Kata |
Takrif |
Sumber |
bernyawa | mempunyai nyawa; hidup: Tiap-tiap benda yg ~ akan mati juga sudahnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bernyawa | 1. mempunyai nyawa, hidup; 2. ki ada aktiviti yg berlangsung, bergerak dgn pelbagai kegiatan (urus niaga dsb) dijalankan, hidup: perut Dataran Merdeka kini ~ semula apabila sebuah kompleks beli-belah wujud di situ. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bernyawa | mempunyai nyawa; hidup: Tiap-tiap benda yg ~ akan mati juga sudahnya. | Kamus Pelajar |
personifikasi | 1. pemberian (penyerapan) sifat-sifat manusia kpd benda tak bernyawa atau sesuatu yg abstrak dll utk mendapatkan kesan sastera atau seni, 2. pelambangan atau pengemukaan benda tidak bernyawa atau sesuatu yg abstrak sbg mempunyai sifat-sifat manusia; mempersonifikasikan melambangkan atau mengumpamakan sesuatu benda yg tidak bernyawa (atau abstrak) sbg manusia atau mempunyai sifat-sifat manusia: dia ~ Kuala Lumpur dgn kata-kata yg terpilih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mati | 1 tidak bernyawa lagi; tidak hidup lagi: Tiap-tiap yg hidup akan ~ juga sudahnya. 2 tidak pernah bernyawa; tidak pernah hidup: Batu ialah benda ~. 3 tidak berjalan spt biasa (bkn jam dll); tidak bergerak lagi (bkn persatuan dll); tidak terus (bkn jalan dll); tidak berorang lagi (bkn bandar, kampung dll). ~ ayam (katak) mati dgn sia-sia saja dan tidak ada yg mempedulikan. ~ beranak mati ketika melahirkan anak. ~ celik mati sebelum hajat atau sebelum cita-cita seseorang tercapai. ~ hidup balik selamat setelah mengalami bahaya besar atau setelah sakit teruk. ~ kera sudah dipotong tetapi masih basah atau masih liat (bkn kayu). ~ langkah tidak dpt melakukan apa-apa yg dihajati. ~ lemas mati kerana tidak dpt bernafas (tenggelam dlm air dll). ~ pucuk a. penyakit yg menyebabkan pucuk menjadi layu atau mati (bkn tumbuh-tumbuhan). b. ki lemah zakarnya (bkn lelaki). ~ rasa tidak dpt berasa apa-apa lagi (bkn pancaindera atau perasaan). ~ syahid mati kerana Allah (spt kerana membela agama Islam). ~ sesat (syirik) mati dgn cara yg tidak diredai Allah (spt membunuh diri). mati-matian 1 pura-pura mati; mati olok-olok. 2 dgn sungguh-sungguh: bekerja ~. bermati-mati bersungguh-sungguh melakukan sesuatu; dgn segenap tenaga; dgn segala daya upaya: Ayah ~ mencari wang kerana hendak menyekolahkan kami. mematikan 1 membuat supaya mati; membunuh: Racun ini bisa sekali dan dpt ~ sesiapa yg meminumnya. 2 ki menyebabkan mati (tidak bergerak, buntu, bantut dll); menghentikan; menyekat: Dia ~ enjin keretanya lalu turun. 3 membahagi pengatas dan pembawah dgn angka yg sama. kematian 1 hal-hal yg berkaitan dgn mati: surat ~ surat keterangan mengenai orang yg telah mati. 2 hal atau keadaan mati: Sejak ~ isterinya, dia selalu saja termenung. 3 menderita kerana matinya seseorang: Dia ~ isteri kesayangannya. pemati alat yg mematikan sesuatu: nat ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jisim | Ar 1. isi segala benda yg tidak bernyawa; 2. (Fiz) kuantiti jirim dlm benda yg tidak bernyawa yg tidak tertakluk pd graviti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mati I | 1. tidak bernyawa lagi, tidak hidup lagi: biar kita ~ tidak bernisan jangan kita hidup tidak bersopan; timbunan kayu ~; 2. tidak pernah hidup (barang-barang spt batu dll): tidak bernyawa; 3. tidak terus atau tembus (jalan, lubang, dll): jalan itu ~; pintu itu tertutup ~; 4. tidak dapat diubah lagi (harga, simpulan, dll): 5. tidak mempunyai air lagi (perigi dll); 6. tidak menyala lagi (api, lampu dll); lampu sudah ~; matahari ~; 7. tidak bergerak atau berjalan lagi (mesin dll): jam