Kata |
Takrif |
Sumber |
padi berat (dalam, lambat) | padi yg lama baru berbuah, padi yg lambat berbuah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berbuah | ada buahnya; mengeluarkan buah: Pohon rambutan saya sudah ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berbuah-buah | ki menjadi-jadi: ratap yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berbuah | 1. mempunyai buah, menghasilkan buah: rambutan saya sudah ~; 2. ki memberi hasil (akibat dll): kahwin yg tidak bersehaluan itu tidak ~ elok; 3. berbintil-bintil halus (pd rambut kerana tidak dikeringkan dgn baik); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berbuah | ; akar ~ sj tumbuhan (pokok renek), akar meroyan jantan (paya), Dissochaeta celebica. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berbuah | ada buahnya; mengeluarkan buah: Pohon rambutan saya sudah ~. | Kamus Pelajar |
padi I | 1. sj tumbuhan (rumput yg buahnya dijadikan beras), Oryza spp.; 2. buah pokok padi; ~ bendang (paya, sawah) padi yg ditanam di tempat yg berair; ~ berat (dalam, lambat) padi yg lama baru berbuah, padi yg lambat berbuah; ~ berdukung padi yg kembar buahnya dan dianggap bertuah; ~ bibit padi yg bakal disemai; ~ bukit (gogo, huma, ladang) padi yg ditanam di tempat yg tidak berair; ~ burung sj tumbuhan (rumput) yg biasanya tumbuh di sawah, Echibochloa crusgalli; ~ cerai padi yg cepat berbuah dan kecil-kecil buahnya; ~ kernap padi semaian utk menggantikan pokok yg mati; ~ ketam padi pulut; ~ kunca peminjaman wang oleh petani dgn perjanjian akan dibayar dgn padi apabila masak nanti; ~ lekas (radin, ringan) padi yg cepat berbuah; ~ Mahsuri sj padi kacukan (antara padi dr Taiwan dgn padi dr Kedah) yg menghasilkan tanaman dua kali setahun; ~ Malinja sj padi kacukan (antara padi Malaysia, India dan Jepun) yg menghasilkan biji padi yg besar; ~ pulut (sipulut) padi yg berasnya melekat-lekat (biasanya dibuat penganan dll); ~ rambai Kd sj padi yg panjang, berwarna putih (tidak lagi ditanam sekarang); ~ usang a) padi yg lama tersimpan; b) Kl orang tua yg berpengalaman banyak; ~ dikebat dgn daunnya prb mengusahakan sesuatu tidak dgn modal lain tetapi dgn bahagian usaha itu jua; ~ masak jagung mengupih prb keuntungan yg diperoleh dgn berlipat ganda; ~ segenggam dgn senang hati, lebih baik drpd ~ selumbung dgn bersusah hati prb kesenangan hati lebih berharga drpd kekayaan; ~ sekepuk hampa, emas spt loyang, kerbau sekandang jalang prb perihal seseorang yg nampaknya kaya tetapi sebenarnya miskin; ~ selumbung dimakan orang banyak prb hiburan kpd isteri drpd seorang suami yg beristeri lebih drpd satu; ~ setangkai bernas semuanya prb keluarga yg bahagia dan beruntung semuanya; baik membawa resmi ~, jangan membawa resmi lalang = spt buah ~, makin berisi makin rendah, jangan spt lalang, makin lama makin tinggi = spt ilmu ~ kian berisi kian runduk prb semakin berilmu atau tinggi pangkat semakin merendahkan diri (tidak sombong); bukan tanahnya menjadi ~ prb bukan tampannya akan jadi orang baik-baik; jika ada ~, tentu ada hampanya = jika ada ~ berhampalah, jika ada hati berasalah prb siapa yg berasa tersindir, dialah yg berbuat sbg yg disindirkan itu; jika kasih akan ~, buangkanlah akan rumput prb jika kasihkan anak isteri, berhentikanlah drpd mengasihi orang lain; menyisip ~ dgn bilalang (lalang) prb mencampurkan yg baik dgn yg jahat, akhirnya musnahlah yg baik itu; spt ~ hampa, makin lama makin mencongak prb orang sombong yg tidak berilmu, makin lama semakin tinggi cakapnya; tak ada ~ yg bernas setangkai prb tidak ada sesuatu yg sempurna segala-galanya; berpadi 1. mempunyai padi; 2. bertanam (bersawah, berladang) padi; musim beremas kemas, ~ menjadi prb orang berharta dapat mencapai apa yg dikehendakinya; padi-padian segala tumbuhan (rumput) jenis padi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akar berbuah | sj tumbuhan (pokok renek), akar meroyan jantan (paya), Dissochaeta celebica. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
padi cerai | padi yg cepat berbuah dan kecil-kecil buahnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
padi genjah | padi yg cepat berbuah, padi radin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
fruit | vi berbuah: the apple trees are ~ing well this year, pokok-pokok epal itu berbuah lebat tahun ini. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fruit | bear ~, a. berbuah; b. (fig.) memberi buah, /membawa, membuahkan, mendatangkan/ hasil, berhasil; be in ~, sedang berbuah; the ~s of the earth, hasil tanaman; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
