PeribahasaJatuh tidak berkait (= berjolok).TakrifMembuat sesuatu tanpa diminta.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJatuh dihimpit tangga.TakrifMendapat kesusahan silih berganti.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJatuh di atas tilam.TakrifBeruntung kerana mendapat pangkat, isteri yang kaya dan sebagainya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJatuh berkait.TakrifMemperoleh sesuatu kerana diminta.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiar jatuh terletak, jangan jatuh terhentak (= terhempas).TakrifLebih baik menarik diri lebih dulu daripada diberhentikan dengan tidak hormat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDaunnya jatuh melayang, buahnya jatuh ke pangkal juga.TakrifOrang yang tiada berbudi pekerti jika banyak pengetahuannya sekalipun, akan ketahuan juga; yang berguna tinggal yang tak berguna terbuang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMumbang jatuh (= runtuh), kelapa jatuh (= runtuh).TakrifTiap-tiap yang hidup akan mati dengan tidak memandang umur. (Peribahasa lain yang sama makna: Bunga gugur putik pun gugur).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai bunyi cempedak jatuh.TakrifBunyi jatuh yang kuat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBunga gugur putik pun gugur.TakrifTiap-tiap yang hidup akan mati dengan tidak memandang umur. (Peribahasa lain yang sama makna: Mumbang jatuh [= runtuh], kelapa jatuh [= runtuh]).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBulan jatuh di ribaannya.TakrifBeruntung besar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| jatuh (kata kerja) | 1. Dalam konteks buah bersinonim dengan gugur, luruh, runtuh, rurut,
2. Dalam konteks nilai, harga, bersinonim dengan turun, merosot, berkurangan, susut, surut, menjunam, Berantonim dengan naik
3. Dalam konteks matahari bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, masuk, Berantonim dengan terbit
4. Dalam konteks kerajaan bersinonim dengan tumbang, runtuh, bubar, tewas, kalah,
5. Dalam konteks tarikh bersinonim dengan berbetulan dengan, bersamaan dengan, bertepatan dengan, tepat pada,
| Kata Terbitan : menjatuhkan, terjatuh, kejatuhan, |
|
Puisi |
---|
|
Jatuh upih jatuh seludang, Jatuh mari di laman kami; Nasi putih lauk udang, Mari makan bersama kami.
Lihat selanjutnya... |
|