Kata |
Takrif |
Sumber |
membesar-besarkan | mengatakan yg bukan-bukan hingga berlebih-lebihan: Janganlah kita ~ perkara yg tidak penting itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membesar | menjadi besar; bertambah besar: Tiap-tiap benda yg hidup pasti akan ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membesar-besarkan | menambah atau melebih-lebihkan sesuatu (spt kejayaan, kesusahan, cerita, dsb) drpd keadaan yg sebenarnya: ia ~ kekayaannya; ~ kesalahan orang; ~ perkara yg kecil; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membesar | 1. nampak besar: tiba-tiba saya terhenti, di dlm gelap itu suatu lembaga ~ di depan saya; 2. menjadi besar: tiap-tiap sel itu mengalami semua proses hidup spt makan, bernafas, dan ~; 3. berlagak spt orang besar, meyombong, bongkak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membesar-besarkan | mengatakan yg bukan-bukan hingga berlebih-lebihan: Janganlah kita ~ perkara yg tidak penting itu. | Kamus Pelajar |
membesar | menjadi besar; bertambah besar: Tiap-tiap benda yg hidup pasti akan ~. | Kamus Pelajar |
melautkan | ki membesar-besarkan, menghebah-hebahkan; setitik dilautkan sekepal dibukitkan prb membesar-besarkan perkara yg kecil; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggunungkan | ki membesar-besarkan, menghebah-hebahkan; air setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan prb membesar-besarkan perkara yg kecil; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bermegah-megah | membesar-besarkan diri: Mereka ~ kerana merekalah yg pertama sampai di bulan | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tumbesar | tumbuh dan membesar (ttg tumbuh-tumbuhan dan haiwan). tumbesaran perihal (proses dsb) tumbesar; pertumbuhan: Mereka mengkaji peringkat-peringkat ~ embrio anak ayam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
exaggerate | vi membesar-besarkan cerita: he was exaggerating when he said that several hundred people attended the party, dia membesar-besarkan cerita apabila dia berkata bahawa beratus-ratus orang menghadiri majlis itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
enlarge | vi grow larger, menjadi besar, membesar; (of photograph) menjadi besar: the tree trunk will ~ as it gets older, batang pokok itu akan membesar apabila semakin tua; this photograph should ~ well, gambar foto ini seharusnya menjadi besar dgn baik; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
growing | adj 1. a. (in size) sedang membesar: usually a ~ child has a good appetite, biasanya, budak-budak yg sedang membesar mempunyai selera makan yg baik; b. (in number), (semakin) bertambah: a ~ population, bilangan yg semakin bertambah; c. (in degree) semakin /+ approp adj, bertambah /: the ~ animosity between them, permusuhan yg semakin mendalam antara mereka; 2. rel to, suitable for growth, pertumbuhan: ~ season, musim pertumbuhan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
exaggerate | vt 1. enlarge (st) beyond the truth, membesar-besarkan: as usual she ~d her difficulties, spt biasa dia membesar-besarkan kesukarannya; 2. cause to appear more obvious, menonjolkan lagi [sst]: the gathers ~s the largeness of her bosom, kedut-kedut itu menonjolkan lagi buah dadanya yg besar; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
grower | n 1. person who grows plants, penanam: vegetable ~s, penanam sayur; 2. plant growing in a certain way, membesar: that bush is a slow ~, pokok renek itu lambat membesar. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
goose | all his geese are swans, membesar-besarkan cerita ttg sso; cook sos ~, merosakkan + approp n: theres no one to blame but himself he cooked his own ~ when he quarelled with the boss, tdk ada siapa yg harus disalahkan dia telah merosakkan peluangnya sendiri krn bergaduh dgn bos. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
growing pains | n 1. sakit-sakit sendi (krn hendak membesar); 2. (fig.) masalah peringkat permulaan: the car industry is still suffering from its ~, industri kereta masih lagi menghadapi masalah peringkat permulaan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
exaggeration | n 1. act of exaggerating(perbuatan) membesar-besarkan (cerita); 2. result of exaggerating, tokok tambah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
