Kata |
Takrif |
Sumber |
kreativiti | (kréativiti) kemampuan (kebolehan) mencipta, daya kreatif, kekreatifan: ~ seniman; ~ sastera; ~ dlm penggunaan bahasa; berkreativiti melaksanakan (menjalankan) kreativiti: penghijrahan mereka ke Kuala Lumpur membolehkan mereka ~ dan memajukan sastera tanah air. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkreativiti | melaksanakan (menjalankan) kreativiti: penghijrahan mereka ke Kuala Lumpur membolehkan mereka ~ dan memajukan sastera tanah air. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekreatifan | kemampuan (kebolehan) mencipta, kreativiti, daya kreatif: komputer boleh mengembangkan ~ pelukis hingga ke satu peringkat yg hampir tiada hadnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengkaryaan | penghasilan karya, penciptaan (sesuatu karya): ASAS 50 agak kurang cergas kegiatannya terutamanya dlm soal ~; kreativiti para penulis itu utk menyempitkan ruang ~ amat penting bagi mewujudkan kesedaran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mereplikakan | membuat atau meniru sesuatu objek (spt bangunan dsb) dlm bentuk replika: kerja ~ Menara Berkembar Kuala Lumpur juga memerlukan kreativiti pembuatnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memahiri | melatih diri supaya mahir dlm sesuatu bidang dsb: agak sukar bagi peserta jika tidak memiliki atau ~ kepandaian ter-tentu, spt kreativiti atau kemahiran meng-gunakan komputer; penguasaan bahasa bukan sekadar ~ aspek linguistik sesebuah bahasa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyentralisasikan | menyerahkan atau me-letakkan kekuasaan dll kpd pihak pusat, memusatkan (pentadbiran dsb): beberapa aspek pentadbiran dan pengurusan pendidikan kini harus disentralisasikan utk menggalakkan kreativiti dan kepelbagaian dlm pendidikan di negara ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dinamisme | sifat dinamik: kami berharap reka bentuk baru ini memberi suasana segar kpd majalah ini dan memancarkan ~ baru yg terdapat padanya; makalah ini bertujuan menyerlahkan aspek kreativiti dan ~ dlm bahasa pengiklanan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mahakarya | karya agung yg dihasilkan oleh pujangga (ahli falsafah dll) pd sesuatu zaman, karya terbaik yg gemilang atau karya yg dicipta drpd daya intelek dan daya kreativiti yg tinggi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelangsungan | perihal berterusan atau berlanjutan, kelanjutan, kesinambungan: semuanya ini utk menjaga ~ hidup yg harmoni antara kaum di negara ini; genre sastera yg lainnya spt novel dan cerpen yg akar kemahirannya adalah ~ drpd kreativiti pelipur lara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
creativeness, creativity | n daya /cipta, kreatif/, kreativiti. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
creativity | kreativiti | kreativiti | kreativiti | Komunikasi |
creativity | kreativitas | kreativiti | kreativiti | Pendidikan |
creativity | kreativitas | kreativiti | kreativiti | Kesusasteraan |
creativity | kreativitas | kreativiti | daya ciptaan; kreativiti | Kesusasteraan |
collective creativity | kreativitas kolektif | kreativiti kolektif | kreativiti kolektif | Kesusasteraan |
creativity | kreativitas, daya cipta | daya cipta | daya cipta/kreativiti | Linguistik |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
collective creativity | kreativiti kolektif | Kesusasteraan | Tiada | Karya kreatif yang dihasilkan secara bersama dan tidak mempunyai pengarang secara khusus. Contoh: cerita lipur lara. |
creativity | daya cipta/daya pengaryaan/kreativiti | Kesenian | Tiada | Tiada |
plagiarism | ciplakan | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang dihasilkan bukan daripada kreativiti sendiri tetapi diambil daripada penyair lain. |
progressive education | pendidikan progresif | Pendidikan | Tiada | Falsafah John Dewey yang memberi tekanan kepada demokrasi, kreativiti dan hubungan rapat antara guru dengan pelajar, sekolah dan masyarakat. |
original work | kerja asal | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bidang tanggungjawab setiausaha yang memerlukan daya usaha dan kreativiti untuk membantu ketua. |
personnel development | pembangunan personel | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kaedah yang digunakan oleh majikan bagi meningkatkan kecekapan, inovasi dan kreativiti kakitangan dalam organisasi untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Kaedah ini merupakan satu daripada fungsi pengurusan sumber manusia yang utama yang bukan sahaja mencakupi pendedahan dalam konteks program latihan dan pembangunan kakitangan, malah merangkumi dua proses penting, iaitu perancangan kerjaya dan penilaian prestasi. Tiga aspek utama yang ditekankan dalam kaedah ini ialah latihan dan pembangunan, perancangan kerjaya dan penilaian prestasi. Aspek latihan dan pembangunan dilaksanakan dengan tujuan untuk melahirkan kakitangan yang berkaliber, berdaya saing dan mahir, di samping memberikan pendedahan dari segi pembelajaran yang lebih efisien. Manakala aspek perancangan kerjaya merupakan suatu proses berterusan yang harus dirancang dan ditetapkan matlamat kerjaya. Dalam konteks ini, pembangunan kerjaya dilihat sebagai asas kepada pekerja untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh organisas |
gifted children | anak berbakat | Pendidikan | Tiada | Kanak-kanak yang dikenal pasti memiliki atau menunjukkan potensi dan kebolehan intelektual dan kreativiti yang tinggi dalam bidang akademik, kepemimpinan dan kesenian. |
universal language | bahasa sejagat | Sosiolinguistik | Tiada | Bahasa umum yang digunakan oleh manusia yang boleh dikenal pasti dengan penggunaan tajuk-tajuk seperti kreativiti, kerefleksifan, keduaan, dan lain-lain. |
tangible cultural heritage | warisan budaya ketara | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Sosial | Warisan budaya berbentuk fizikal seperti binaan, produk atau hasil kreativiti manusia yang mempunyai nilai budaya yang penting bagi masyarakat. |
replicable cultural heritage | warisan budaya boleh sulih | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Sosial | Warisan budaya seperti binaan dan produk fizikal atau hasil kreativiti manusia yang boleh dipindahkan ke lokasi lain atau boleh digantikan dengan struktur atau ciri semula jadi yang serupa nilainya. Banding non-replicable cultural heritage. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
kreativiti | kreativiti [krativiti] | Melanau Dalat | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
kreativiti | [kréa.ti.vi.ti] | کرياتيۏيتي |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Huraian |
tangible cultural heritage | warisan budaya ketara | ESG | Warisan budaya berbentuk fizikal seperti binaan, produk atau hasil kreativiti manusia yang mempunyai nilai budaya yang penting bagi masyarakat. |
replicable cultural heritage | warisan budaya boleh sulih | ESG | Warisan budaya seperti binaan dan produk fizikal atau hasil kreativiti manusia yang boleh dipindahkan ke lokasi lain atau boleh digantikan dengan struktur atau ciri semula jadi yang serupa nilainya. Banding non-replicable cultural heritage. |
|
|