Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
mohon semak ayat dan ejaan: Bapa saya Ini bapa saya. Bapa saya bernama Musa. Bapa saya suka baca buku. Bapa saya guru. Guru suka baca buku. Musa suka baca buku. --------- Mama saya Ini mama saya. Mama suka hati. Bapa beli baju baharu. Bapa beli pasu baharu. Bapa beli meja baharu. Bapa beli sofa baharu. Mama suka hati. -------- Guru saya Ini guru saya. Mari baca buku. Kami suka baca buku. Guru suka hati. Kami pula geli hati. ------ Geli hati Yaya belajar kira-kira. Satu, lima jadi lima. Kami geli hati. Kamu kira lagi, kata cikgu. Kamu kena kira lagi, ulang cikgu. Yaya kira lagi. Satu tambah lima jadi enam, kata Yaya. Yaya bijak!, kata cikgu. ------- Hari Jadi Yaya. Hari ini hari Selasa. Hari ini hari jadi Yaya. Yaya suka hati. Bapa bagi buku. Mama beli baju lawa. Adik pula beri lima rama-rama. Yaya suka hati. ----- Meja makan baharu Ini meja. Ini meja makan. Ini meja makan baharu. Meja makan ini ada lapan kerusi. Meja makan ini besar. Papa beri kepada mama. Terima kasih, papa, kata mama. ------ Apa dalam Bakul? Mama, apa dalam bakul? Dalam bakul ada baju. Dalam bakul ada buku. Dalam bakul ada bola. Boleh saya lihat? Boleh. ----- Limau Cuba rasa limau ini. Saya suka limau. Limau rasa manis. Limau rasa sedap. Tetapi, Ada limau rasa masam. Ada limau rasa pahit? Ada, limau busuk. Kami geli hati. Ada limau rasa masin? Ada, limau kena garam. Kami ketawa. | Soalan saudara/ saudari tidak jelas. | Tatabahasa | 30.06.2010 |
a) Siti suka minum kopi di rumah. b) Siti suka minum kopi di kafe. (atau) Ayat majmuk: 1. Siti suka minum kopi di rumah atau di kafe. 2. Siti suka minum kopi di rumah atau kafe. Ayat majmuk 1 atau 2 yang betul? Mengapa? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Siti suka minum kopi di rumah atau di kafe?" Dalam penggabungan frasa sendi nama dengan kata hubung dan dan atau, kata sendi nama pada unsur kedua, secara pilihan, boleh digugurkan. Bagaimanapun, kata sendi nama pada unsur yang kedua tidak boleh digugurkan kalau kata sendi nama dalam bentuk setara itu ialah ke dan ke. | Tatabahasa | 09.10.2013 |
Apakah perbezaan antara "mahu" dengan "hendak"? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "mahu" bermaksud i. suka akan, suka hendak, bersedia akan ii. hendak, akan. "Hendak" pula bermaksud i. berhasrat akan, ingin akan ii. akan, bermaksud akan, mahu iii. untuk. Berdasarkan maksud yang diberikan, terdapat maksud yang sama pada kedua-dua perkataan.
