Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Puisi ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisBahasa Sukuan v2.0Daftar Rumi-Jawi(Beta)
Kata Takrif Sumber
masyghul(berasa) sedih atau (berasa) dukacita kerana sesuatu: Baginda terlalu ~ kerana negerinya dlm keadaan huru-hara. memasyghulkan menyebabkan (menimbulkan) rasa masyghul. kemasyghulan perasaan masyghul; kesedihan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
masyghulAr 1. berasa dukacita kerana se­suatu, susah hati, murung, sedih: setelah baginda mendengar pencuri terlalu ganas itu, maka baginda pun terlalu ~; 2. kesal hati, sebal hati; memasyghulkan 1. menyedihkan (menyu­sahkan) hati: sekarang bapa angkat hamba itu menuntut janjinya, itulah yg ~ hamba; 2. berasa dukacita (sedih dll) bkn sesuatu; kemasyghulan 1. kesedihan (kesusahan, kesebalan) hati: ~nya itu diketahui juga oleh bapa angkatnya walaupun ia cuba menyem-bunyikannya; 2. menjadi (menderita) masy­ghul: ia masih sangat ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
sugulmasyghul, (berasa) dukacita, susah hati; kesugulan kemasyghulan, perasaan duka­cita, kesusahan hati.Kamus Dewan Edisi Keempat
kemasyghulanperasaan masyghul; kesedihan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
murungsedih, masyghul, pilu: sifat riang da-pat berubah jadi ~ dgn tiba-tiba; bermurung berasa murung, berdukacita, ber­sedih: apabila kemarahannya tidak dapat diluahkan, dia ~ sepanjang hari; kemurungan 1. perihal murung, kemu­raman, kesuraman: kenangan itu menjadikan ~nya bertambah-tambah dan bibirnya ber-getar-getar; 2. (Psi) keadaan apabila sese-orang mengalami rasa kecewa dan putus asa yg diiringi dgn gejala spt sukar tidur, lembap berfikir, dan rasa bersalah yg keterlaluan yg tidak setimpal dgn kesalahan yg dilakukan.Kamus Dewan Edisi Keempat
benguk Imasyghul, sedih hati, murung.Kamus Dewan Edisi Keempat
memasyghulkanmenyebabkan (menimbulkan) rasa masyghul.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berhati mutubersedih hati, masyghul.Kamus Dewan Edisi Keempat
berceronggokduduk berkumpul ramai-ramai: mereka itu duduk ~ dgn hati yg amat masyghul.Kamus Dewan Edisi Keempat
mutu Iterdiam kerana terlalu sedih dll, ter­menung-menung; berhati ~ bersedih hati, masyghul.Kamus Dewan Edisi Keempat
Tesaurus
 
masyghul (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan murung, muram, sugul, suram, mendung, gundah, gundah-gulana, hiba, pilu, rawan, sayu, terharu, duka, dukacita, duka lara, duka nestapa, sedih, susah hati, walang, redup, sengsai, lara, sabak, ngeran, benguk;,
Kata Terbitan : memasyghulkan, kemasyghulan,

Puisi
 

Ikan selangat ikan mungkul,
     Belah belakang dipanggang hati;
Ayuh semangat jangan masyghul,
     Buang belakang ada ganti.



Lihat selanjutnya...