itu ~; 8. tidak bergiat atau aktif lagi (pergerakan, pertubuhan dll): parti itu sudah lama ~; 9. tidak ramai lagi (bandar dll): negeri yg sudah ~; 10. tidak digunakan lagi (bahasa dll): bahasa Latin ialah bahasa ~; 11. tidak bertiup lagi (angin dll): angin sudah ~; 12. tidak dapat berasa lagi (kulit dll); kulit ~; 13. tidak dapat berfikir lagi, buntu (fikiran): fikirannya ~ sebentar; 14. terhenti (percakapan dll): percakapannya ~ di situ sahaja kerana seorang pengemis lain datang meng-ganggu; ~ air direbus (daging, ikan, dll) sehingga air rebusan hampir kering sebelum digulai: da-ging itu belum lagi digulai, baru ~ air saja; ~ akal buntu fikiran (tidak dapat menyelesaikan masalah yg dihadapi); ~ andar a) mati dgn tidak diketahui sebab (atau pembunuhnya); b) mati dgn tidak disembelih (binatang); ~ angin ki tidak mempunyai kuasa utk berbuat apa-apa (kerana lemah, tidak ada semangat, dll); ~ ayam bp mati dgn sia-sia; ~ balik hidup selamat setelah mengalami bahaya besar (atau penyakit yg teruk); ~ bebang = ~ terbebang = ~ kekebangan mati kerana anak yg hendak dilahirkan itu tidak dapat keluar; ~ beranak mati ketika bersalin; ~ berangan (berangai suri) kelihatannya mati sebenarnya tidak; ~ berdarah mati dgn menumpahkan darah (kerana ditikam, ditembak, dll); ~ berugam Kl mati tetapi tidak hancur mayat atau bangkainya; ~ bersebab mati dgn tidak sepatutnya; ~ katak mati spt katak dan tidak siapa yg mempedulikannya; ~ kera sudah dipotong tetapi belum kering lagi (kayu); ~ konyol (percuma) mati dgn sia-sia; ~ kumlah (hukumullah) mati dgn sepatutnya (spt terlalu tua dll); ~ kutu(nya) tidak dapat berbuat apa-apa lagi; ~ lemas mati kerana tidak dapat bernafas (spt tenggelam dlm air, kena gas, dll); ~ mampus (modar) bp mati dgn sertamerta; ~ mawai ark mati menggeletak; ~ pucuk a) mati pucuknya (tumbuh-tumbuhan); b) tidak ada lagi tenaga kelaki-lakian (lemah zakar); ~ raga menguatkan hati dgn mengetepikan segala keseronokan; ~ rasa tidak mempunyai perasaan lagi; ~ salai mati lemas (kerana asap, panas, dll); ~ seladang sehidup semati bkn suami isteri (tidak bermadu dll); ~ sesat (syirik) mati dgn cara yg tidak diredai Allah (kerana membunuh diri dll); ~ syahid mati kerana Allah (kerana membela agama dll); ~ anak berkalang bapak, ~ bapak berkalang anak prb anak dan bapa mestilah tolongmenolong pd masa kesusahan; ~ dicatuk katak prb orang yg berkuasa dikalahkan (dihina) oleh orang yg lemah; ~ gajah tiada dapat belalainya, ~ harimau tiada dapat belangnya prb tahu membuat pekerjaan yg jahat dan tahu menyembunyikan dan menghilangkannya; ~ ikan kerana umpan, ~ saya kerana budi prb manusia dapat dipujuk dgn mulut manis atau dgn budi baik; ~-~ ber-dakwat biar hitam prb tiap-tiap pekerjaan janganlah kepalang (janganlah dikerjakan separuh jalan); ~ tidak akan menyesal luka tidak akan menyiuk prb sudah bulat hati utk melakukan sesuatu dan tidak akan mengumpat atau menyesal kemudiannya; kita semua ~ tetapi kubur masing-masing prb lain orang lain fikirannya; spt orang ~, jikalau tiada orang mengangkat bilakan bergerak prb sese-orang yg daif jika tiada orang menolongnya akan susahlah ia; mati-matian 1. dgn bersungguh-sungguh, dgn segala daya upaya, dgn genap tenaga: mereka berjuang ~ mempertahankan negara; 2. tidak sebenarnya mati, pura-pura mati, mati olok-olok; bermati-mati, bermati-matian bersungguhsungguh (mengerjakan sesuatu), dgn segala daya upaya, dgn segenap tenaga: kakanda bekerja ~ siang dan malam, pergi ke sana ke mari dgn tidak mengendahkan penat dan lelah; rakyat sekarang ~ berjuang utk kemerdekaan; bermatikan; ~ diri pura-pura mati; mematikan 1. membunuh: ada kalanya gula juga