Pantun |
Sumber |
Tema |
Banyaklah redup perkara redup, Redup alamat hari kan hujan; Banyaklah hidup perkara hidup, Hidup Muhammad menjadi teladan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Banyaklah redup perkara redup, Redup alamat hari kan malam; Banyaklah hidup perkara hidup, Hidup Muhammad merahmati alam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Tutup bukan sebarang tutup, Tutup kuali dari tembaga; Hidup bukan sebarang hidup, Hidup berbudi matinya mulia. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Belajar baca rumi; Belajar kira-kira, Restu hidup kami, Hidup kami gembira. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |
Hidup api jerang belanga, Hendak masak kepala kurau; Abang pergi jangan lama, Tiada kawan hendak bergurau. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Redup hari melayah petang, sungguh hening di pagi hari; Hidup ibarat pinang sebatang, Hidup terpinggir seorang diri. | Pantun Melayu Sarawak | Perantau |
Bila mencelup kain pelekat, Salah celup rosak raginya; Bila hidup mempermainkan adat, Hinalah hidup rosak budinya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tudung saji dari Semarang, Buat penutup asam pauh; Begini nasib hidup yang malang, Hidup seorang ibu jauh. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Orang buat tikar pandan berduri, Jangan buat pandan mengkuang; Kita hidup sedarkan diri, Jangan hidup dibenci orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Selasih hidup di bawah titi, Makan bersama buah papaya; Kasih datuk tersalah beri, Orang tidak menimbang rasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| hidup | 1. Bersinonim dengan bernyawa ( bernafas, tumbuh, membesar, bercambah, bertunas, berputik, berpucuk, membiak, menjalar, berbuah, ) (kata kerja:) Berantonim dengan mati
2. Dalam konteks bunga bersinonim dengan segar, betul, (adjektif:) Berantonim dengan palsu
3. Dalam konteks gunung berapi bersinonim dengan cergas, giat, aktif, (adjektif:) Berantonim dengan mati
4. Bersinonim dengan tinggal ( diam, duduk, menetap, menginap, ) (kata kerja:)
| Kata Terbitan : hidup-hidup, hidupan, menghidupkan, penghidupan, |
|
Puisi |
---|
|
Orang buat tikar pandan berduri, Jangan buat pandan mengkuang; Kita hidup sedarkan diri, Jangan hidup dibenci orang.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 30 Better death than dishonour Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land! Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah . Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan! Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|