Dewan Bahasa & Pustaka Display virtual keyboard interface  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah MABBIMIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v1.0Bahasa Sukuan v2.0Glosari Leksikal Bahasa SukuanKamus SainsKamus Thai Melayu DewanDaftar Rumi-Jawi(Beta)Glosari Sains Untuk Sekolah
Kata Takrif Sumber
menjalar1 berjalan merayap-rayap: Ulat itu ~ di atas bajunya. 2 tumbuh melata: Ada tumbuh-tumbuhan yg ~. 3 merebak atau berjangkit (bkn api, penyakit, pengaruh dll); menular: Api telah ~ ke kedai sebelah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menjalar1. bergerak perlahan(-lahan), merayap: ulat itu ~ ke arahnya; 2. (tumbuh) melata (bkn tumbuh-tumbuhan spt pokok labu, kacang panjang, dll): tumbuh-tumbuhan yg ~; 3. merebak (api dll); 4. merebak, menular (bkn penyakit dll): wabak taun telah ~ ke daerah selatan pulau itu; 5. meluas, berkembang merebak (meluas): gerakan antikerajaan oleh kaum Buddha telah ~ di Vietnam Selatan; perkembangan ini kemudiannya ~ ke luar Eropah;Kamus Dewan Edisi Keempat
menjalar1. berjalan merayap-rayap: Ulat itu ~ di atas bajunya. 2. tumbuh melata: Ada tumbuh-tumbuhan yg ~. 3.merebak atau berjangkit (bkn api, penyakit, pengaruh dll); menular:Api telah ~ ke kedai sebelah.Kamus Pelajar
merambak1. menjalar-jalar, me­ra­yap ke mana-mana (tumbuh-tumbuhan yg menjalar); 2. bertambah-tambah bilangannya, bertambah-tambah luasnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
menjalari1 menjalar pd (bkn binatang atau tumbuh-tumbuhan): Pokok kacang itu ~ pagar rumahnya. 2 menjalar di (serata tempat); merebak; menulari (bkn api, penyakit dsb): Api telah ~ rumah-rumah yg berdekatan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rambak I; merambak 1. menjalar-jalar, me­ra­yap ke mana-mana (tumbuh-tumbuhan yg menjalar); 2. bertambah-tambah bilangannya, bertambah-tambah luasnya; merambakkan 1. menjadikan merambak; 2. menjadikan banyak (luas); ~ wang mem­per­banyak wang (dgn diperbungakan dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
semangka Isj tumbuhan (herba menjalar), mendelikai, mendikai, tembikai, temikai, timun cina, Citrullus vulgaris; ~ belanda sj tumbuhan (herba menjalar), Cucumis melo.Kamus Dewan Edisi Keempat
menjalari1. menjalar pd (bkn binatang atau tumbuh-tumbuhan): Pokok kacang itu ~ pagar rumahnya. 2. menjalar di (serata tempat); merebak; menulari (bkn api, penyakit dsb): Api telah ~ rumah-rumah yg berdekatan.Kamus Pelajar
merambat1. merambak, merayap ke mana-mana, bertambah banyak (tumbuh-tumbuhan); 2. menjalar (api dll), menular (penyakit dll), tersebar ke mana-mana (kha­bar, berita), berpanjang-panjangan (per­teng­kar­an, perselisihan, dll); 3. Id menjalar atau meluas (panas dll); 4. Jw merayap atau melata naik: permukaan tanah itu hampir hilang ditutupi tumbuh-tumbuhan yg ~ dan melata;Kamus Dewan Edisi Keempat
rambat I; merambat 1. merambak, merayap ke mana-mana, bertambah banyak (tumbuh-tumbuhan); 2. menjalar (api dll), menular (penyakit dll), tersebar ke mana-mana (kha­bar, berita), berpanjang-panjangan (per­teng­kar­an, perselisihan, dll); 3. Id menjalar atau meluas (panas dll); 4. Jw merayap atau melata naik: permukaan tanah itu hampir hilang ditutupi tumbuh-tumbuhan yg ~ dan melata; rambatan (Fiz) gerakan gelombang tenaga yg berlaku pd gelombang elektromagnet, air atau bunyi mengikut arah yg normal dgn muka gelombang yg biasanya berbentuk sfera, se­bahagian sfera atau satah; perambatan 1. perihal (proses atau perbuat­an) merambat, penyebaran; 2. (Fiz) pergerak­an gelombang tenaga yg berlaku pd gelombang elektromagnet, air atau bunyi mengikut arah yg normal dgn muka gelombang yg biasanya berbentuk sfera, sebahagian sfera atau satah.Kamus Dewan Edisi Keempat
Tesaurus
 
jalar
Kata Terbitan : berjalaran, berjalar-jalar, menjalar, menjalarkan,

Puisi
 

Ikan tenggiri makan menyambar,
     Cuka-cuka dalam peti;
Bila berpucuk daunnya lebar,
     Akar menjalar ke sana ke mari.



Lihat selanjutnya...