Kata |
Takrif |
Sumber |
dengkul III | Jw, bp bohong, dusta, palsu; berita (khabar, radio) ~ bp berita palsu; modal ~ bp modal pd cakap sahaja, modal kosong; saksi ~ saksi yg palsu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
palsu | 1 tidak benar atau tidak tulen; tiruan: emas ~; wang ~. 2 tidak sungguh-sungguh; tidak jujur: Janji-janjinya itu ~ belaka. memalsukan membuat sesuatu menjadi palsu: ~ wang. kepalsuan keadaan atau sifat palsu. pemalsuan perbuatan atau hal memalsukan. pemalsu orang yg memalsukan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lancung I | 1. tidak tulen (barang-barang dll), palsu: emas ~; 2. tidak jujur, tidak sebenar-benarnya, curang: cintamu kepadaku selama ini ~, palsu, sekali-sekali bukan cinta sejati; sekali ~ keujian seumur hidup orang tak percaya prb sekali diketahui perangai ygburuk sepanjang masa orang tidak percaya lagi; melancung, melancungkan membuat palsu atau tidak benar, menipu: ~ wang; lancungan (barang-barang) tiruan atau palsu: paun emas itu digantinya dgn paun ~; kelancungan keadaan yg tidak tulen (betul, jujur, dll), kepalsuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ATAU terangkum(inclusive OR) | Pengendali logik aljabar Boolean yang memberikan nilai output benar jika salah satu atau kesemua inputnya benar. Nilainya palsu jika kesemua inputnya palsu. Pengendali ATAU inklusif biasanya dilambangkan dengan tanda tambah (+). | Kamus Komputer |
palsu | 1 tidak benar atau tidak tulen; tiruan: emas ~; wang ~. 2 tidak sungguh-sungguh; tidak jujur: Janji-janjinya itu ~ belaka. memalsukan membuat sesuatu menjadi palsu: ~ wang. kepalsuan keadaan atau sifat palsu. pemalsuan perbuatan atau hal memalsukan. pemalsu orang yg memalsukan. | Kamus Pelajar |
palsu | 1. tidak benar (tulen), lancung, tiruan: kaki ~; rambut ~; wang ~; 2. tidak sungguh-sungguh, tidak lurus (jujur), curang: dlm dunia ini memang banyak yg ~; janji ~; memalsukan melakukan sesuatu yg palsu, meniru sesuatu (utk mengabui mata atau menipu), melancungkan: penipuan serupa itu dapat ~ tanda-tanda asal; ~ wang kertas; kepalsuan 1. perihal palsu; 2. kecurangan, ketidakjujuran: kota yg penuh ~; pemalsuan perbuatan atau hal memalsukan: membongkar amalan-amalan ~ dlm bidang penciptaan; pemalsu orang yg memalsukan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gadungan | tiruan, jadian, palsu; harimau ~ = macan ~ harimau jadian (manusia yg menjelma sbg harimau); wartawan ~ wartawan palsu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tular palsu | sesuatu seperti berita atau maklumat palsu yang tersebar dengan cepat dan meluas menerusi alam maya, daripada satu pengguna kepada pengguna yang lain | Kamus DBP versi dalam Talian |
gadung II | Jw; gadungan tiruan, jadian, palsu; harimau ~ = macan ~ harimau jadian (manusia yg menjelma sbg harimau); wartawan ~ wartawan palsu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lancung | 1 tidak tulen; tiruan (ttg barang); palsu: emas ~. 2 tidak sungguh-sungguh; tidak jujur; curang: sahabat yg ~. melancungkan membuat sesuatu menjadi lancung; memalsukan: ~ wang. lancungan barang palsu atau barang tiruan. kelancungan 1 keadaan atau hal lancung; kepalsuan. 2 keadaan atau sifat curang; kecurangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
bogus | adj not genuine, palsu: ~ signature, tandatangan palsu; ~ documents, dokumen palsu; a ~ doctor, doktor palsu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
dummy | adj fake, palsu; (econ) dami: a ~ gun, pistol palsu; the cadets were only using ~ cartridges, pegawai-pegawai kadet itu hanya menggunakan kartrij palsu; the missile carried a ~ warhead, peluru berpandu itu membawa kepala ledak palsu; ~ companies, syarikat dami; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
