Kata |
Takrif |
Sumber |
raja | I 1. orang yg mengetuai dan memerintah sesuatu negara (bangsa), kepala negara (yg diwarisi): ~ Inggeris pd masa ini ialah seorang wanita; 2. kepala negeri, sultan: di Malaysia Barat lapan drpd ~-~nya bergelar sultan; 3. kepala suku (daerah): di Nusa Tenggara masih banyak ~; 4. gelaran orang bangsawan (keturunan sultan); 5. ark bp orang yg berkuasa, ketua, pemerintah: kompeni Inggeris akan kembali semula menjadi ~ di Melaka; di dlm kapalnya dialah ~, memerintah dr haluan ke buritan; kita boleh menjadi ~, boleh memerintah semua orang lelaki yg termakan budi kita; 6. orang yg besar kuasanya (pengaruhnya dll) dlm sesuatu lingkungan (spt dlm lingkungan perusahaan, kewangan, dll); ~ minyak orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan minyak; ~ getah orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan getah; 7. binatang (jin dll) yg menguasai binatang (jin dll); ~ jin; ~ laut; ~ rimba; ~ binatang singa; 8. nama buah catur yg terpenting; 9. nama kad (terup) besar yg bergambar raja; ~ agas gelaran seseorang yg berbadan kecil tetapi berani; ~ badar sj kain putih; ~ berpelembagaan raja yg pemerintahannya tertakluk pd peruntukan perlembagaan negara; ~ besar raja yg berkuasa (berpemerintahan) besar; ~ bola pemain bola yg pandai; ~ cacing orang yg sangat kurus; ~ jenang (jejenang) orang yg mengatur dlm penyabungan ayam; ~ kecil putera raja; ~ kecil besar putera mahkota; ~ kecil muda putera raja yg bongsu; ~ laut laksamana; ~ muda putera mahkota, tengku mahkota, pemangku raja yg memerintah (tanah jajahan dll); ~ penomah pemberian kpd bakal mentua; ~ permaisuri gelaran isteri raja yg memerintah sesebuah negeri (negara); ~ Permaisuri Agong gelaran utk permaisuri Yang di-Pertuan Agong; ~ putih penyakit keputihan; ~ sehari (sari) pengantin; ~ singa penyakit perempuan, sifilis; ~ wang orang yg sangat kaya; (si) ~ diraja usungan jenazah raja; ~ adil ~ disembah, ~ tak adil ~ disanggah prb raja yg adil disayangi, dan raja yg zalim dibenci; siapa pun menjadi ~ tanganku ke dahi juga prb siapa pun yg menjadi raja, dihormati juga; spt ~ dgn menteri prb bersetuju dlm segenap hal; tak ada (tiada) ~ menolak sembah prb tidak ada orang yg tidak suka dihormati; beraja 1. berlaku sbg raja, menjadi raja; ~ di mata, bersultan di hati = ~ di hati, bersultan di mata prb mengikut nafsu masing-masing; 2. ada rajanya, mempunyai raja: adat negeri itu tiada ~, Batin sahaja penghulunya; baiklah raja ini kita rajakan di sini kerana kita pun tiada ~; ~ kpd mengabdikan (menghambakan) diri kpd; beraja-raja sl bercampur (bergaul) dgn raja, hidup bersama-sama raja (tahu adat-istiadat di dlm istana): baiklah anakku, supaya engkau tahu ~; berajakan mengabdikan diri kpd, beraja kpd: segala orang Melaka terlalu sangat kasih dan setuju ~ beliau; meraja 1. spt raja, berbuat (berlaku, berlagak) spt raja; 2. ki merajalela: penyeksaan telah ~ di kampung itu; merajai 1. menjadi raja di (atas), memerintah: Sultan Muzaffar Shah mula-mula sekali ~ negeri Perak; 2. ki menguasai, mempengaruhi: hati akan ~ seluruh jiwa; ia terlalu banyak dirajai oleh perasaan; apabila cinta sudah ~ hati, segala-galanya adalah indah belaka; ~ diri menguasai diri; merajakan 1. menjadikan raja, menobat jadi raja: maka anakanda baginda yg tua itulah dirajakan menggantikan ayahanda baginda; 2. menganggap atau memandang sbg raja: ~ pangkat; kerajaan 1. negeri atau negara yg dikepalai oleh raja: ~ Malaysia; ~ Arab Saudi; 2. pemerintahan, negara: ~ Indonesia berparlimen; 3. martabat (kedudukan) raja: setelah nenda hilang, ayahanda Badanul menggantikan nenda di atas ~; 4. tanda-tanda alat kebesaran raja: pakaian ~; payung ~; takhta ~; 5. sifat sbg raja: jika tiada diketahuinya tujuh perkara, tiada layak ia naik raja dan tiada sempurna ~nya; 6. sl naik takhta, menjadi raja: jika ia ~, tiada akan sempurna negeri ini; ~ buangan pemerintahan yg dijalankan di luar negara (kerana negara ditawan musuh dll); ~ campuran pemerintahan yg anggota-anggota kabinetnya terdiri drpd berbagai-bagai golongan parti politik; ~ negeri pemerintahan negeri yg menjadi sebahagian drpd kerajaan kebangsaan atau pusat; ~ pusat pemerintahan yg bersifat kebangsaan (tidak dr negeri bahagian); ~ sementara kerajaan yg dibentuk utk memerintah atau mentadbir negara sehingga terbentuk kelak sebuah kerajaan yg sempurna menurut perlembagaan dsb; ~ sendiri pemerintahan yg setengah merdeka (pemerintahan yg mempunyai sebahagian kemerdekaan, bukan kemerdekaan penuh); ~ tempatan (Udg) sistem kerajaan yg meletakkan pentadbiran hal ehwal kerajaan pd pihak berkuasa setempat, mis majlis perbandaran dan majlis daerah; berkerajaan mempunyai kerajaan, ada kerajaannya: perubahan-perubahan yg patut dibuat bagi mencapai taraf ~ sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
reactive psychosis | psikosis reaktif | Perubatan | Psikiatri | Keadaan psikosis yang tercetus disebabkan oleh trauma, seperti kematian orang yang disayangi, kemalangan atau perceraian. |
Kamus Parsi.indb یدنوادخ )khodāvandī, khodāyī( مداخ ،رازگتمدخ )khedmatgozār, khādem( )khedmat kardan( ندرک تمدخ )khar( رخ )kharāb, vīrān( ناريو ،بارخ )kharj( جرخ )kharchang( گنچرخ )khers( سرخ )khers-e pāndā( ادناپ سرخ )khargūsh( شوگرخ yang serba tahu malu Tuhan selamat tinggal ketuhanan khadam khidmat keldai kerosakan, kerugian belanja, kos ketam (haiwan) beruang panda arnab well informed, omniscient shame God good-bye divinity servant, minion to zebr, khashen( نشخ ،ربز )Zoḥal( لـحز )zakhm( مخز )zadan( ندز )zerā‘at, keshāvarzī( یزرواشک ،تعارز petani gagak lintah lutut pelawat lidah bahasa asing bahasa Parsi bahasa Melayu kasar Zuhal tempat yang sakit memukul, mengetuk pertanian farmer crow leech knee visitor tongue foreign language Persian language Malay language rough Saturn sore to strike, to hit agriculture, farming ز Kamus Parsi.indb 77
|
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata yang disayangi |
|
|