glorify | vt 1. worship, a. (God) memuji, memuliakan, mengagungkan, membesarkan; b. (deities, saints, etc) memuja, mendewakan; 2. extol, praise, mendewakan, mengagungkan, membesarkan; (excessively) mendewa-dewakan, mengagung-agungkan, membesar-besarkan: great achievements which have been glorified in speech and writing, pencapaian besar yg telah didewa-dewakan dlm bentuk lisan dan tulisan; politicians should not be glorified, ahli-ahli politik tdk sepatutnya diagung-agungkan; 3. (derog) make so., st more splendid or important than they really are, membesar-besarkan: he dislikes anything which tends to ~ war, dia tdk menyukai apa-apa yg nampaknya akan membesar-besarkan peperangan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
dramatize, dramatise | vt 1. adapt (story, novel, etc) as a play, mendramakan, mendramatisasi, menyandiwarakan: to ~ a short story, mendramakan sebuah cerita pendek; 2. (derog) present (event etc) in dramatic manner, membesar-besarkan: she always ~s the things that happen to her, dia selalu membesar-besarkan perkara-perkara yg berlaku kepadanya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
benign | benigna | Herba | Pemiawaian | Berkaitan dengan ketumbuhan atau tumor dalam tisu tubuh yang cenderung membesar, tetapi tidak memudaratkan atau mengakibatkan kematian. Contohnya, ekstrak terpiawai goniotalamin daripada pokok kenerak (Goniothalamus umbrosus) digunakan untuk merawat benigna pada peringkat awal. Banding malignan. |
anadromous fish | ikan anadromi | Sains Marin | Tiada | Ikan yang bermigrasi dari laut ke ekosistem air tawar untuk membiak. Ikan anadromi menetas di kawasan air tawar, tetapi membesar dan menghabiskan usianya di lautan, dan kembali ke habitat air tawar untuk membiak. Contohnya, ikan salmon, sturgeon, bass dan lain-lain. Banding ikan katadromi. |
catadromous fish | ikan katadromi | Sains Marin | Tiada | Ikan yang bermigrasi dari ekosistem air tawar ke laut untuk membiak. Ikan katadromi menetas di laut, tetapi hidup dan membesar di kawasan air tawar dan hanya kembali semula ke laut untuk membiak. Contohnya, belut. Banding ikan anadromi. |
Volmer-Weber growth (VW) | pertumbuhan Volmer-Weber (VW) | Fizik | Nanoteknologi | Satu pertumbuhan filem tipis di atas substrat dengan cara beberapa lapisan permulaan tumbuh sebagai pulau yang berpusat pada tapak penukleusan. Pulau ini akan membesar sehingga menyentuh antara satu sama lain. Pertumbuhan Volmer-Weber berlaku apabila saling tindakan antara atom jerap lebih kuat berbanding saling tindakan atom jerap dengan permukaan substrat. Filem tipis yang dihasilkan melalui pertumbuhan Volmer-Weber adalah kasar. Pertumbuhan Volmer-Weber digunakan untuk memfabrikasi bintik kuantum. Sinonim pertumbuhan VW. |
dormant | dorman | Perikanan | Akuakultur | Keadaan organisma yang seakan-akan diam dan tiada aktiviti. Keadaan ini boleh mencapai masa bertahun-tahun lamanya. Organisma akan keluar daripada keadaan dorman apabila persekitaran berada dalam keadaan baik untuk membesar dan membiak. Contohnya ialah sista artemia. |
tuber | ubi | Herba | Tiada | Organ batang atau akar yang membengkak dan tumbuh di dalam tanah. Ubi berfungsi sebagai penyimpanan makanan, bertahan selama satu tahun dan bertindak sebagai agen pembiakan tampang (vegetatif). Ubi akar (umbi) seperti ubi jaga membesar daripada akar adventitius manakala ubi batang seperti ubi kentang mempunyai putik atau mata. Ubi utuh dalam bentuk kering digunakan sebagai bahan mentah herba selepas diracik, dikisar atau diserbukkan. |
carrying capacity | daya bawa | Pertanian | Tiada | Bilangan organisma, haiwan atau tumbuhan yang dapat ditampung kehidupannya dalam sesuatu unit keluasan tanah. Daya bawa bergantung kepada faktor iklim, tanah, air dan makanan yang terdapat pada sesuatu kawasan. Contohnya, bilangan lembu yang dapat membesar di kawasan seluas satu hektar, bergantung kepada jenis rumput, tanah, air dan pembajaan yang diterima oleh kawasan berkenaan. Daya bawa kawasan pastura yang dibaja biasanya antara 5 hingga 7 ekor lembu sehektar. |
