Pantun |
Sumber |
Tema |
Benang bertali, Anak putu dikasi makan; Teguh-teguh memegang janji, Seperti paku lantak di papan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Mastuli benang mastuli, Anak patu dikasi makan; Teguh-teguh memegang janji, Seperti paku lantak di papan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Empat puluh kapal Peringgi, Kapal nak masuk benua China; Teguh-teguh berpegang janji, Saya nak masuk bergadai nyawa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Orang beradat teguh pendirian, Dihasung dihasut tidakkan goyah; Membuang adat runtuhlah iman, Kampung kusut negeri terbelah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sifat jantan gagah berani, Setia teguh berhati bersih; Adat berjalan bertuah negeri, Di mana keruh menjadi jernih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tegak adat teguhlah umat, Umat teguh hidup pun damai; Rosak adat tumbuhlah laknat, Laknat tumbuh hidup meragai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Hendak ke pekan berurus niaga. Dapat untung perniagaan teguh; Hendak membina warga bahagia, Warga gemilang 2020. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Buluh aur jangan dibelah, Titi dibuat berikat akar; Teguh setia tidak berubah, Janji ikrar jangan bertukar. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kain tanjung kain pelikat, Semua sudah dijahit enjin; Bunga berjunjung teguh berikat, Tidak bergoyang ditiup angin. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buang bacang setangkai lebat, Jatuh sebiji di birai perigi; Berapa teguh tali penambat, Burung terlepas tak balik lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| teguh (adjektif) | 1. Bersinonim dengan kukuh: kuat, tegap, kejap, kejat, rapat, kerap, ketat, terik, tumpat, tetal, utuh, padu, padat, pudat, begap, Berantonim dengan longgar
2. Bersinonim dengan erat: rapat, karib, akrab, ikrab, mesra, intim, kuat, kukuh, lebat, tipak, singsat, santung, sentung, Berantonim dengan renggang
3. Bersinonim dengan tetap hati: cekal, tabah, betah, ulet, sabar, Berantonim dengan goyah
4. Bersinonim dengan kukuh: kuat, utuh, stabil, Berantonim dengan lemah
| Kata Terbitan : meneguhkan, keteguhan, peneguhan, |
|
Puisi |
---|
|
Mastuli benang mastuli, Anak patu dikasi makan; Teguh-teguh memegang janji, Seperti paku lantak di papan.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 615 There is strength in numbers Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian. Bersatu (kita) teguh, bercerai (kita) roboh*. We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed there is strength in numbers, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down. Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa bersatu teguh, bercerai roboh. Oleh itu kami beramai-ramai memulaukan daging ayam dengan harapan harganya akan turun. Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|