Kata |
Takrif |
Sumber |
duka nestapa | susah hati (kerana ditimpa kemalangan dll); dukacita. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
duka nestapa | sedih hati, susah hati, dukacita: air mata Arthur menitis dan aku tenggelam dlm ~ memikirkan nasib kawan-kawan di dasar laut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
duka nestapa | susah (sedih) hati yg amat sangat | Kamus Dewan Edisi Keempat |
persemadian | perihal atau perbuatan bersemadi: Kemalangan tidak habis-habis menimpanya, seolah-olah dialah tempat ~ segala duka nestapa. Tahulah penduduk di situ bahawa jenazah Dising akan dihantar ke tempat ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merasai | 1. mengecap (makanan, minuman, dll), mencicip: alangkah puas hatinya ~ makanan masakan ibunya; rasai dulu kopi itu sebelum dihidangkan; 2. menikmati (kesenangan, kemewahan, kebahagiaan, dll): kesenangan dan kemewahan hidup yg dirasainya itu ialah drpd harta isterinya; belum pernah ia ~ hidup senang spt orang-orang lain; 3. menderita (kesusahan, sengsara, dll): barulah hamba ~ sengsara hidup di dlm penjara; mereka akan ~ duka nestapa yg tidak terkira-kira lagi; rasai olehmu balasan kekasaran tingkahmu; 4. = merasa-rasai meraba-rabai (menjamah-jamah) hendak mengetahui dgn tangan dll: rasa-rasai dahulu dgn kakimu sama ada dalam atau tidak sungai itu; 5. ki menduga (mengajuk, mengkaji, meninjau, dll) hati orang dll: drpd air mukanya, kita dapat ~ apa yg terkandung dlm hati perutnya; syor-syornya itu harus dirasa-rasai dulu sebelum dibuat keputusan; 6. mengalami rasa dlm hati (batin): dirasainya cintanya pd wanita itu kian lumpuh; 7. sl menyedari, menginsafi: duduk di Mesir kira-kira tiga bulan lamanya itu pun tiada dirasai oleh Laksamana; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semadi | , = bersemadi 1 duduk diam serta memusatkan segenap fikiran; mengheningkan cipta. 2 kekal: Biarlah kenangan itu ~ dlm ingatanku. menyemadikan 1 menanam mayat ke dlm kubur; mengebumikan: Mereka ~ jenazah pejuang itu di makam khas. 2 menjaga atau memelihara supaya tidak hilang atau tidak berubah; mengekalkan: Proses sosialisasi dlm arus nilai tradisional telah ~ nilai-nilai tradisional tsb. 3 mengusahakan supaya sesuatu dpt dikekalkan: Para pemimpin bersetuju utk ~ medan pertempuran itu sbg pusara. persemadian perihal atau perbuatan bersemadi: Kemalangan tidak habis-habis menimpanya, seolah-olah dialah tempat ~ segala duka nestapa. Tahulah penduduk di situ bahawa jenazah Dising akan dihantar ke tempat ~. penyemadian perbuatan atau hal menyemadikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nestapa | = duka ~ sedih hati, susah hati, dukacita: air mata Arthur menitis dan aku tenggelam dlm ~ memikirkan nasib kawan-kawan di dasar laut; kenestapaan perihal nestapa, kesedihan, kesusahan hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nestapa | , = duka ~ susah hati (kerana ditimpa kemalangan dll); dukacita. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
duka lara | = ~ nestapa susah (sedih) hati yg amat sangat | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nestapa | = duka ~ susah hati (kerana ditimpa kemalangan dll); dukacita. | Kamus Pelajar |