PeribahasaMenjalar melata pohon tembikai, sayang buah dimakan tikus.TakrifIndah dan gagah pada lahirnya saja tetapi batinnya tidak baik. tembikai = buah semangka.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUmpama sirih, menjalar dulu kemudian melilit, barulah memanjat ke pucuk junjung.TakrifTiap-tiap pekerjaan hendaklah dikerjakan mengikut aturannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiar merangkak jangan menjalar.TakrifLebih baik rosak sedikit asal jangan rosak semuanya; sebelum sesuatu kemelaratan itu menjadi besar baiklah diusahakan untuk menghindarkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar miring asal jangan tertelungkup; atau Biar rebah jangan roboh, atau Biar serpih jangan tumbang; atau Biar sipi asal jangan tepat [= sesat]; atau Biar terletak asal jangan terhempas; atau Biar terselar jangan terbakar hangus; atau Biar terteleng asal jangan tertungkup).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSama menjulur sama menjalar, lain belut lain ular.TakrifDua orang yang sama rupa dan perjalanannya tetapi budi pekertinya berlainan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiar titik, jangan tumpah.TakrifLebih baik rosak sedikit asal jangan rosak semuanya; sebelum sesuatu kemelaratan itu menjadi besar baiklah diusahakan untuk menghindarkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Biar merangkak jangan menjalar, b. Biar senget jangan tertiarap).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Ikan tenggiri makan menyambar, Cuka-cuka dalam peti; Bila berpucuk daunnya lebar, Akar menjalar ke sana ke mari.
Lihat selanjutnya... |
|