Kata |
Takrif |
Sumber |
inap | ; menginap menumpang tidur di rumah kawan (di hotel dll); bermalam: Ketika di Tokyo tempoh hari, kami ~ di sebuah hotel yg besar. penginapan 1 tempat menginap: Memang sukar mencari ~ yg murah di bandar ini. 2 perbuatan atau hal menginap. penginap orang yg menginap. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
inap | ; menginap menumpang tidur (di rumah sahabat, di hotel, dll), bermalam; penginapan 1. rumah dsb tempat menginap (bermalam): mereka telah diberitahu di mana ~ masing-masing; 2. tumpangan utk bermalam: tidak ada seorang pun yg sanggup memberi ~ kpd anak-anak kapal itu; penginap orang yg menginap di sesuatu tempat (rumah, hotel, dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menginap | menumpang tidur di rumah kawan (di hotel dll); bermalam: Ketika di Tokyo tempoh hari, kami ~ di sebuah hotel yg besar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menginap | menumpang tidur (di rumah sahabat, di hotel, dll), bermalam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
inap | menginap menumpang tidur di rumah kawan (di hotel dll); bermalam:Ketika di Tokyo tempoh hari, kami ~ di sebuah hotel yg besar. penginapan 1. tempat menginap: Memang sukar mencari ~ yg murah di bandar ini. 2. perbuatan atau hal menginap. | Kamus Pelajar |
penginapan | 1 tempat menginap: Memang sukar mencari ~ yg murah di bandar ini. 2 perbuatan atau hal menginap. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penginapan | 1. tempat menginap:Memang sukar mencari ~ yg murah di bandar ini. 2. perbuatan atau hal menginap. | Kamus Pelajar |
penginap | orang yg menginap. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bermalam | 1. tidur, menginap: mahu tidak mahu kami terpaksa ~ di pondok kecil itu; 2. sudah disimpan semalam (bkn masakan), sudah basi atau tidak sedap lagi dimakan: aku berasa hendak muntah sesudah makan lauk yg sudah ~ itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penginap | orang yg menginap di sesuatu tempat (rumah, hotel, dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
board | vi membayar makan (dan menginap): she ~ed at Mrs. Nairs, dia membayar makan (dan menginap) di rumah Puan Nair; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
board | ~ with, membayar makan (dan menginap); | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
first-class | adj 1. of the best type, a. (of accomodation etc) kelas satu: a ~ ticket to Istanbul, tiket kelas satu ke Istanbul; two weeks in a ~ hotel, menginap dua minggu di hotel kelas satu; this train only has one ~ carriage, kereta api ini mempunyai hanya satu gerabak kelas satu; b. (of mailing system) kelas pertama: a ~ postage stamp costs 29 pence, setem kelas pertama berharga 29 pence; ~ mail reaches its destination within 24 hours, mel kelas pertama sampai ke destinasinya dlm masa 24 jam; c. (of academic degrees) kelas /satu, pertama/: ~ honours in mathematics, kelas satu dgn kepujian dlm matematik; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
a, an | indef article 1. (denoting an unspecified member of a class, or a member of a class considered as representative of the whole), [not translated]: theres ~ snake in the well, ada ular di dlm perigi; I prefer to stay in ~ hotel, saya lebih suka menginap di hotel; ~ shark has sharp teeth, ikan yu bergigi tajam; 2. (denoting some particular member of a class) a certain, se-[+classifier], [i.e. sebuah for inanimate objects, seekor for animals, seorang for human beings etc]: theres a fire in ~ hotel in Pudu Road, ada kebakaran di sebuah hotel di Jalan Pudu; my mother knows ~ girl who can cook, ibu saya kenal seorang gadis yg pandai memasak; she has ~ cat and ~ dog, dia mempunyai seekor kucing dan seekor anjing; exceptions, | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
residential tourism | pelancongan kediaman | Pelancongan | Tiada | Aktiviti melancong dan menginap sementara di destinasi pelancongan yang dijadikan sebagai rumah kedua. |
domestic stayover | bermalam domestik | Pelancongan | Tiada | Pelancong tempatan yang menginap di sesebuah destinasi dalam negara dan menggunakan perkhidmatan yang sedia ada. |
frequent lodger | penginap kerap | Pelancongan | Tiada | Tetamu yang sering menginap di bawah satu kumpulan jenama hotel. |
extended stay | inap bersambung | Pelancongan | Tiada | Penghuni yang melanjutkan tempoh menginap di sesuatu tempat. |
frequent stay program | program inap kerap | Pelancongan | Tiada | Program khusus untuk tetamu yang sering menginap di hotel yang sama dan mata ganjaran akan diberikan setelah memenuhi syarat yang ditetapkan. |
day visitor | pelawat harian | Pelancongan | Tiada | Pelawat yang berkunjung ke sesuatu tempat kurang daripada 24 jam dan tidak menginap. |
domestic excursionist | pelawat harian domestik | Pelancongan | Tiada | Pelawat tempatan yang mengunjungi sesuatu pusat pelancongan kurang daripada 24 jam dan tidak menginap. |
hotel guest cycle | kitaran tetamu hotel | Pelancongan | Tiada | Ketibaan tetamu hotel secara bergilir-gilir mengikut musim. Contohnya, kebanyakan pelancong Arab akan menginap di hotel pada bulan Julai hingga September pada setiap tahun. |
green tourist | pelancong hijau | Pelancongan | Tiada | Pengunjung yang mengamalkan sikap yang baik terhadap alam sekitar seperti tidak menukar tuala mandi dengan kerap apabila menginap di hotel. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
inap | menginap manginap, nginap; | kedayan | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
menginap | [me.ngi.nap] | مڠينڤ |
|
|