berry | vi 1. produce berries, berbuah: the bush is about to ~, pohon itu hampir berbuah; 2. gather berries, memetik (buah) beri: to go ~ing, pergi memetik beri. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
unfruitful | adj 1. not bearing fruit, tdk berbuah: an ~ tree, pokok yg tdk berbuah; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
set | 4. (of blossom) berputik; (of fruit) menjadi; (of tree) berbuah: the apples are ~ting well this year, buah epal menjadi betul tahun ini; the mangoes will be few this year as the trees did not ~ well due to the drought, buah mangga tdk akan banyak tahun ini krn pokok-pokoknya tdk berbuah lebat akibat kemarau; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
bosomy | adj berbuah dada besar. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
flat-chested | adj (derog) berbuah dada kecil, buah dadanya kecil. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fruitless | adj 1. bearing no fruit, tdk berbuah: 2. having no result, tdk berhasil, sia-sia. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
buxom | adj 1. (of a woman) full-bosomed, berbuah dada montok, berdada; 2. (esp of a woman) plump and comely, montok dan segar-bugar. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
bear2 | ~ a date, bertarikh, /diberi, dibubuhi/ tarikh: the letter ~s no date, surat itu tdk bertarikh;~ fruit, a. berbuah, menghasilkan buah; b. (fig.) berhasil, mendatangkan hasil; ~ (st) in mind, ingat (akan sst), mengingati (sst); ~ office, /menjawat, memegang/ jawatan; ~ oneself, carry os, gaya sso + approp v: he ~s himself well when he is marching, gaya dia berkawat sungguh segak; ~ relation to (st), /berkaitan, berhubungan, bertalian/ dgn (sst): the arguments ~ no relation to the issue at hand, hujah-hujah itu tdk berkaitan dgn persoalan yg dihadapi; ~ a resemblance to, mirip kpd, menyerupai; ~ sos signature, tandatangan sso terdapat pd: the document ~s your signature, tandatangan tuan terdapat pd dokumen itu ; ~ the name (of st), bernama (sst); ~ witness, menjadi saksi; ~ witness to, (of st) menunjukkan, membuktikan: the ruins ~ witness to a former prosperity, runtuhan itu membuktikan kemakmuran pd zaman lampau; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
fructiferous | berbuah | Tiada | berbuah | Biologi |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
biennial bearing | berbuah dwimusim/berbuah dwitahunan | Pertanian | Agronomi | Berkaitan dengan pokok buah-buahan yang tidak mengeluarkan hasil buah yang sekata setiap tahun tetapi menghasilkan buah yang banyak pada satu tahun diikuti dengan hasil buah yang sedikit atau tiada buah pada tahun berikutnya. Proses in berlanjutan setiap dua tahun berikutnya. Contoh tanaman berbuah dwimusim ialah pokok durian dan rambutan. |
biennial bearing | berbuah dwitahunan; berbuah dwimusim | Pertanian | Tiada | Tiada |
fruiting body | jasad berbuah; kandul spora | Pertanian | Tiada | Tiada |
fruiting body | jasad berbuah; kandul spora | Perhutanan | Tiada | Tiada |
bearing wood | cabang berbuah | Pertanian | Tiada | Tiada |
andromorphic | andromorfik | Pertanian | Tiada | Jambak bunga berbuah jantan dengan butiran kasar dan spikelet buah-buahan tanpa debunga. |
perennial | saka | Biologi | Ekologi | Berkaitan dengan tumbuhan yang hidup lebih daripada dua tahun, dan biasanya berbunga serta berbuah setiap musim, misalnya pokok jelutong, Dyera costulata. |
chilling requirement | keperluan pendinginan | Pertanian | Agroteknologi | Keperluan jenis tanaman buah-buahan tertentu seperti epal, aprikot dan pic yang terdapat di iklim sederhana untuk melalui tempoh masa dalam keadaan suhu yang sangat rendah bagi menggalakkan pokok itu berbunga dan berbuah apabila tiba musim panas. Sekiranya keadaan suhu rendah ini tidak dilalui, tanaman ini mungkin gagal berbunga dan berbuah. Di Malaysia, bebawang bunga tulip yang diimport dari Belanda perlu diberi rawatan pendinginan untuk membolehkan bebawang itu mengeluarkan bunga apabila ditanam. |
