Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Adakah frasa di bawah lewah atau mantap ? Ada pandangan daripada sarjana bahasa menyatakan bahawa frasa di bawah tidak boleh digunakan dalam bahasa Melayu. 1. turun bawah 2. naik atas 3. hujan turun 4. jalan kaki 5. senak perut 6. pening kepala | Frasa yang berikut tidak gramatis, iaitu: 1. turun bawah 2. naik atas 3. hujan turun 4. jalan kaki; manakala frasa senak perut dan pening kepala telah mantap penggunaannya dalam bahasa Melayu. | Tatabahasa | 12.05.2011 |
Apa perbezaan maksud perkataan 'Kembung' dan 'Gembung' ? | kembungI- 1. kelihatan besar (kerana berisi angin), gembung, menggelembung, melembung; 2. agak keras dan terasa senak kerana masuk angin (bkn perut); katak ~ katak yg boleh menggembungkan (membesarkan) perutnya; ~ kempis seketika gembung seketika kendur (bkn perut), kembang kempis;
gembungI- = bergembung kembung, menjadi besar (kerana penuh dgn air, udara, dll); perut ~ kemasukan angin atau kena penyakit basal; bergembung dada berasa bangga (girang);
Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 06.12.2009 |
|
Tesaurus |
---|
| senak (adjektif) | 1. Dalam konteks perut bersinonim dengan mengah, senuh, sebak, segah, sangih, sekak, sendat, sebu, merasak, Berantonim dengan lega
2. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan hiba, terharu, rawan, gundah-gulana, pilu, susah hati, murung, masyghul, dukacita, sengsai, walang, lara, duka nestapa, duka lara, murum, suram, Berantonim dengan gembira
3. Bersinonim dengan tergenang: penuh air, sebak, sabak, melimpah, bah, banjir, ampuh, lembak, banyak air, empoh, kojoh, Berantonim dengan kering
| Kata Terbitan : menyenak, tersenak, tersenak-senak, kesenakan, |
|
|