SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAsam cuka si ramania, Pancukan baginda Ali; Suka-suka di dalam dunia, Qadak hidup dua kali. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKelapa muda muda juga, Kelapa tua dibuat inti; Suka suka juga, Sembahyang kita jangan dihenti. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCuka-cuka beli di bandar, Simpan makan dalam perahu; Suka-suka mahu belajar, Tidak belajar mana tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJika dilurut padi manila, Buah rontok menjadi sambang; Kalau kuturut hati nan suka,suka/ikut Hujunglah hujung mengikut pulang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTukang kayu suka berdikat, Suka berdikat masuklah dia; Tuan bercinta belayar surat, Itulah tanda hati setia. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPergi ke darat mencari nangka, Baik-baik pijak duri; Kalaulah suka sama suka, Orang lain apa peduli. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang Jawa hilir ke kuala, Beli kain selepas Bali; Adik suka abangpun suka, Boleh kita mengikat janji. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAku suka berumah tinggi, Pelantar besar sudah roboh; Aku suka beranak tiri, Anak besar senang disuruh. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJangan suka menganyam nyiru, Nyiru dibawa dari Buncit; Jangan suka menanggung rindu, Rindu bawa jadi penyakit. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJangan suka menganyam nyiru, Nyiru dianyam di tepi tasik; Jangan suka menanggung rindu, Rindu datang bawa penyakit. |
|
Tesaurus |
---|
| suka | 1. Bersinonim dengan gembira ( girang, suka ria, senang hati, riang, sukacita, ) (adjektif:) Berantonim dengan duka
2. Bersinonim dengan mudah ( kerap, kerap kali, sering, sering kali, acap-acap, acapkali, nyalar, sentiasa, selalu, ) (adverba:) Berantonim dengan jarang
3. Bersinonim dengan gemar ( mahu, ingin, berminat, rela, sudi, berkenan, sualak, kasdu, gegek, solak, amuh, ) (kata kerja:) Berantonim dengan benci
4. Bersinonim dengan sayang akan ( cinta akan, berminat, kama, hubah, semara, ) (kata kerja:) Berantonim dengan benci
| Kata Terbitan : bersuka-suka, bersuka-sukaan, menyukai, menyukakan, sukaan, kesukaan, sukacita, bersukacita, menyukacitakan, |
|
Puisi |
---|
|
Kelapa muda muda juga, Kelapa tua dibuat inti; Suka suka juga, Sembahyang kita jangan dihenti.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 622 Union is strength Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian. Tali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus. We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed that union is strength, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down. Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa tali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus. Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|