Kata |
Takrif |
Sumber |
saduran | sabut kulit berserat atau berjerami, spt kulit buah kelapa. tali ~ tali yg dibuat drpd sabut kelapa. ~ keluli anyaman serat drpd besi halus dan digunakan utk membersihkan (melicinkan) logam dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
saduran | 1. sesuatu yg disadur (emas dll), sepuhan, lapisan (emas dll); 2. ki cerita yg isinya (pokoknya) diambil drpd cerita lain: terjemahan berbeza drpd ~; 3. hasil peng-olahan (drpd penyelidikan dll), ikhtisar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
saduran | 3 ki sesuatu yg tampaknya baik tetapi sebenarnya tidak; sesuatu bukan yg sebenarnya. | Kamus Pelajar |
saduran | 2 karangan dll yg ditiru drpd karangan lain. | Kamus Pelajar |
saduran | 1 sesuatu yg disadur; hasil drpd menyadur sesuatu; sepuhan: emas ~. | Kamus Pelajar |
sadur | saduran | Kamus Pelajar |
emas celup | emas saduran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sepuhan | sesuatu yg telah disepuh, saduran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
celup | tidak asli; palsu. emas ~ emas saduran. tayar ~ tayar lama yg telah dibaharui bunganya. bercelup berlapis; bersalut: ~ emas berlapis atau bersadur emas. mencelup mewarnai sesuatu (spt kain) dgn memasukkannya ke dlm air berwarna: ~ kain dgn warna biru. mencelupkan memasukkan sesuatu ke dlm cecair: ~ mata pen ke dlm dakwat. celupan apa-apa yg sudah dicelup; hasil mencelup. pencelup 1 bahan atau air berwarna utk mencelup. 2 orang yg kerjanya mencelup; tukang celup. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sepuhan | sesuatu yg disepuh; hasil drpd menyepuh; saduran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
electroplate | n barang-barang saduran elektrik; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
adapted | adj 1. adjusted, sesuai: the camel is well ~ to desert conditions, unta amat sesuai dgn keadaan gurun; 2. make suitable (of play, novel, etc) padan, telah /diadaptasikan, disesuaikan/; (to new setting) saduran. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
adaptation | n 1. adjusting, a. (of person) penyesuaian diri; b. (of thing) penyesuaian: the ~ of a sewing machine for embroidery stitching, penyesuaian mesin jahit utk kerja sulam-menyulam; 2. (of play, novel, etc) pemadanan, pengadaptasian, penyesuaian; (so as to be relevant to the local setting) penyaduran: the ~ of the book for the stage has been completed, pemadanan buku itu utk pementasan telah selesai; 3. st adapted (play, novel, etc) padanan; (so as to be relevant to the local setting) saduran: the screen ~ of "Gone with the Wind", padanan cerita "Gone with the Wind" utk filem. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
adaptation | saduran | Kesusasteraan | Puisi | Pengolahan kembali sesebuah puisi kepada jenis lain seperti cerpen, novel dan drama tetapi ciri-ciri asalnya dipertahankan. Contohnya, puisi "Gadis di Kuburan" karya Usman Awang dijadikan drama 'Muzika Uda dan Dara'. Nisan condong tegak bertaburan Gadis menangis kehibaan Tidak ada padang perjuangan Pahlawan gugur tergelimpang. Lari gadis menyembam ke tanah, Diiringi sedu menggoncang bahu, Tenang pahlawan dipeluk bumi, Senyum terakhir tenang tersembunyi. |
original | asli | Kesusasteraan | Tiada | Bukan tiruan atau saduran. |
adaptation | adaptasi | Kesusasteraan | Tiada | Pengolahan semula atau saduran semula karya ke dalam genre yang baharu. |
