?, ?, ?, ? untuk setiap rangkap dan setiap barisnya membawa makna kepada setiap rangkap. Syair mempunyai kaitan dengan puisi Arab shir atau saj, tetapi bentuknya tidak menampakkan persamaan dengan bentuk puisi tersebut atau bentuk puisi Arab yang awal. Syair secara formalnya diperkenalkan oleh Hamzah Fansuri pada kurun ke-17 melalui karyanya Rubai Hamzah Fansuri. Semenjak itu, syair menjadi genre puisi yang amat popular dalam kalangan pengarang Melayu tradisional. Syair diperkenalkan selepas kedatangan Islam, oleh itu syair merupakan puisi yang disampaikan dalam bentuk bertulis. Syair mempunyai persamaan dengan pantun iaitu terdiri daripada empat baris satu rangkap, tetapi berbeza dari segi skema rimanya. Skema syair ialah ?, ?, ?, ? manakala skema pantun ialah ?,b, ?,b. Syair mempunyai rangkap yang bukan merupakan unit-unit makna yang bebas. Makna syair dimunculkan melalui perkembangannya dalam rangkap yang berurutan. Tema syair biasanya berplot, contohnya, contohnya, syair naratif yang berbentuk roman seperti Syair Agong. Syair boleh pendek dan terdiri daripada beberapa rangkap, iaitu syair nasihat atau syair agama. Syair boleh menjadi panjang sehingga beratus-ratus bait terutamanya syair naratif. Syair juga boleh dilagukan untuk diperdengarkan, justeru baris-baris syair dikawal oleh lagu, sehinggakan terdapat perkataan yang tidak membawa makna tetapi dimasukkan untuk memenuhi keperluan lagu tersebut. Syair mencakupi tema yang tidak terbatas, daripada yang bersifat fiksyen kepada sejarah, daripada syair roman kepada nasihat, agama dan falsafah, dari yang berfungsi sebagai hiburan kepada yang serius, didaktik, dan berunsur dakwah. Contoh syair yang popular ialah Syair Siti Zubaidah dan Selendang Delima. Contoh satu rangkap syair adalah seperti yang berikut: Wahai anakanda hendaklah ingat, Hidup di dunia amatlah singkat, Banyakkan amal serta ibadat, Supaya selamat dunia akhirat. Syair berasal daripada bahasa Arab shir yang bermaksud puisi. Lihat juga pengisi matris, shi`r. |
homeoteleuton | persamaan akhir/homeoteluton | Kesusasteraan | Tiada | Persamaan akhir dalam satu perkataan atau baris. Contoh: Baris-baris pada syair-syair Melayu a-a-a-a. |
classical | klasik | Kesusasteraan | Tiada | Karya puisi milik sesuatu bangsa yang telah dicetak atau masih dalam bentuk tulisan tangan dan mempunyai nilai sastera yang tinggi. Karya ini dijadikan ukuran untuk menentukan keberhasilan sesebuah karya sezaman atau kemudian daripadanya. Dalam konteks puisi Melayu tradisional, Syair Siti Zubaidah, Syair Perahu dan Syair Perang Makarnr adalah antara syair-syair Melayu yang dianggap klasik. |
folk epic | epik rakyat | Kesusasteraan | Puisi | Puisi dalam bentuk cerita yang panjang, sehingga menghasilkan sebuah buku dan digolongkan sebagai tradisi lisan atau disampaikan secara lisan, terutamanya syair. Contohnya, "Syair Abdul Muluk", "Syair Dandan Setia" dan "Selendang Delima". |
bayet (arabic verse) | bait | Kesusasteraan | Tiada | 1. Syair Arab atau Parsi yang dipetik secara langsung dalam bahasa asalnya.,2. Syair Arab dan Parsi yang diberikan maknanya dalam Bahasa Melayu, tidak diambil dalam bahasa asalnya dan tidak pula dijadikan syair Melayu.,3. Rangkap-rangkap syair Melayu yang dibuat mengikut timbangan syair Arab. |
clerihew | syair ejekan | Kesusasteraan | Puisi | Syair yang mengandungi nada dan persoalan yang boleh menimbulkan kesan ejekan. Persoalan yang timbul dalam puisi ini menggambarkan tentang kehidupan tingkah laku yang tidak memberi faedah. Contohnya, syair "Pedoman Belia" karya Za'ba di bawah. Jangan biasakan meminta tolong, Ke sini tersembah ke sana terlolong, Ikhtiar sendiri bantut bergulung, Akhirnya kebolehan lenyap terlelong. |
narration | pengisahan | Kesusasteraan | Puisi | Penceritaan sesuatu, yang berkaitan dengan tokoh legenda dan mitos. Contohnya, Syair Siti Zubaidah dan Syair Dandan Setia. |
folk non-narrative | cerita rakyat tankisahan | Kesusasteraan | Tiada | Cerita-cerita rakyat yang bercorak puisi. Contoh: Syair Dandan Setia, Syair Jaran Temasya. |
wonder tales | dongeng ajaib | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang mengandungi unsur-unsur ajaib dan menakjubkan. Contoh: cerita Jula Juli Bintang Tiga, Syair Bidasari dan Syair Selendang Delima. |
sufistic poetry | puisi sufistik | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang membawa tema dan persoalan serta amanat yang berhubungan dengan ilmu tasawuf iaitu ilmu yang berhubung ketuhanan. Beberapa buah syair yang dihasilkan oleh Hamzah Fansuri pada abad ke-17 di Aceh umpamanya Syair Sidang Fakir dan Syair Perahu digolongkan ke dalam puisi sufistik ini. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
syair | syair [air] | Melanau Dalat | |
syair | saee. | kedayan | |
sair | syair; | Melanau Mukah | |
qasidah | sj syair Arab yg dilagukan. | Melanau Mukah | |
peseg I | rima (bkn pantun, syair). | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
pawai Bj, Ir | pengapit pengantin. | Pengantin lelaki berpawaikan lelaki dan begitulah sebaliknya. Semasa bersanding seorang daripada tetamu akan diundang untuk melagukan syair memuji-muji kedua mempelai. | Proses Perkahwinan Masyarakat Iranun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
syair | [syair]/[sya.Öir] | شعير |
pensyair | [pen.syair]/pen.sya.Öir] | ڤنشعير |
mensyairkan | [men.syair.kan]/[men.sya.Öir.kan] | منشعيرکن |
disyairkan | [di.syair.kan]/[di.sya.Öir.kan] | دشعيرکن |
bersyair | [ber.syair]/[ber.sya.Öir] | برشعير |
|
Tesaurus |
---|
| syair | | Rujuk :puisi |
|
|