akan ~ semut; 2. ki menjadikan mati (buntu, luput, tidak berubah, tidak bergerak, dll): pengemis itu ~ langkahnya; sete-lah ~ enjin skuternya, dia pun naik ke rumah; 3. (Mat) membahagi sebarang pengatas dan sebarang pembawah dgn angka yg sama; kematian 1. perihal mati: orang ke surau dia turut sama, orang ~ dia bersama-sama membuat apa-apa yg patut; angka ~ angka yg menunjukkan jumlah orang yg telah mati; surat ~ surat keterangan bkn orang yg telah meninggal dunia; 2. menderita (menanggung) kerana seseorang atau sesuatu yg mati: ja-nganlah tersangat risaukan ~ anak kita itu; ~ angin tidak ada angin lagi (orang dlm pelayaran); kemati-matian 1. kelihatan spt sudah mati: dia pengsan ~ lakunya; 2. sampai mati (mengerjakan sesuatu), mati-matian; pemati sesuatu yg digunakan utk mematikan (jahitan, simpulan, dll), pengukuh, pengetat (skru dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bunuh | ; berbunuh-bunuhan saling mencuba mematikan lawan: Kedua-dua hamba yg setia itu bertengkar dan akhirnya ~. membunuh melakukan sesuatu terhadap benda-benda yg bernyawa supaya mati; mematikan: Dua orang pemuda telah dikenakan hukuman gantung kerana ~ seorang polis. terbunuh tidak bernyawa lagi; mati kerana dibunuh: Beberapa orang pengganas telah ~ dlm pertempuran di sempadan. bunuhan seseorang atau sesuatu yg dibunuh. pembunuhan perbuatan atau hal membunuh: Orang yg melakukan ~ terhadap pegawai polis itu telah ditangkap dan dihukum. pembunuh 1 orang yg membunuh: Polis sedang mencari ~ perempuan muda itu. 2 alat atau sesuatu yg digunakan utk membunuh: ubat ~ kuman. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bunuh | berbunuh-bunuhan saling mematikan; mematikan sesama sendiri: Kedua-dua hamba yg setia itu bertengkar dan akhirnya ~. membunuh melakukan sesuatu terhadap benda-benda yg bernyawa supaya mati; mematikan: Dua orang pemuda telah dikenakan hukuman gantung kerana ~ seorang polis. terbunuh tidak bernyawa lagi; mati kerana dibunuh: Beberapa orang pengganas telah ~ dlm pertempuran di sempadan. bunuhan seseorang atau sesuatu spt binatang yg dibunuh. pembunuhan perbuatan atau hal membunuh: Orang yg melakukan ~ ke atas pegawai polis itu telah ditangkap dan dihukum. pembunuh 1 orang yg membunuh: Polis sedang mencari ~ perempuan muda itu. 2 alat atau sesuatu yg digunakan utk membunuh: ubat ~ kuman. | Kamus Pelajar |
bangkai | 1. binatang yg sudah mati: ~ kucing; 2. bk mayat manusia: ~ Hang Jebat; ~ bernyawa ki a) orang yg terlibat dlm penagihan dadah yg teruk sehingga kurus kering, tidak bermaya dan menimbulkan masalah kpd keluarga, masyarakat dsb, mayat hidup; b) seseorang yg tidak dipedulikan dan dipandang hina oleh keluarga: akhirnya dia tidak sanggup lagi menjadi ~ bernyawa dlm keluarga mereka; 3. ki sesuatu yg telah tua dan rosak: ~ kereta; ~ gajah bolehkah ditudung oleh nyiru prb kejahatan yg besar itu tidak dapat disembunyikan; ada ~ adalah hering prb di mana ada perempuan jahat tentu ada lakilaki yg jahat pula; menjemur ~ ke atas (ke puncak) bukit prb mengaibkan diri sendiri;pebangkai (Bio) binatang yg memakan bangkai binatang lain atau bahan organik yg reput (mis burung reng, dubuk, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
inanimate | adj 1. lifeless, tdk bernyawa: ~ objects, benda-benda tdk bernyawa; 2. spiritless, not animated, tdk rancak: an ~ conversation, perbualan yg tdk rancak. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
insensate | adj (fml) 1. lacking physical sensation, inanimate, tdk /bernyawa, hidup/: ~ stones, batu-batu yg tdk bernyawa; 2. unfeeling, wild, dahsyat: the ~ destruction of wild life must cease, pemusnahan yg tdk berperasaan thdp mergastua mesti dihentikan; he flew into an ~ rage, dia marah dgn dahsyatnya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