castration complex | kompleks kembirian | Kesusasteraan | Tiada | Teori yang diperkenalkan oleh Sigmund Freud tetapi dipertikaikan oleh ramai pengkritik. Menurut teori ini, kanak-kanak lelaki mempunyai nafsu seksual terhadap ibunya tetapi terpaksa dinyahkan keinginan songsang itu oleh bapanya dengan ugutan untuk mengembirikan anak lelakinya. Pengembirian boleh berlaku dengan pelbagai cara, biasanya secara simbolik dan tidak langsung. Bagi kanak-kanak perempuan, mereka berasakan diri mereka telah dikembirikan dan membesar dengan mempunyai perasaan iri hati terhadap lelaki kerana mempunyai zakar. Freud menamainya sebagai konsep iri hati pada zakar. Teori ini sukar diterima oleh sesetengah pihak kerana dianggap tidak sesuai untuk diaplikasikan dalam kalangan pengkritik atas sebab-sebab keagamaan dan moral. Dalam sastera Yunani purba, watak Oedipus merupakan motif anak lelaki yang bernafsu seksual terhadap ibunya serta membunuh bapanya bagi mencapai matlamat nafsunya. Freud menggunakan senario Oedipal ini untuk menerangkan teori bagaimana kanak-kanak lelaki dan perempuan mendapat identiti gender mereka, iaitu budak lelaki harus belajar melepaskan perkongsian identiti dengan ibunya dan mula mengenali dirinya lebih mirip dengan bapanya. Budak perempuan pula melepaskan bapanya dan mengenali dirinya sama seperti ibunya. Persoalan identiti gender ini mendapat perhatian ahli feminis dan kajian dalam teori feminisme. Pemikiran ini banyak dimanfaatkan dalam penulisan sastera. |
political socialization | pemasyarakatan politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Proses menerapkan nilai dan budaya politik sesuatu masyarakat ke dalam diri individu secara sedar atau tidak yang berjalan berterusan sejak seseorang itu kecil. Proses ini menjadikan individu itu belajar dan mengetahui amalan dan budaya politik masyarakatnya dan seterusnya mengamalkannya seperti anggota lain. Anak-anak kecil sentiasa memerhati perlakuan orang tuanya dan kemudian meniru perlakuan tersebut. Apabila membesar mereka akan bercampur dengan rakan sebaya dan melihat anggota masyarakat lain serta menyerap lebih banyak elemen budaya politik lalu mengamalkannya. Ibu-bapa, sekolah, rakan sebaya, media, kerajaan dan parti politik merupakan agen sosialisasi politik yang sangat berkesan. |
thermal | terma | Sains | Tiada | Isi padu udara yang mempunyai keapungan disebabkan ketumpatannya rendah berbanding dengan sekitarnya dan oleh itu ia membumbung. Terma terhasil dalam keadaan pemanasan suria yang kuat di atas tanah dan mengakibatkan kadar tukaran adiabatik di aras bawah. Terma yang kuat bercenderungan berlaku di wilayah yang permukaan buminya lebih panas daripada kawasan sekitarnya; cerun yang menghadap matahari dan bandar merupakan sumber terma yang diakui oleh penerbang gelungsur. Terma terdapat di awan kumulus walaupun selalu wujud tanpa bukti. Cerapan menunjukkan pola tipikal gerakan udara dalam suatu terma ialah halaju menegak maksimum berlaku dalam teras pusat bersama dengan gerakan peredaran (gelang vorteks) menuju ke salah satu tepi terma. Terma membesar apabila bahagian depannya bercampur dengan udara sekitarnya dan kemudian bercampur dengan udara di belakangnya. Jadi, kelebihan suhu dan keapungan terma nisbi terhadap sekitarnya berkurangan secara janjangan. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
kelangi | jantan | ngelangi | berkokok | diek ~ | - | seseorang yang membesar-besarkan diri | Fauna | Kenyah -> Cebup |
jamuh | Kulit yang menyerupai sarung pada rebung atau buluh muda dan akan tanggal sewaktu membesar. | bijamuh | berkain sarung, mempunyai kain sarung. | - | - | - | Flora dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Bukar Sadong |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
membesar-besarkan | menamah (cerita) [mnamah] | Melanau Dalat | |
bah II | 1 bah: ai ~ air bah: ~ tunggal bah yg mengejut dr hulu sungai; 2 membesar-besarkan; melebih-lebih: iya nusoi utai ~ bendar dia membesar-besarkan cerita. | Iban | |
menabah | membesar-besarkan | TETAW | |
angkong I | tidak membesar (spt yg sepatutnya bkn manusia, binatang, pokok, dll); kerdil; tergencat: ~ orang orang kerdil: buah ~ buah kemetot. | Iban | |
pesuong | tumbesar: ~ reti siyen tubok sereta mengenyat tumbesar ertinya tumbuh dan membesar; | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
kopio Kd | sejenis semangat jahat. | Pada peringkat ini, ketika padi sedang membesar, satu lagi upacara amal dilakukan oleh seorang spesialis upacara amal untuk mententeramkan semangat jahat yang dipanggil kopio. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
