Kata |
Takrif |
Sumber |
rawan I | = ~ hati pilu, gundah-gulana, rindu bercampur sedih, sayu, terharu: beberapa hari ini dia sangat ~ bercampur sedih; dengarkan lagu itu, betapa sayu, pilu, ~ , dan menghiris sumsum kita; sayu ~ sayu dan rawan; berawan = ~ hati berasa rawan; merawan, merawani berasa rawan terhadap (kpd); merawankan = ~ hati menimbulkan (membangkitkan, mendatangkan) rasa rawan: suara yg sangat sedih dan ~ hati; kerawanan = ~ hati perihal (keadaan) rawan hati, keadaan gundah gulana, kesayuan, keharuan: ~ hati seseorang anak muda mudah terusik oleh persekitaran yg dilihat dan dirasainya terlalu pincang; perawan yg merawankan hati: ~ hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sayu rawan | sayu dan rawan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rawan III | ; tulang ~ tisu perantara yg kuat (teguh) yg melekat pd sendi haiwan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rawan II | penjodoh bilangan utk beberapa benda (spt kancing baju, jala) yg bererti selengkap: se~ jala; se~ kancing baju; se~ tali. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rawan hati | berasa sayu; rindu bercampur sedih; terharu kerana mendengar cerita sedih dsb: Hatinya terlalu ~ mendengar cerita Bawang Putih Bawang Merah itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rawan VI | ark; merawan berawan; ® awan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rawan V | ark sl sj kenderaan, kenaikan; takhta ~ sj tandu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rawan IV | ; nasi ~ nasi yg bercampur dgn sayur dan lauk-pauknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rawan III | penjodoh bilangan yg menyatakan selengkap (jala, jaring, kancing baju, dll); se~ jala satu jala. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rawan II | ; tulang ~ a) tulang yg lembut, tulang muda; b) tulang dada. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
gristle | n rawan: the meat is all ~, daging itu semuanya rawan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
gristly | adj /banyak, penuh dgn/ rawan: a piece of ~ meat, seketul daging yg banyak rawan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
cartilage | n rawan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
hyaline cartilage | n rawan hialin. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
cartilage bone | n tulang rawan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
costal | adj kosta, rusuk: ~ cartilage, rawan kosta. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
articular cartilage | rawan sendi | Sains Sukan | Biomekanik | Rawan hialin yang menyelaputi permukaan sendi sinovial. Sinonim rawan artikular. Lihat juga rawan hialin, sendi sinovial. |
elastic cartilage | rawan kenyal | Sains Sukan | Biomekanik | Rawan yang mengandungi banyak gentian kenyal. Rawan ini terdapat di bahagian telinga, epiglotis dan sebahagian daripada laring. Fungsi rawan ini adalah untuk memberikan sifat lentur dan sokongan. |
hyaline cartilage | rawan hialin | Sains Sukan | Biomekanik | Rawan yang berwarna putih kebiru-biruan dan bersifat lut sinar. Rawan ini paling banyak terdapat pada tubuh, dan boleh ditemukan di permukaan sendi tulang dan saluran pernafasan. Fungsi rawan ini adalah untuk mengelakkan permukaan tulang yang membentuk sendi daripada bergeser dan mengganggu pergerakan. |
fibrous cartilage | rawan gentian | Sains Sukan | Biomekanik | Rawan yang mengandungi banyak serat kolagen yang padat pada matriksnya (struktur terkeras pada tulang). Rawan ini boleh ditemukan di antara ruas pada tulang belakang. Fungsi rawan ini adalah untuk memberi sokongan dan perlindungan. |
cartilaginous joint | sendi rawan | Sains Sukan | Biomekanik | Sendi yang mempunyai tulang yang bercantum dengan rawan hialin, yang membolehkan pergerakan yang sedikit sahaja. Contohnya, sendi rawan yang terdapat pada tulang simfisis pubis di bahagian pelvis. Lihat juga rawan hialin. |
epiphyseal cartilage | rawan epifisil | Sains Sukan | Biomekanik | Rawan yang memisahkan diafisis dengan epifisis pada tulang panjang. Rawan ini berfungsi dalam pemanjangan tulang sebelum berlakunya proses pembentukan tisu tulang, terutama selepas individu mencapai akil baligh. Lihat juga diafisis, epifisis. |
articular cartilage | rawan artikular | Kejururawatan | Tiada | Lapisan rawan hialin yang melindungi permukaan epifisis sendi. |
articular cartilage | rawan artikular | Sains Sukan | Biomekanik | Lihat rawan sendi. |
achondroplasia | akondroplasia | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Penyakit keturunan yang disebabkan oleh gangguan pembentukan tulang, penggantian rawan dengan tulang atau pembentukan tulang rawan yang terencat. Penyakit ini berlaku pada anggota tulang yang panjang dan pada tulang muka semasa perkembangan. Akondroplasia mengakibatkan anggota badan menjadi pendek dan muka menjadi kecil. |
articular fibrocartilage | rawan gentian sendi | Sains Sukan | Biomekanik | Cakera tisu lembut pada meniskus yang terletak di antara tulang yang bersendi. Lihat juga meniskus. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
rawan | tukel [tukl] | Melanau Dalat | |
rawan | ~ hati awan hatik. | kedayan | |
rawan | awan; | kedayan | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
titi rawan Ib | titi yang mesti dilalui oleh setiap roh si mati di dalam perjalanan mereka menuju alam sebayan. | Nah! Ini penawar penyakit itu,' kata emak. Tetapi yang anehnya mereka berdua terus menolak saya ke dalam sungai itu. "Hah! Itulah titi rawan," bisik salah seorang dukun yang duduk di situ. "Saya terasa saya jatuh ke dalam sungai membawa penawar yang berupa batu yang diberi oleh emak. | Asap Kayu Lukai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb alga biru-hijau dan kulat. (BIO) arthrosterigma (artrosterigma) Sterigma yang berseptum. Pada liken, struktur ini dikenali sebagai spermatio - for. (BIO) arthrotomy (artrotomi) Perihal membuat insisi pada sendi. (UBAT) articular cartilage (rawan artikular/rawan sendi) Rawan hialin tipis yang menyelaputi permukaan sendi tulang panjang. (BIO) articular cavity (rongga artikular) Rongga atau ruang kosong yang terletak pada persambungan atau sendi. (BIO) arthropleuron articular cavity Kamus
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
rawan | [ra.wan] | راون |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
rawan | cartilage | Sejenis tisu penghubung rangka yang kenyal dan teguh. | Menengah Rendah |
lengkungan pelvis | pelvic girdle | Struktur daripada tulang atau rawan, tempat anggota belakang atau anggota bawah melekat. | Menengah Rendah |
lengkungan pektoral | pectoral girdle | Struktur daripada tulang atau rawan, tempat anggota atas atau anggota hadapan melekat. | Menengah Rendah |
trakea | trachea | Saluran berbentuk paip yang membawa udara masuk ke dalam paru-paru. Saluran ini diperkuat oleh tulang rawan yang berbentuk C. Trakea bercabang menjadi dua bronkus. | Menengah Rendah |
rangka dalam | endoskeleton | Struktur keras dalaman yang berada dalam haiwan vertebrat dan manusia yang terdiri dari tulang dan rawan. Rangka dalam berfungsi melindungi organ dan fungsi otot. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
|
Puisi |
---|
|
Kenari burung sekawan, Ambil padi saya taburkan; Hati rindu bertambah rawan, Tempat mana nak saya hiburkan.
Lihat selanjutnya... |
|