Kata |
Takrif |
Sumber |
pilu I | 1. (berasa) sangat terharu, rawan: saya berasa terharu dan ~; 2. (berasa) sangat sedih, hiba: sedih dan ~ hatinya melihat anaknya bersiap-siap hendak membawa untung; memberi ~ hati mengharukan (menyedihkan, merawankan) hati; memilukan 1. mengharukan (merawankan) hati: perasaan yg ~ hatinya itu tetap menggeletarkan suaranya; 2. menyedihkan: yg paling ~ hatiku kini ialah tingkah laku anakku; kepiluan 1. perihal pilu, kesedihan; 2. = kepilu-piluan berasa pilu (hiba, sedih, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terharu | 1 berasa hiba atau sedih; berasa kasihan kerana melihat sesuatu yg tidak menyenangkan: Dia memandang ayahnya yg sedang terbaring itu dgn hati yg amat ~. 2 berasa tidak aman (kacau); terganggu: Fikirannya ~ apabila memikirkan masalah-masalah yg akan timbul nanti. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terharu | berasa hiba (kasihan, rawan hati, dsb): ia memandang ayahnya yg sedang terbaring itu dgn hati yg amat ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terharu | 1. berasa hiba atau sedih; berasa kasihan kerana melihat sesuatu yg tidak menyenangkan: Dia memandang ayahnya yg sedang terbaring itu dgn hati yg amat ~. 2. berasa tidak aman (kacau); terganggu: Fikirannya ~ apabila memikirkan masalah-masalah yg akan timbul nanti. | Kamus Pelajar |
sayu rayu | pilu hati, rawan hati, terharu; 2. = merayu berasa pilu, terharu (sedih, hiba, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rayu I | 1. = sayu ~ pilu hati, rawan hati, terharu; 2. = merayu berasa pilu, terharu (sedih, hiba, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hiba | belas kasihan, terharu, sedih, pilu, sayu: semua orang ~ melihat budak-budak itu menangis memanggil ibunya; berhiba = ~ hati dirundung perasaan hiba: sudah berminggu-minggu dia ~ hati; berhiba-hiba menimbulkan rasa belas kasihan, merawankan hati: ia menjawab dgn suara ~; menghibai menaruh belas kasihan terhadap, mengasihani; menghibakan 1. menimbulkan rasa belas kasihan, menyayukan (menyedihkan, mengharukan) hati: suaranya tenang seolah-olah sudah dapat dilupakannya soal yg ~ hatinya; 2. berasa hiba (terhadap sesuatu): tak perlu dihibakan lagi nasib budak itu, ia telah pun mendapat tempat yg baik; kehibaan; ~ hati perihal hiba, perasaan pilu (terharu): dia tidak dapat menghilangkan ~ hati apabila mengenangkan peristiwa kebakaran rumahnya; penghiba orang yg (mudah) selalu berhiba hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keterharuan | keadaan terharu, kepiluan, kesedihan, dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serabut perut | Kl terharu (fikiran), risau, runsing; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merayu | berasa pilu, terharu (sedih, hiba, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
unmoved | adj unaffected emotionally, tdk terharu: they remained ~ by her plea for mercy, mereka tetap tdk terharu dgn rayuannya meminta belas kasihan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
affected | adj 1. emotionally moved, terharu: she was too ~ to speak, dia sungguh terharu sehingga tdk dapat bercakap; 2. adversely acted upon, terjejas: medical supplies were airdropped in the ~ areas, bekalan perubatan digugurkan dr udara ke tempat-tempat yg terjejas; 3. involved, terlibat: only those ~ are required to report to headquarters, mereka yg terlibat sahaja yg perlu melaporkan diri di ibu pejabat. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
touched | adj 1. emotionally affected moved, terharu: he was deeply ~ by the many letters, dia sangat terharu oleh surat yg begitu banyak diterimanya itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
touch | 8. affect with tender feelings, mengharukan [sso], membuat [hati] terharu: his sad story ~ed me deeply, kisah sedihnya benar-benar mengharukan saya; their tears ~ed his heart, tangisan mereka membuat hatinya terharu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
