PeribahasaMati di sisi yang hidup, hidup di sisi yang mati.TakrifOrang jahat yang telah menghilangkan diri dianggap seperti orang yang sudah mati; orang berjasa yang meninggal dunia dianggap masih hidup juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti kambing dikuliti hidup-hidup.TakrifKesakitan yang amat sangat; dalam keadaan yang amat sukar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa (= berfaedah).TakrifBerbuat baiklah semasa masih hidup untuk diri sendiri dan untuk masyarakat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHidup tidak kerana doa, mati tidak kerana sumpah.TakrifBerusahalah dengan tenaga dan fikiran sendiri, dan jangan mengharapkan sangat pertolongan orang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHidup sandar-menyandar umpama aur dengan tebing.TakrifSuami isteri yang berkasih-kasih; sahabat yang setia dan bertolong-tolongan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHidup dua muara.TakrifHidup dengan dua macam pencarian.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup.TakrifDalam hidup manusia ada kalanya senang dan ada kalanya susah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDaripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah.TakrifLebih baik mati daripada menanggung malu. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar berputih tulang, jangan berputih mata).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGanti hidup berkeredaan, ganti mati berkebulatan.TakrifMencari ganti seseorang ketua harus dengan muafakat. reda = rela, senang hati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSelompat hidup, selompat mati.TakrifMenghadapi bahaya maut (perempuan yang susah bersalin atau orang yang sakit berat).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| hidup | 1. Bersinonim dengan bernyawa ( bernafas, tumbuh, membesar, bercambah, bertunas, berputik, berpucuk, membiak, menjalar, berbuah, ) (kata kerja:) Berantonim dengan mati
2. Dalam konteks bunga bersinonim dengan segar, betul, (adjektif:) Berantonim dengan palsu
3. Dalam konteks gunung berapi bersinonim dengan cergas, giat, aktif, (adjektif:) Berantonim dengan mati
4. Bersinonim dengan tinggal ( diam, duduk, menetap, menginap, ) (kata kerja:)
| Kata Terbitan : hidup-hidup, hidupan, menghidupkan, penghidupan, |
|
Puisi |
---|
|
Orang buat tikar pandan berduri, Jangan buat pandan mengkuang; Kita hidup sedarkan diri, Jangan hidup dibenci orang.
Lihat selanjutnya... |
|