animate | adj 1. living, bernyawa, hidup; 2. lively, riang; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
breathe | ~ os last, menghembuskan nafas yg terakhir; ~ (new) life into st, memberi nafas baru kpd sst; as I live and ~, (colloq) selagi saya masih /hidup, bernyawa/; not ~ a word (of st to so.) tdk memberitahu (sso ttg sst), merahsiakan (sst drpd sso); ~ /again, freely (again)/, bernafas /semula, kembali/, berasa lega (semula); | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
dead | adj 1. no longer living, a. (gen ), (sudah, telah) mati: ~ trees, pokok-pokok yg sudah mati; ~ insects, serangga mati; ~ wood, kayu mati; b. (of person), /sudah, telah/ /meninggal dunia, mati/; (of royalty), /sudah, telah/ mangkat; (of prophet), /sudah, telah/ wafat; (coarse), /sudah, telah/ /mampus, kojol/; c. (of flower), /sudah, telah/ layu; d. (of leaf) kering; 2. inanimate, tdk bernyawa: ~ matter, benda yg tdk bernyawa; 3. numb, kebas: his fingers are ~ with cold, jari-jarinya kebas krn kesejukan; 4. (of sound) bengap, benak, pekak: the ~ sound of the coin as it hit the floor, bunyi bengap syiling itu ketika jatuh ke lantai; 5. (of colour) usam, kusam, pekat: ~ black, warna hitam usam; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
breathe | vi 1. respire, bernafas: fish cannot ~ out of water, ikan tdk dapat bernafas di luar air; I can hardly ~ , saya hampir-hampir tdk dapat bernafas; 2. regain breath or composure, bernafas, berasa lega: I can ~ easier now that the work is done, saya dapat bernafas sekarang krn kerja itu sudah selesai; 3. (of air) blow gently, berhembus, berpuput, bertiup lembut: a light wind was breathing, angin sepoi-sepoi bahasa berhembus; 4. live, exist, bernyawa, bernafas, hidup: every animal that ~s on earth setiap haiwan yg hidup di bumi ini; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
coincidence of opposites | pengaburan sempadan | Kesusasteraan | Tiada | Sempadan yang dikaburkan dalam karya mitos, dongeng, fantasi, fiksyen sains dan sebagainya. Pengaburan berlaku terhadap unsur-unsur yang bertentangan dalam karya tersebut. Contohnya, sempadan antara makhluk yang bernyawa dengan benda yang tidak bernyawa, antara yang hidup dengan yang mati telah dikaburkan. Istilah ini digunakan oleh Carl Jung untuk merujuk kepada pengaburan sempadan seperti yang dinyatakan. Pengaburan sempadan boleh dilihat dalam novel berjudul Sumpah Tujuh Keturunan oleh gabriel Marquez dan Hujan Pagi oleh A. Samad Said. |
abiotic | abiotik | Sains Kesihatan | Tiada | Sesuatu yang tidak bernyawa dan tidak sesuai untuk kehidupan yang boleh mengubah struktur kimia. |
commensal | komensal | Kejururawatan | Tiada | Organisma yang hidup dalam badan makhluk-makhluk yang bernyawa tanpa merosakkan atau memanfaatkannya. |
anthropomorphism | antropomofisme | Kesusasteraan | Tiada | Pemberian sifat manusia dalam karya sastera kepada haiwan, benda yang tidak bernyawa, dan kuasa yang abstrak seperti Tuhan. Karya berunsur antropomorfisme yang termasyhur ialah Animal Farm oleh George Orwell yang merupakan satira terhadap Revolusi Rusia. Dalam karya ini, binatang ternakan yang asalnya dimiliki oleh peladang yang mabuk telah berjaya memerdekakan diri, mengambil alih ladang itu, dan mengerjakannya sendiri seperti manusia. Namun, timbul huru-hara sehingga ladang itu kucar-kacir kerana binatang yang mentadbirkannya bertindak zalim seperti pemiliknya terdahulu. Di Malaysia, karya yang memperlihatkan corak cerita yang sama ialah Tikus Rahmat oleh Hassan Ibrahim. Di Indonesia terdapat cerpen Langit Makin Mendung oleh Kipandjikusmin yang memberikan sifat manusia kepada Tuhan. Antropomorfisme digunakan untuk membangkitkan rasa empati dalam sastera. Kebanyakan pengarang cerita kiasan lebih cenderung memperlihatkan unsur ini. Antropomorfisme berasal daripada perkataan Yunani anthropos yang bererti manusia dan bentuk. Lihat juga bertiari. |