rumbak Ib | perihal kulit yang terkopak atau terbuka besar akibat penyakit sopak atau terkena air panas. | Kemudian didapati ada sedikit calar pada badan Nara kerana cakaran kuku harimau tersebut. Calar itu kemudian semakin membesar, menjadi septik atau rumbak dan tidak boleh baik. Ini menyebabkan Nara tidak berkahwin sehingga mati tua. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb asetilkolina, pada saraf parasimpatetik dan simpatetik kolinergik. Lihat juga parasympatholitic agent. (UBAT) anticlinal wall (dinding antiklin) Lapisan pembahagi sel yang kedudukannya bersudut tepat dengan hujung per- mukaan pucuk yang sedang membesar. (BIO) anticline (antiklin) Bahagian lapisan batuan yang terlipat dan mencembung ke atas. (KEJ) anticlypeus (antiklipeus) Bahagian anterior klipeus tempat labrum dilekatkan. (BIO) anticoagulant (antikoagulan/bahan antigumpal) Bahan semula jadi atau di ruang interkostal kiri kelima, lebih kurang 8 cm atau 9 cm dari garis tengah dada. Tempat denyutan ini akan teranjak ke bahagian yang lebih lateral sekiranya jantung mengembang atau membesar. (UBAT) aphasia (afasia) Ketakupayaan berkomunikasi sama ada melalui pertuturan, tulisan dan isyarat, atau untuk memahami pertuturan dan bahasa bertulis. Keadaan ini disebabkan penyakit atau kecederaan pada otak. (UBAT) aphid (afid
|
Kamus Thai 2.indb terus berkembang maju. เจริญตาเจริญใจ [-ta:-cai] ว indah, can- tik, menarik: ทิวทัศน ์ บนเกาะภูเก็ตช ่ างเจริญ ตาเจริญใจเหลือเกิน Pemandangan Pu lau Phuket sangat indah = เจริญหูเจริญตา เจริญเติบโต [-t:pto:] ว 1 membesar: เด็ก ๆ เหล ่ านี้ กำลังเจริญเติบโตภายใต ้ การดูแล ของยูนิเซฟ Kanak-kanak ini sedang membesar di bawah jagaan UNICEF. 2 berkembang: เศรษฐกิจของประเทศเจริญ เติบโตอย ่ างไม ่ หยุดหย ่ อน Ekonomi negara terus berkembang. เจริญรอยตาม [-r:yta:m] ก mengi- kut jejak: ชายหนุ ่ มคนนั้ นเจริญรอยตามบิดา
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
membesar-besarkan | [mem.be.sar.be.sar.kan] | ممبسر - بسرکن |
membesar | [mem.be.sar] | ممبسر |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
batang rayap | runner | Batang yang bertunas dan membesar secara mendatar di atas tanah atau air. Contohnya, batang pokok labu dan kiambang. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
primordium daun | leaf primordia | Pucuk yang tumbuh dari meristem apeks yang akan membesar menjadi daun. | Menengah Atas |
proses hidup | life process | Proses yang dilakukan oleh benda hidup seperti bernafas, bergerak, membesar, membiak, berkumuh dan bergerak balas terhadap rangsangan. | Sekolah Rendah |
jidal akar | root cap | Struktur yang menutupi dan melindungi hujung akar apabila akar membesar dan tumbuh ke dalam tanah. | Menengah Atas |
benda hidup | living thing | Benda yang boleh bernafas, bergerak, berkumuh, bergerak balas terhadap rangsangan, membesar dan membiak. Contohnya, manusia, haiwan, tumbuhan dan mikroorganisma. | Sekolah Rendah |
habitat | habitat | Tempat tinggal organisma. Ia mempunyai keperluan seperti makanan, ruang untuk membiak dan membesar, serta perlindungan. | Menengah Atas |
rizom | rhizome | Batang yang tumbuh secara mendatar di bawah tanah yang menjadi organ penyimpanan makanan. Rizom membesar dan akan membentuk tumbuhan baharu secara pembiakan vegetatif (pembiakan tampang). Contohnya, kunyit dan halia. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
benda bukan hidup | non-living thing | Benda yang tidak boleh bernafas, bergerak, berkumuh, bergerak balas terhadap rangsangan, membesar dan membiak. Contohnya, kertas dan pensel. | Sekolah Rendah |
pembelahan dedua | binary fission | Pembiakan aseks yang berlaku secara pembahagian sel induk yang matang, untuk membentuk dua sel anak. Setiap anak sel itu akan membesar menjadi induk. Kebanyakan organisma unisel, seperti ameba, membiak secara pembelahan dedua. | Menengah Atas |
dinding sel primer | primary cell wall | Dinding pertama sel yang terdiri daripada selulosa mikrofibril yang dibentuk dengan pelbagai orientasi, dapat dilihat melalui mikroskop elektron, yang terbentuk apabila sel sedang membesar. | Menengah Atas |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata membesar |
|
|