Pantun |
Sumber |
Tema |
Abang makan hendak berhidang, Memakai kain berbelah tepi; Di dalam merana cinta datang, Air mata jatuh ke pipi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bunga cina jambangan Cina, Lalu dibungkus dalam kertas; Hati saya sudah merana, Di dalam hati mana nak lepas. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apa direndam dalam bijana, Kain sutera hendak disidai; Siang malam termenung merana, Kerana cinta tidak tercapai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buah terap di atas peti, Buah redan masaknya merah; Kalau sudah harap di hati, Merana badan sahaja ditempah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Burung nuri hinggap di dahan, Melihat undan di pokok cendana; Pilu hati tidak tertahan, Melihat tuan duduk merana. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| rana | 1. Bersinonim dengan menderita: sengsara, melarat, kecewa, terseksa, terluka, pedih, pilu, sedih, Berantonim dengan gembira
2. Dalam konteks penyakit bersinonim dengan melarat, berlarutan, berpanjangan, terlantar, tenat, uzur, aprah, kritikal, serius,
kronik, akut, teruk.,
| Kata Terbitan : merana, |
|
Puisi |
---|
|
Mak Minah duduk di pintu, Duduk di pintu merejut renda; Merana hamba yatim piatu, Tiada ayah tiada berbonda.
Lihat selanjutnya... |
|