FALSE | adj 1. not true or correct, tdk benar, salah: a ~ impression, gambaran yg salah; 2. untruthful, palsu: ~ promises, janji-janji palsu; ~ testimony, bukti yg palsu; 3. fake, forged, palsu: ~ eyelashes, bulu mata palsu; ~ signature, tandatangan palsu; 4. forced, dibuat-buat, pura-pura: ~ modesty, sikap merendahkan diri yg dibuat-buat; 5. faithless, tdk setia: a ~ friend, kawan yg tdk setia; 6. delusive, memperdaya: ~ hopes, harapan yg memperdaya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fake | adj palsu; (of action, quality), (di)buat-buat: ~ jewellery, barang kemas, palsu; the picture is a ~ Monet, lukisan itu ialah lukisan Monet yg palsu; a ~ laugh, ketawa yg dibuat-buat; her shyness is ~, dia buat-buat malu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fraudulent | adj 1. not genuine, palsu: a ~ claim for damages, tuntutan ganti rugi yg palsu; his promises turned out to be ~, janji-janjinya ternyata palsu; 2. involving deceit, melibatkan penipuan: ~ elections, pilihan raya yg melibatkan penipuan; by ~ means, dgn /cara menipu, penipuan/. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fake | n 1. st faked, approp n + palsu: the table is not a valuable antique, it is a ~, meja itu bukan meja antik yg berharga tetapi adalah (meja) palsu; 2. phoney person, approp n + palsu: the fortune teller was a ~, tukang tilik itu tukang tilik palsu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
forged | adj falsified, palsu: a ~ passport, pasport palsu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
false alarm | n 1. false report of fire to fire department, panggilan kebakaran yg palsu; 2. a call for emergency action that is not needed, amaran bahaya palsu; 3. st that excites unfounded alarm, approp n + palsu: its too early for her to have labour pains, it could be a ~, terlalu awal dia berasa sakit hendak bersalin, mungkin itu hanya tanda-tanda palsu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
counterfeit | (approp n +) palsu, lancung: this piece of jewellery is ~, barang kemas ini palsu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
dud | adj (colloq) counterfeit, palsu: ~ cheques, cek palsu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
pseudopregnancy | bunting palsu | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Haiwan betina yang menunjukkan tanda seakan-akan bunting seperti pembesaran di bahagian abdomen. Bunting palsu berpunca daripada korpus luteum yang tidak rosot dan kekal merembeskan hormon progesteron. Bunting palsu kadang kala berlaku pada kambing, biri-biri dan anjing. |
counterfeit product | produk palsu | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Produk yang ditiru dan disalah label dengan sengaja dari segi aspek identiti dan/atau sumbernya. Produk palsu termasuk produk yang mengandungi bahan betul atau bahan salah, mengandungi kuantiti bahan aktif yang tidak betul, tanpa mengandungi bahan aktif, atau mempunyai pembungkusan palsu. |
accidental adulteration | campur palsu secara tidak sengaja | Herba | Tiada | Perlakuan tidak sengaja mencampurkan bahan mentah atau sediaan herba tulen dengan bahan pemalsu. Campur palsu disebabkan kecuaian semasa proses pengumpulan, pengeringan dan pembungkusan bahan mentah, serta semasa pengilangan sediaan herba. Bahan pemalsu ialah unsur tanah, bahagian tumbuhan yang tidak tulen dan rumpai. Campur palsu ini dikesan melalui pemeriksaan organoleptik, mikroskopi, analisis spektroskopi, kromatografi dan gravimetri. |
deliberate adulteration | campur palsu secara sengaja | Herba | Tiada | Perlakuan sengaja mencampurkan atau menggantikan bahan mentah atau sediaan herba tulen atau kurang berkualiti dengan bahan pemalsu. Campur palsu dilakukan untuk mengurangkan kos pemprosesan sediaan herba yang sukar diperoleh atau mahal, menopengi bahan mentah yang kurang berkualiti dan meningkatkan keberkesanan sediaan herba. Bahan pemalsu ialah bahagian atau spesies tumbuhan selain yang dinyatakan dalam spesifikasi herba, bahagian atau spesies tumbuhan yang kurang berkualiti, bahan kimia dan ubat sintetik. Campur palsu ini boleh dikesan melalui pemeriksaan organoleptik, mikroskopi, analisis spektroskopi, kromatografi dan gravimetri. |
