Pantun |
Sumber |
Tema |
Pucuk pauh rantingnya jatuh, Jatuh terlentang dimakan ulat; Tuanlah jauh saya pun jauh, Burung terbang berkirim surat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jatuh upih jatuh seludang, Jatuh mari di laman kami; Nasi putih lauk udang, Mari makan bersama kami. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Geruda jatuh terhempas, Jatuh terhempas di Medan Sumatera; Akibat jerebu susah bernafas, Sesak nafas amat sengsara. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |
Helikopter Nuri jatuh terhempas, Jatuh melanggar Gunung Bukitan; Penyelamat terus menjalan tugas, Melepasi gunung hutan hujan. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Buah pauh jatuh tercampak, Jatuh mari tepi kuala; Air keruh ikan tak nampak, Buat penat turun menjala. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Pisang awak jatuh berlerai, Jatuh sebiji ke sarung kain; Patut tuan hendak bercerai, Sudah berjanji dengan yang lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Layang-layang jatuh meriba, Jatuh gemercing di tengah laman; Kita sayang orang tak suka, Macam bertepuk sebelah tangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Rumah buruk pintu sembilan, Nanti roboh tidakkan roboh; Laksana pungguk rindukan bulan, Nanti jatuh tidakkan jatuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Jatuh tupai salah melompat, Berkejar naik ke batang pinang; Tubuhku longlai patah semangat, Mendengar adik dipinang orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Jatuh bangkit orang berburu, Mengejar kijang ke sana sini; Tubuhku sakit tulang pun ngilu, Mendengar abang sudah berbini. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| jatuh (kata kerja) | 1. Dalam konteks buah bersinonim dengan gugur, luruh, runtuh, rurut,
2. Dalam konteks nilai, harga, bersinonim dengan turun, merosot, berkurangan, susut, surut, menjunam, Berantonim dengan naik
3. Dalam konteks matahari bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, masuk, Berantonim dengan terbit
4. Dalam konteks kerajaan bersinonim dengan tumbang, runtuh, bubar, tewas, kalah,
5. Dalam konteks tarikh bersinonim dengan berbetulan dengan, bersamaan dengan, bertepatan dengan, tepat pada,
| Kata Terbitan : menjatuhkan, terjatuh, kejatuhan, |
|
Puisi |
---|
|
Jatuh upih jatuh seludang, Jatuh mari di laman kami; Nasi putih lauk udang, Mari makan bersama kami.
Lihat selanjutnya... |
|