SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKucing kurus di tepi tebat, Duduk merana tinggal tulang; Tujuh ratus carikan ubat, Jodoh sampai barulah senang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMak Minah duduk di pintu, Duduk di pintu merejut renda; Merana hamba yatim piatu, Tiada ayah tiada berbonda. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAbang makan hendak berhidang, Memakai kain berbelah tepi; Di dalam merana cinta datang, Air mata jatuh ke pipi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBunga cina jambangan Cina, Lalu dibungkus dalam kertas; Hati saya sudah merana, Di dalam hati mana nak lepas. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa direndam dalam bijana, Kain sutera hendak disidai; Siang malam termenung merana, Kerana cinta tidak tercapai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang pulang ke negeri China, Tiba di luar air ditimba; Dagang di rantau terbaring merana, Menunggu maut menjemput tiba. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTanjung Bondong parit perintah, Bersampan dengan sidaknya; Hendak dilangsung serba salah, Takut badan jadi merana. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiManis sungguh gula kabung, Hendak wangi dicampur pandan; Putus tali boleh disambung, Putus kasih merana badan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah terap di atas peti, Buah redan masaknya merah; Kalau sudah harap di hati, Merana badan sahaja ditempah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau tidak tertanam padi, Tidaklah saya bertanam bunga; Kalau tidak kerana budi, Tidaklah badan jadi merana. |
|
Tesaurus |
---|
| rana | 1. Bersinonim dengan menderita: sengsara, melarat, kecewa, terseksa, terluka, pedih, pilu, sedih, Berantonim dengan gembira
2. Dalam konteks penyakit bersinonim dengan melarat, berlarutan, berpanjangan, terlantar, tenat, uzur, aprah, kritikal, serius,
kronik, akut, teruk.,
| Kata Terbitan : merana, |
|
Puisi |
---|
|
Mak Minah duduk di pintu, Duduk di pintu merejut renda; Merana hamba yatim piatu, Tiada ayah tiada berbonda.
Lihat selanjutnya... |
|