false indication | petunjuk palsu | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Tanda-tanda yang memberikan maklumat palsu tentang keadaan bahan atau sampel ujian. Tanda-tanda ini terdapat pada semua kaedah ujian tanpa musnah. Contohnya, dalam kaedah ujian radiografi, filem yang tercalar mungkin ditafsirkan sebagai terdapatnya keretakan pada bahan sedangkan bahan itu berada dalam keadaan yang selamat. Dalam ujian ultrasonik, isyarat yang diterima mungkin bukan daripada ketakselanjaran, tetapi disebabkan oleh reka bentuk komponen. |
adulteration | campur palsu | Herba | Tiada | Penambahan sebarang bahan herba yang berkualiti rendah atau tidak tulen, bahan lengai, kotor atau toksik ke dalam bahan mentah atau sediaan herba secara sengaja atau tidak sengaja. Campur palsu juga merangkumi pengeluaran komponen bernilai daripada bahan herba. Contohnya, cengkih yang telah dikeluarkan minyak meruapnya sebagai bahan mentah atau sediaan herba. Tujuan campur palsu ini adalah untuk mendapatkan keuntungan, melakukan penipuan atau menutup kekurangan. Sinonim adulterasi, pemalsuan, penodaan, pelancungan, aduk, pemalsuan mutu, pengodian dan pencemaran mutu. |
dumb-waiter | pelayan palsu | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kotak bertingkat yang boleh diturunnaikkan seperti lif untuk membawa makanan dari satu tingkat ke tingkat yang lain. Pelayan palsu biasanya digunakan di bahagian dapur ruang hospitaliti, seperti hotel atau restoran. |
counterfeit currency coverage | perlindungan mata wang palsu | insurans | Tiada | Bon yang melindungi insured daripada kehilangan/kerugian akibat penerimaan secara jujur mata wang atau syiling palsu atau yang telah diubah. |
pseudofeces | najis palsu | Sains Marin | Tiada | Bahan yang tidak diterima sebagai makanan oleh organisma moluska penuras ampaian. Bahan ini dikumpul dan dibalut bersama lendir (mukus) di dalam rongga mantel moluska dan disingkirkan keluar tanpa melalui sistem pencernaan. |
false positive | positif palsu | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Ralat pengkelasan semasa pengesanan atau pengecaman oleh proses seperti sistem pengesanan pencerobohan. Ralat ini merupakan suatu keadaan sah, iaitu positif yang diperoleh akibat daripada ketidakjituan petua untuk dirujuk oleh proses tersebut. Keadaan tersebut sebenarnya adalah tidak sah, iaitu negatif. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
batuh | Batu. | bibatuh | berbatu | jupon | - | gigi palsu | Fauna dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Jagoi |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
palsu | palsu [palsu] | Melanau Dalat | |
kazab | tipu [tipu]; palsu [palsu] | Melanau Dalat | |
pelesu | palsu; 1 tidak benar, tidak tulen, tiruan: buok ~ rambut palsu; duit ~ wang palsu; 2 tidak sungguh-sungguh, tidak lurus, tidak jujur, curang, lancung: lubeang dunia itou idak wak ~, jumit un wak diak dlm dunia ini banyak yg palsu hanya sedikit yg tulen (b | Melanau Mukah | |
palsu | palsuk, tiuan. | kedayan | |
rambut | ~ palsu ambut palsuk. | kedayan | |
janji | ~ palsu janjik palsuk; | kedayan | |
tuntut | tuntutan palsu tuntutan palsuk. | kedayan | |
u'ang tuaw | palsu | TETAW | |
ueang asel | celup palsu | TETAW | |
gadung | gadungan tiuan, palsu. | kedayan | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
janggai Bj Sp | kuku palsu yang diperbuat daripada perak atau suasa. | Janggai - kuku palsu daripada perak atau suasa. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb amniotome (amniotom) Alat untuk menebuk ketuban. (UBAT) amniotomy (amniotomi) Proses memecahkan ketuban untuk memulakan proses bersalin. (UBAT) amobarbital (Amobarbital) Lihat Amylobarbitone. (UBAT) amoeboid motion (gerakan ameboid) Gerak alih menggunakan kaki palsu (pseudopodium) yang menyerupai ameba bergerak. (BIO) amorph (amorf) Gen mutan yang tidak mempunyai kesan berbanding dengan alel jenis liar. (BIO) ampere balance (neraca ampere) Lihat current balance. (FIZ) amniocytes ampere difosfopiridina) Lihat nicotinamide adenine dinucleotide. (KIM) diphtheroid (difteroid) 1. Bakteria yang mempunyai morfologi yang menyerupai basilus Coryne- bacterium diphtheriae. 2. Ahli genus Corynebacterium selain C. diphteriae. 3. Pseudodifteria atau difteria palsu. dinosaur diphtheroid Kamus Sains.indb 287 7/8/08 11:48:49 AM 288 4. Nama lama bagi organisma yang sekarang ini dikelaskan dalam genus Propionibacterium. (UBAT) dipleurula (dipleurula) Bentuk
