Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mati di sisi yang hidup, hidup di sisi yang mati.

Takrif

Orang jahat yang telah menghilangkan diri dianggap seperti orang yang sudah mati; orang berjasa yang meninggal dunia dianggap masih hidup juga.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti kambing dikuliti hidup-hidup.

Takrif

Kesakitan yang amat sangat; dalam keadaan yang amat sukar.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa (= berfaedah).

Takrif

Berbuat baiklah semasa masih hidup untuk diri sendiri dan untuk masyarakat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hidup tidak kerana doa, mati tidak kerana sumpah.

Takrif

Berusahalah dengan tenaga dan fikiran sendiri, dan jangan mengharapkan sangat pertolongan orang lain.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hidup sandar-menyandar umpama aur dengan tebing.

Takrif

Suami isteri yang berkasih-kasih; sahabat yang setia dan bertolong-tolongan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hidup dua muara.

Takrif

Hidup dengan dua macam pencarian.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup.

Takrif

Dalam hidup manusia ada kalanya senang dan ada kalanya susah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah.

Takrif

Lebih baik mati daripada menanggung malu. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar berputih tulang, jangan berputih mata).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ganti hidup berkeredaan, ganti mati berkebulatan.

Takrif

Mencari ganti seseorang ketua harus dengan muafakat. reda = rela, senang hati.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Selompat hidup, selompat mati.

Takrif

Menghadapi bahaya maut (perempuan yang susah bersalin atau orang yang sakit berat).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
hidup
1. Bersinonim dengan bernyawa
( bernafas, tumbuh, membesar, bercambah, bertunas, berputik, berpucuk, membiak, menjalar, berbuah, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan mati

2. Dalam konteks bunga
bersinonim dengan segar, betul,
(adjektif:)
Berantonim dengan palsu

3. Dalam konteks gunung berapi
bersinonim dengan cergas, giat, aktif,
(adjektif:)
Berantonim dengan mati

4. Bersinonim dengan tinggal
( diam, duduk, menetap, menginap, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : hidup-hidup, hidupan, menghidupkan, penghidupan,

Puisi
 

Orang buat tikar pandan berduri,
     Jangan buat pandan mengkuang;
Kita hidup sedarkan diri,
     Jangan hidup dibenci orang.



Lihat selanjutnya...