Kamus Sains.indb dengan hasil darab keamatan medan elektrik dengan cas yang berada dalam medan tersebut. Arah vektor sama dengan me- dan sekiranya cas positif dan sebaliknya. (FIZ) electric image (imej elektrik) Cas rekaan yang digunakan untuk mendapatkan medan elektrik yang dihasil- kan oleh cas elektrik tetap berhampiran dengan suatu pengkonduksi. Pengkon- duksi tersebut mempunyai agihan cas permukaan teraruh yang boleh diganti dengan satu atau lebih cas rekaan. (FIZ) electric monopole (ekakutub elektrik) Agihan cas elektrik yang tertumpu pada satu titik atau bersimetri secara sfera. (FIZ) electric multipole (multikutub elektrik) Satu daripada beberapa siri jenis taburan cas statik
|
|
|