Melastoma malabathricum | senduduk | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan renek dalam famili Melastomataceae. Senduduk tumbuh subur sebagai rumpai di tanah terbiar. Pokok ini mempunyai banyak cabang, berbunga dan berbuah di sepanjang tahun. Batangnya berwarna kemerah-merahan dan diselaputi bulu halus. Daunnya ringkas berbentuk eliptik lanseolat dan berbulu. Jambak bunganya jenis sima yang tumbuh di hujung dahan. Bunganya besar berwarna ungu kemerah-merahan. Buahnya jenis beri dan pulpa berwarna biru gelap mengandungi biji kecil berwarna jingga. Daun dan buahnya dimakan mentah untuk merawat cirit-birit. Air rebusan daun dan akar diminum oleh ibu selepas bersalin sebagai tonik. Daun yang dilumatkan dibuat sapuan untuk menghilangkan kesan parut cacar, kudis, demam campak dan merawat luka. Air rebusan akar dibuat kumur untuk mengurangkan sakit gigi. Air rebusan daun bersama halia diminum untuk merawat haid yang berlebihan. Daun muda dan buah masak boleh dimakan. |
witch hazel | witch hazel | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sebarang genus Hamamelis yang merupakan pokok renek di Asia dan Amerika Utara, daripada famili witch hazel, berbunga kuning, kelopak bunganya berombak-ombak serta berbuah keras |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
gosing | sejenis tumbuhan yang berbuah coklat tetapi isinya berwarna biru tua, buahnya boleh dimakan (senduduk) | - | - | - | - | - | Flora dan Idea Berasosiasi | Murut |
upa | pokok buah yang berdaun besar tetapi tidak berbuah | - | - | - | - | - | Flora dan Idea Berasosiasi | Kenyah -> Cebup |
rondungus | sejenis kayu yang tumbuh di tepi sungai dan berbuah kuning bila masak | - | - | - | - | - | Flora dan Idea Berasosiasi | Murut |
kopo-kopo | sejenis kayu yang tumbuh di tepi sungai dan berbuah oren. Buahnya boleh dimakan | - | - | - | - | - | Flora dan Idea Berasosiasi | Murut |
langu' | putik, buah yang baru jadi. (bakal buah),Buah yang masih muda dan kecil | bilangu | Berputik - mulai mempunyai putik. Mulai berbuah. | - | - | - | Flora dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Bukar Sadong |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
salai | gabuk; 1 tidak berbuah (bkn pokok buah-buahan dll); 2 tidak beranak, mandul; 3 ki tidak bohong: nda ~ telabai akou tidak bohong cakap saya; | Melanau Mukah | |
besam | sj pokok yg berbuah, pala munsuh Ib, Artocarpus spp. | Melanau Mukah | |
bengluih | sj pokok yg ditanam dan berbuah, seladah buluh MS, Santiria tomentosa. | Melanau Mukah | |
angau I | peringkat rumbia yg sudah cukup tua, peringkat berbuah; ~ mudak peringkat rumbia mulai mengeluarkan ganggang bunganya; ~ tua rumbia yg paling tua. | Melanau Mukah | |
langan | pokok yg mula-mula dihinggapi oleh kawanan burung sebelum burung-burung itu hinggap pd pokok yg berbuah; | Melanau Mukah | |
munieng | kagum, hairan, takjub: ~ a peden baleak yen jusah pebuak dua pak hairan orang melihat sepohon pisang itu berbuah dua tandan. | Melanau Mukah | |
piseng | nanas, Ananas sativus: ~ paun sj nanas; ~ tuleak sj nanas yg batangnya yg menjalar ditolak ke belakang supaya cepat berbuah; ~ pada, ~ sawit nanas madu. | Melanau Mukah | |
pagah IV | 1 pondong: ~ melingeb wak imun wak japan tubok pondong tempat melindung tanaman yg baru tumbuh; 2 punjung: takan labuk, sekulak pejiu jegem pebuak punjung tempat labu air, petola menjalar dan berbuah. | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
mayam Ib | sejenis pokok yang berbuah kecil dan digemari oleh burung merpati liar, kulitnya miang apabila terkena kulit. | Ketika itu juga terlena seekor burung merpati sehingga tidak lagi mengenali pokok mayam yang masak dan yang muda mengakibatkannya termakan buah yang muda. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pingan Ib | buah terap hutan, daunnya lebar berbuah bulat berbulu dan berwarna kekuningan. | Setelah lama berkahwin, isterinya pun hamil dan mengidamkan berbagai-bagai jenis buah khususnya pingan tetapi waktu itu bukan musim buah. Jengkuan berasa sangat kasihan melihat keadaan isterinya. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tambawai, *tembawai* Ib | kawasan bekas tapak rumah. | Wah, lebat sungguh rambutan ini berbuah, kalau tak salah ingat saya, rambutan ini kami yang punya, kata Meluda. Tambawai ini kepunyaan ayah, dan ini pinangnya yang tiga pokok itu. Benarlah ini. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
berbuah-buah | [ber.buah.buah] | بربواه-بواه |
berbuah | [ber.buah] | بربواه |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
ciri-ciri fizikal | external features | Sifat luaran tumbuhan atau haiwan yang boleh dilihat. Contohnya, berkaki, mempunyai paruh, berakar serabut dan berbuah. | Sekolah Rendah |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbuah |
|
Puisi |
---|
|
Lagi berbuah lagi berduri, Itulah nama asam paya; Lagi bertuah lagi berbudi, Itulah nama orang kaya.
Lihat selanjutnya... |
|