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd Contohnya, pelayan proksi. hos penyamaran (Ig. masquerading host; Br. hos penyamaran; Id. hos pemaskaraan) 1. Komputer yang digunakan oleh pengguna hasad untuk melancarkan serangan penyamaran. Komputer ini mengandungi antara muka palsu yang setara dengan antara muka yang ada pada hos sebenar dan digunakan oleh pengguna hasad untuk mengumpul maklumat peribadi pengguna yang sah. 2. Komputer proksi yang melindungi komputer lain di diproses dalam jangka masa tertentu. kaedah umpan madu (Ig. honeypot method; Br. kaedah pasu madu; Id. metode pot madu) Kaedah yang digunakan untuk memerangkap aktiviti pengguna hasad dengan menyediakan ruangan palsu yang boleh menarik perhatian pengguna hasad. Contoh, suatu laman web papan mesej atau buletin boleh disertakan dengan ruangan mesej yang tidak boleh dicapai oleh pengguna biasa melalui kaedah biasa, ataupun
|
Kamus Thai 2.indb ่ ายทหารเพื่ อปลอบขวัญทหารหาญ Menteri Pertahanan melawat kem tentera untuk memulihkan semangat para perajurit. ปลอม [pl:m] ว 1 tiruan: ที่ ตลาดกิมหยง มีของปลอมเยอะ Terdapat banyak barang tiruan di Pasar Kimyong. 2 palsu: ฟัน ปลอมของเขาหัก Gigi palsunya patah. ปลอมปน [-pon] ก mencampurkan: คนขายคนนั้ นปลอมปนข ้ าวสารเกรด บี ลง ในข ้ าวสารเกรด เอ Penjual itu mencam- purkan beras gred B ke dalam beras gred A. ปลอมแปลง [-plε:] ก 1 membuat se- suatu palsu: ชายหนุ ่ มจากอัฟริกากลุ ่ มหนึ ่ งได ้ ถูกจับเพราะพบว ่ าได ้ ปลอมแปลงเงินดอลลาร ์ Sekumpulan pemuda dari Afrika telah ditangkap kerana didapati membuat dolar palsu. 2 memalsukan: สมาชิกขบวน การปลอมแปลงหนังสือเดินทางถูกตำรวจ จับแล
|
Kamus Thai 2.indb อง จอม Kamus Thai 2.indb 104 4/15/2008 11:05:45 AM จ 105 dan sosial negara Thai. จอมปลวก [c:mpluak] น busut จอมปลอม [c:mpl:m] ว palsu: เรื่ อง ทั้ งหมดนั้ นล ้ วนจอมปลอมทั้ งสิ้ น Semua cerita itu palsu belaka. จะ [ca] akan, hendak จ ้ ะ [ca] (คำตอบรับ) ya, saya จ ๊ ะ [ca] 1 (คำต ่ อท ้ ายประโยคเชิญหรือคำถาม) -lah: เชิญดื่ มซิจ ๊ ะ Silalah minum. 2 |
Kamus Thai 2.indb runtuh itu. กูบ [ku:p] น rengga, tempat duduk di belakang gajah เก [ke:] ว 1 (ฟ ั น) tidak teratur 2 (ขา เขาสัตว ์ ) bengkok เก ๊ [ke:] ว palsu, tiruan เก ๋ [ke:] ว cantik เก็ง [ke] ก meramalkan: น ั กศึกษากำล ั ง เก็งข ้ อสอบ Pelajar sedang meramalkan soalan peperiksaan. เก ่ ง [ke] ว bijak, pandai
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
palsu | [pal.su] | ڤلسو |
dentur (gigi palsu) | [dén.tur] | دنتور |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
ilusi optik | optical illusion | Fenomena yang menyebabkan kesan visual yang palsu. | Menengah Rendah |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
pernyataan | statement | Suatu bentuk ayat sama ada benar atau palsu, tetapi bukan kedua-duanya. Contohnya, 3 kurang daripada 6 (benar), 4 kurang daripada 3 (palsu). | Menengah Atas |
nilai kebenaran | truth value | Nilai "benar" atau "palsu" bagi suatu pernyataan logik. Contohnya, nilai kebenaran bagi "1 + 2 = 3" adalah benar, manakala nilai kebenaran bagi "permukaan bumi adalah rata" adalah palsu. | Menengah Atas |
ayat benar | true sentence | Pernyataan matematik yang benar. Contohnya, pernyataan "20 + 50 = 70" ialah ayat benar dan "42 ialah nombor ganjil" ialah ayat palsu. | Menengah Atas |
|
Tesaurus |
---|
| palsu (adjektif) | Bersinonim dengan tiruan, buatan, lancung, celup, sintetik, artifisial, selongkang, bikin-bikinan,
pulasan, tetiron, icak-icak, jadian, gadungan, saduran, ciplak, jiplakan;, | | Kata Terbitan : memalsukan, kepalsuan, pemalsuan, |
|
Puisi |
---|
|
Saya tak pandai memintal tali, Tali berpintal di tepi pintu; Saya tak boleh membuat janji, Kerana janji selalu palsu.
Lihat selanjutnya... |
|