obviously | adv jelas, nyata, terang-terangan, ketara: he was ~ moved by the tribute, jelas dia terharu oleh penghormatan itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
move | the play ~d the audience profoundly, lakonan itu benar-benar menyentuh perasaan penonton; he was very ~d by their kindness, dia begitu terharu krn kebaikan hati mereka; ~ so. to anger, /menyebabkan, membuat/ sso marah: the sight ~d him to anger, pemandang | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
solicitude | n sikap ambil berat: he was deeply touched by the ~ shown to him by his neighbours after the fire, dia sungguh terharu atas sikap ambil berat jiran-jirannya selepas kebakaran itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
munificence | n (fml), (person) kemurahan hati, sifat murah hati; (gift, reward, etc) sungguh lumayan: the old man was overwhelmed by his neighbours ~, orang tua itu begitu terharu dgn kemurahan hati jirannya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
wistful | adj hiba, sayu: he grew silent and ~, dia berdiam diri dan hiba; she watched them leave with ~ eyes, dia memandang mereka pergi dgn pandangan hiba; I was touched by the ~ expression on her face, saya terharu dgn wajahnya yg hiba; a ~ smile, senyum hiba. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
stir 1 | 6. affect strongly, move, [various translations]: a poem which always ~red him profoundly, sebuah puisi yg sentiasa sungguh-sungguh menyentuh hatinya; she was deeply ~red by the appalling state of the children, dia sangat terharu dgn keadaan budak-budak itu yg menyedihkan; ~red by the beauty of the scenery, terpesona dgn keindahan pemandangan itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
affective effect | kesan afektif | Komunikasi | Tiada | Kesan yang berkaitan dengan perasaan seperti gembira, bangga, sedih, terharu dan marah akibat daripada penyampaian sesuatu mesej. |
feeling type tourist | pelancong mudah terasa | Pelancongan | Tiada | Pelancong yang mempunyai perasaan sensitif terhadap suasana tempat yang dilawati, seperti gembira, sedih atau terharu. |
emotive language | bahasa emotif | Kesusasteraan | Tiada | Bahasa yang mengandungi unsur-unsur imageri, simbolik makna tersirat dan lain-lain. Bahasa emotif bertujuan untuk menimbulkan kesan atau tindak balas emosi kepada pembaca. Selain menyampaikan sesuatu idea, bahasa emotif juga memperlihatkan seni keindahan dan kehalusan bahasa. Bahasa emotif yang baik mampu menjadikan pembaca berasa terharu, sedih, gembira, takut, resah, bersemangat, dan sebagainya. Umumnya, bahasa emotif menjadi gaya bahasa utama dan penulisan kreatif (puisi, novel) berbanding dengan penulisan yang bersifat denotatif. |
sentimental drama | drama sentimental | Kesusasteraan | Tiada | Drama yang memberikan fokus kepada nilai-nilai murni sebagai reaksi kepada komedi pemulihan yang dianggap mengutamakan maksiat. Drama sentimental menampilkan watak kelas menengah yang digambarkan mempunyai segala keunggulan. Biasanya watak dalam drama ini harus menempuh pelbagai ujian getir sebelum mencapai kebahagiaan pada akhir cerita, selain membangkitkan rasa terharu dan hiba kepada khalayak. Drama sentimental yang popular dalam kalangan golongan kelas menengah pada kurun ke-18 dirintis oleh Richard Steele dalam The Funeral (1701). Seterusnya drama ini dikembangkan dalam The Conscious Lovers. Contoh lain ditemui dalam karya berjudul False Delicacy Hugh Kelly. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
haru | terharu tahauk. | kedayan | |
Kamus Thai 2.indb แสงไฟ วาวแววในยามค ่ ำคืน Cahaya lampu ber kilauan pada waktu malam. ว ่ าว [wa:w] น layang-layang, wau ว ้ าว ุ ่ น [wa:wun] ก terharu: อรุณว ้ าวุ ่ นกับ คำพูดของหญิงสาวคนนั้ น Arun terharu de ngan kata-kata gadis itu. ว ่ าง ว ้ าวุ ่ น Kamus Thai 2.indb 346 4/15/2008 11:12:27 AM ว 347 วาสนา [wa
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
terharu | [ter.ha.ru] | ترهار |
|
Puisi |
---|
|
Teluk Cempedak airnya biru, Tempat budak bermain air; Hatiku susah sering terharu, Nasi ditelan serasa pasir.
Lihat selanjutnya... |
|