panji | panji | Kesusasteraan | Tiada | Gelaran yang diberikan kepada wira dalam kelompok cerita panji. Cerita panji merujuk kepada sejenis genre atau sekelompok cerita jawa yang dicirikan oleh watak, tema, latar dan plot yang tipikal. Cerita Panji ialah cerita Jawa asli, dan temanya bukan saduran daripada epik India. Cerita panji dipercayai tersebar pada zaman kerajaan Hindu-Jawa di Majapahit. Oleh itu, cerita ini memperlihatkan pengaruh budaya Hindu-Jawa yang pekat dan tidak menampakkan langsung pengaruh Islam. Cerita panji ialah cerita sastera istana yang berfokus kepada keperihalan hidup dan budaya istana. Cerita panji dikatakan sebagai sebuah epik kerana ceritanya yang panjang dan bersifat kewiraan, dan cerita ini dianggap sebuah roman kerana sarat dengan tema percintaan. Ceritanya berkisar tentang empat buah kerajaan Jawa, iaitu Koripan, Daha, Gagelang dan Kediri. Temanya berfokus pada percintaan antara Raden Inu, iaitu Puteri Ratu Koripan dengan Chandera Kirana, iaitu Puteri Ratu Daha. Cerita Panji disampaikan dalam bentuk prosa dan puisi. Cerita ini juga dikenali dalam bentuk puisi kidung di Jawa dan bentuk syair di Semenanjung yang muncul dalam pelbagai tajuk seperti Hikayat Panji Semerang, Hikayat Andaken Penurat dan Syair Ken Tambuhan. Kini, cerita Panji bukan sahaja popular di Jawa dan Bali, tetapi juga di Sumatera, Borneo, Sulawesi, Semenanjung Tanah Melayu, Siam, Burma dan Kemboja. Cerita panji disebut juga sebagai epik panji atau roman panji. Lihat juga epik, kidung. |
adaptation | adaptasi | Kesusasteraan | Tiada | Penyesuaian dengan keadaan yang baharu atau berbeza. Penyesuaian melibatkan penyusunan semula keseluruhan atau sebahagian karya daripada suatu bahasa, budaya, medium atau genre kepada bahasa, budaya, medium atau genre yang lain. Adaptasi yang melibatkan bahasa dan budaya ialah karya terjemahan dan saduran. Adaptasi yang melibatkan medium dan genre ialah novel atau cerpen kepada filem atau televisyen, atau daripada novel kepada drama. Contoh karya adaptasi klasik ialah Hikayat Seri Rama Melayu yang berasal daripada epik Ramayana dari India. Contoh lain ialah novel Juara karya S, Othman Kelantan yang diadaptasikan kepada filem dengan tajuk Jogho diarahkan oleh U-Wei Haji Saari pada tahun 1997. Novel Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad diadaptasikan kepada bentuk filem dengan judul yang sama, cerpen Uda dan Dara karya Usman Awang diadaptasikan kepada drama pentas dengan tajuk Muzikal Uda dan dara, novel Salina oleh A. Samad Said diadaptasikan kepada bentuk drama dengan judul yang sama, atau cerita Hang Jebat dan Hang Tuah daripada sastera tradisional kepada bentuk drama moden dan filem, serta novel Tenggelamnya Kapal van der Wijck oleh Hamka kepada drama televisyen dengan judul yang sama: Lihat juga terjemahan. |
eschatology | eskatologi | Kesusasteraan | Tiada | Cabang ilmu pengetahuan yang berhubung kait dengan keagamaan khususnya tentang hari kiamat, kehidupan selepas mati atau hari pembalasan. Pengetahuan tentang kiamat dan kehidupan alam akhirat merupakan salah satu aspek penting dalam ajaran kebanyakan agama di dunia dengan doktrin yang tertentu. Keterangan tentang alam akhirat telah menarik minat pengarang kitab kesusasteraan untuk digarap ke dalam bentuk yang lebih kreatif. Tradisi ke - susasteraan Arab-Islam menyaksikan kemunculan banyak kitab sastera yang membicarakan unsur eskatologi. Antara yang terkenal ialah Kitab Haqaiq wa al-Daqaiq karangan Abu Layth Samarqandi. Sastera eskatologi berperanan besar dalam mengingatkan manusia tentang alam pembalasan di akhirat. Justeru, karya sebegini mendorong manusia melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan. Dalam kesusasteraan Melayu, kisah tentang alam akhirat (dalam kubur, syurga, neraka) banyak ditemui dalam karya saduran daripada kesusasteraan Islam seperti Hikayat Nabi Muhammad Mikraj. Dalam hikayat tersebut, diceritakan bahawa Nabi telah menyaksikan pelbagai diceritakan bahawa Nabi telah menyaksikan pelbagai diceritakan bahawa Nabi telah menyaksikan pelbagai pembalasan syurga dan neraka yang diterima oleh manusia berdasarkan perbuatan mereka semasa hidup di dunia. |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
saduran | [sa.du.ran] | سادورن |
|
|