empathy | empati | Kesusasteraan | Tiada | Daya menyelami dan memahami perasaan orang lain. Daya ini berlaku apabila pengarang atau pembaca menenggelamkan dirinya dalam pengalaman, perasaan dan sensasi yang dialami oleh objek yang ditulis atau dibaca, sama ada objek tersebut manusia, binatang, dan barang yang tidak bernyawa. Istilah ini diilhamkan oleh Hermann Lotze dari Jerman dalam tulisannya Microcosmus (1858) untuk membezakannya daripada simpati yang bermaksud perkongsian perasaan. Simpati bermakna terhenti, bersetuju dan membenarkan perkongsian perasaan tersebut, manakala empati melibatkan penyatuan diri dengan perasaan itu seterusnya bersemadi dengannya. Empati berasal daripada perkataan Jerman einfuhlung yang bermaksud masuk merasakan atau turut merasakan. |
pathetic fallacy | kekeliruan rasa hiba | Kesusasteraan | Tiada | Konsep yang menentang penggunaan kaedah personifikasi dalam sastera. Menurut konsep ini, perasaan dan aksi manusia dikaitkan dengan objek alam semula jadi. Istilah ini digunakan untuk membicarakan secara umum, sentimentaliti yang diakibatkan oleh pembicaraan keterlaluan mengenai alam semula jadi dalam karya kreatif. Dalam konteks penggunaan kaedah ini, emosi manusia (daripada perkataan Yunani pathos yang bermaksud perasaan) diberikan kepada alam semula jadi dan kepada benda yang tidak bernyawa. Penyajak kerap menggunakan kaedah ini dalam sajak mereka. John Ruskin, seorang penulis bahasa Inggeris pada abad ke-19, mencetuskan idea ini dalam bukunya bertajuk Modern Painters. Beliau berpendapat, kaedah ini dapat menghasilkan emosionalisme palsu dalam kalangan manusia terhadap keadaan sekelilingnya. Contohnya, Ruskin tidak menyukai cara Coleridge, seorang penyajak berbangsa Inggeris yang membicarakan tentang dedaun yang menari. Bagi Ruskin, konsep ini salah kerana pada hakikatnya daun tidak boleh menari. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
asong | nyawa | masong sg | bernafas, bernyawa | asong kien | - | nyawa ikan | Anggota Tubuh Badan dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Jagoi |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
bangkai | ~ bernyawa bangkai banyawak. | kedayan | |
imen II | simpanan (bkn sst yg bernyawa): a mahou ~ perempuan simpanan. | Melanau Mukah | |
Kamus Thai 2.indb งที่ 2 อุบัติขึ้ นเมื่ อปี ค.ศ. 1941 Perang Dunia kedua meletus pada tahun 1941. 2 mula wujud: สิ่ งมีชีวิตอุบัติขึ้ นเมื่ อสองล ้ าน ๆ ปีมาแล ้ ว Makhluk bernyawa mula wu- jud lebih daripada dua bilion tahun yang lalu. อุบัติภัย [-tipai] น bahaya daripada kemalangan อุบัติเหตุ [-tihe:t] น kemalangan อุบาทว ์ [uba:t] ดู อัปรีย ์ อุบาย [uba
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
bernyawa | [ber.nya.wa] | برڽاوا |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
disinfektan | disinfectant | Bahan kimia yang digunakan untuk memusnahkan atau merencatkan aktiviti mikroorganisma yang terdapat pada benda yang tidak bernyawa. | Menengah Atas |
|
Tesaurus |
---|
| nyawa (kata nama) | 1. Bersinonim dengan roh: jiwa, semangat, hayat, sukma, atma, jana, umur, usia,
2. Bersinonim dengan buah hati: jantung hati, kekasih, juita, yang disayangi,
| Kata Terbitan : bersenyawa, mensenyawakan, bernyawa, |
|
|