| Tatabahasa | 21.11.2013 |
saya suka sangat makan durian atau saya sangat suka makan durian | Saudara, Ayat yang betul ialah 'saya sangat suka makan durian' manakala ayat ' Saya suka sangat makan durian lebih merupakan bahasa percakapan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 16.07.2009 |
saya suka sangat makan durian atau saya sanagat suka makan durian | Saudara, Ayat yang betul ialah 'Saya sangat suka makan durian ' manakala ayat 'Saya suka sangat makan durian' lebih merupakan bahasa percakapan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 16.07.2009 |
Mohon Semak Ayat dan Ejaan. Terima Kasih. --- Saya ada baju biru. Baju biru lawa. Mana baju biru? Ini baju biru. Saya suka baju biru. Saya suka baju lawa. ------ Mari baca buku. Mana buku? Itu buku. Mana buku biru? Buku biru yang baharu. Ini buku biru. Mari kita baca. --------- Bola Baharu Mana bola baharu? Ini bola. Ini bola baharu. Saya suka hati. Ada tiga bola baharu. Saya suka hati. ----- Mari Kira Mari kira bola. Satu bola, dua bola, tiga bola. Mari kita kira. Satu bola, dua bola, tiga bola, empat bola dan lima bola. Saya suka hati. -------- Hari Rabu Saya suka hari Rabu. Hari Rabu ada cerita lucu. Saya geli hati. Saya lari-lari. Saya menari-nari. Saya suka hati. --------- | Soalan anda tidak jelas. Sila kemukakn soalan yang lebih jelas. | Lain-lain | 30.06.2010 |
BEZA ANTARA PENGGUNAAN MAHU DAN HENDAK. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, mahu bermaksud 1. suka akan, suka hendak, bersedia akan: dia ~ supaya jawatan itu dipegang oleh se-orang anak negeri; ~ tak ~ a) segan-segan; b) terpaksa, harus; 2. hendak, akan: ~ ke mana budak itu; 3. bp maksud, keinginan, tujuan: apa ~ engkau di sini? Hendak ditakrifkan sebagai 1.= ~ akan = hendakkan berhasrat akan, ingin akan (mempunyai, mendapat, mengambil, dll): seorang buruh pun ~ sebuah rumah yang sederhana; kanak-kanak berebut-rebut ~ akan buah itu. 2. akan, bermaksud akan, mahu: saya selalu tidak ada wang ~ bayar hutang. | Istilah | 22.07.2010 |
suka cita, duka cita | Dieja bercantum sukacita, dukacita | Ejaan | 17.07.2008 |
saya suka baju biru /saya suka baju berwarna biru. kedua-dua ayat ini betul? Bilakan perkataan berwarna mesti digunakan? terima kasih. | Kedua-dua ayat betul, perkataan berwarna lazimnya digunakan apabila hendak menegaskan sesuatu. Contohnya baju yang berwarna biru itu saya punya. | Tatabahasa | 04.08.2013 |
1. Bagaimanakah membezakan penggunaan kata hubung tetapi dan manakala. 2. Antara ayat yang berikut, yang manakah betul penggunaan kata hubung tetapi dan manakala? a. Abu suka makan roti canai tetapi saya suka makan piza. b. Abu suka makan roti canai manakala saya suka makan piza. 3. Ada pendapat yang menyatakan kata hubung tetapi digunakan untuk pelaku yang sama sahaja. Contohnya: a. Budak itu pandai tetapi pemalas. b. Dia pemarah tetapi hatinya baik Adakah pendapat ini betul? | 1. Perkataan tetapi digunakan untuk menyatakan hal yang berlawanan atau bertentangan, seperti ayat: Budak itu pandai tetapi malas. Perkataan manakala pula membawa banyak maksud, iaitu 1. apabila, bilamana; 2. tetapi; dan 3. sedangkan. Perkataan manakala boleh dibezakan apabila membawa maksud pertama dan ketiga. 2. a. Abu suka makan roti canai tetapi saya suka makan piza. b. Abu suka makan roti canai manakala saya suka makan piza. - kedua-dua ayat ini betul 3. Perkataan tetapi digunakan untuk menyatakan hal yang berlawanan dalam ayat majmuk gabungan. Tidak ada maklumat dalam buku Tatabahasa Dewan mensyaratkan hal yang berlawanan itu digunakan untuk pelaku yang sama. b. Dia pemarah tetapi hatinya baik - dari aspek tatabahasanya ayat ini adalah betul, tetapi kurang tepat dari aspek makna. | Tatabahasa | 12.05.2011 |
|
Tesaurus |
---|
| suka | 1. Bersinonim dengan gembira ( girang, suka ria, senang hati, riang, sukacita, ) (adjektif:) Berantonim dengan duka
2. Bersinonim dengan mudah ( kerap, kerap kali, sering, sering kali, acap-acap, acapkali, nyalar, sentiasa, selalu, ) (adverba:) Berantonim dengan jarang
3. Bersinonim dengan gemar ( mahu, ingin, berminat, rela, sudi, berkenan, sualak, kasdu, gegek, solak, amuh, ) (kata kerja:) Berantonim dengan benci
4. Bersinonim dengan sayang akan ( cinta akan, berminat, kama, hubah, semara, ) (kata kerja:) Berantonim dengan benci
| Kata Terbitan : bersuka-suka, bersuka-sukaan, menyukai, menyukakan, sukaan, kesukaan, sukacita, bersukacita, menyukacitakan, |
|
Puisi |
---|
|
Kelapa muda muda juga, Kelapa tua dibuat inti; Suka suka juga, Sembahyang kita jangan dihenti.
Lihat selanjutnya... |
|