Kata |
Takrif |
Sumber |
pilu | sangat sedih atau hiba; terharu: Hiba dan ~ hatinya mendengar kata-kata anaknya. memilukan menyebabkan berasa pilu; menyedihkan; mengharukan: Terdengar bunyi tangisan yg ~ hati. kepiluan keadaan atau rasa pilu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pilu | sangat sedih atau hiba; terharu: Hiba dan ~ hatinya mendengar kata-kata anaknya. /i> memilukan menyebabkan berasa pilu; menyedihkan; mengharukan: Terdengar bunyi tangisan yg ~ hati. kepiluan keadaan atau rasa pilu. | Kamus Pelajar |
hiba | belas kasihan, terharu, sedih, pilu, sayu: semua orang ~ melihat budak-budak itu menangis memanggil ibunya; berhiba = ~ hati dirundung perasaan hiba: sudah berminggu-minggu dia ~ hati; berhiba-hiba menimbulkan rasa belas kasihan, merawankan hati: ia menjawab dgn suara ~; menghibai menaruh belas kasihan terhadap, mengasihani; menghibakan 1. menimbulkan rasa belas kasihan, menyayukan (menyedihkan, mengharukan) hati: suaranya tenang seolah-olah sudah dapat dilupakannya soal yg ~ hatinya; 2. berasa hiba (terhadap sesuatu): tak perlu dihibakan lagi nasib budak itu, ia telah pun mendapat tempat yg baik; kehibaan; ~ hati perihal hiba, perasaan pilu (terharu): dia tidak dapat menghilangkan ~ hati apabila mengenangkan peristiwa kebakaran rumahnya; penghiba orang yg (mudah) selalu berhiba hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hiba | sedih atau pilu (terhadap seseorang yg kemalangan dll); belas dan kasihan; terharu: Maka ~ hati sesiapa saja yg melihat anak-anak yatim piatu itu. berhiba, = ~ hati bersedih atau berperasaan hiba: Dia ~ atas kemalangan yg menimpa sahabatnya itu. menghibai berasa hiba atau sedih hati terhadap sesuatu; mengasihani: Tidak perlu kita ~ nasib budak itu, ia telah mendapat tempat yg baik. menghibakan menimbulkan atau mendatangkan rasa hiba; mengharukan; menyedihkan: Ratap tangisnya ~ hati. kehibaan, = ~ hati perasaan sedih atau pilu: Dia tidak dpt menghilangkan ~ hatinya apabila mengenangkan peristiwa kebakaran rumahnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kasihan | 1. berasa sedih (hiba, belas) apabila melihat atau mendengar penderitaan dsb seseorang: bukan engkau ~ melihatkan hal aku ini, kaucerca pula; 2. menimbulkan rasa hiba (pd diri orang lain yg melihatnya dsb): ~ anak itu tidak mempunyai ibu bapa lagi; 3. sr kata utk menyatakan atau membangkitkan perasaan hiba: Tengoklah dia itu, ~!; Tolonglah pak cik, ~lah!; belas ~ perasaan sungguh bertimbang rasa dan hiba terhadap seseorang dll yg malang; ~ gajah berusung prb kasihan yg tidak kena pd tempatnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sedih II | 1. = ~ hati berasa pilu (susah, hiba) dlm hati: Ramli memandang kpd ibunya dgn sayu, ~, perih; 2. menyebabkan rasa pilu (susah, hiba): Rosita menekan dadanya menahan gelora ~ pilu sukmanya; berita ~; cerita ~; bersedih = ~ hati berasa susah (pilu, hiba), berdukacita: dia ~ apakala anaknya dihukum bunuh; menyedihkan 1. menyebabkan rasa sedih, menyusahkan hati, memilukan, mendukacita-kan: apa yg ~ hati adik? 2. berasa sedih kerana sesuatu: tidak usahlah disedihkan sangat tentang perkara itu; kesedihan perihal sedih, kepiluan: bibirnya bergerak-gerak dan hidungnya kembang-kempis menahan ~; penyedih orang yg mudah berasa sedih (selalu berasa sedih). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kasih II | ; kasihan 1. berasa sedih (hiba, belas) apabila melihat atau mendengar penderitaan dsb seseorang: bukan engkau ~ melihatkan hal aku ini, kaucerca pula; 2. menimbulkan rasa hiba (pd diri orang lain yg melihatnya dsb): ~ anak itu tidak mempunyai ibu bapa lagi; 3. sr kata utk menyatakan atau membangkitkan perasaan hiba: Tengoklah dia itu, ~!; Tolonglah pak cik, ~lah!; belas ~ perasaan sungguh bertimbang rasa dan hiba terhadap seseorang dll yg malang; ~ gajah berusung prb kasihan yg tidak kena pd tempatnya; kasihankan kasihan akan: aku benar-benar ~ dia; mengasihani menaruh belas kasihan pd (seseorang dll): apa gunanya ~ orang yg tidak ~ dirinya sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hiba | sedih atau pilu (terhadap seseorang yg kemalangan dll); belas dan kasihan; terharu: Maka ~ hati sesiapa saja yg melihat anak-anak yatim piatu itu. berhiba, = ~ hati bersedih atau berperasaan hiba: Dia ~ atas kemalangan yg menimpa sahabatnya itu. menghibai berasa hiba atau sedih hati terhadap sesuatu; mengasihani: Tidak perlu kita ~ nasib budak itu, ia telah mendapat tempat yg baik. menghibakan menimbulkan atau mendatangkan rasa sedih; mengharukan; menyedihkan: Ratap tangisnya ~ hati. kehibaan, = ~ hati perasaan sedih atau pilu: Dia tidak dpt menghilangkan ~ hatinya apabila mengenangkan peristiwa kebakaran rumahnya. | Kamus Pelajar |
kasihan | 1 menaruh perasaan hiba atau belas: Orang itu pun ~ melihat singa tsb, lalu dicabutnya duri dr kaki singa itu. 2 kata seru utk menyatakan perasaan hiba: ~! Siapa yg mencuri wangmu? | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sayu | 1 = ~ rawan (rayu) (berasa) sangat sedih dan pilu; (berasa) sangat dukacita atau hiba: ~ hatiku mendengar tangis anak itu. 2 perasaan sedih dan pilu; hiba: Bernyanyi dgn ~. 3 tidak berseri (bkn air muka, mata dll); muram; tidak nyaring (bkn suara): Mukanya pucat, matanya ~. menyayukan menyebabkan menjadi sayu; menyedihkan; menghibakan: Apa yg ~ hatimu? kesayuan hal atau keadaan sayu; perasaan sayu: ~ jelas terbayang pd wajahnya yg kelihatan muram. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
grief | n 1. great sorrow, /kesedihan, kehibaan, kepiluan/ (yg amat sangat), rasa (amat) /sedih, hiba, pilu/: a mothers ~ at the loss of her son, kepiluan yg amat sangat seorang ibu atas kematian anak lelakinya; 2. cause of distress, anxiety, (sst yg) mengakibatkan /kesedihan, kehibaan, kepiluan/ (yg amat sangat): his second marriage was a complete surprise and a great ~ to her, perkahwinan kali keduanya menyebabkan isterinya terkejut dan mengakibatkan kesedihan yg amat sangat; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
grievous | adj 1. severe, parah, teruk; (of illness, pain, etc) teruk: ~ bodily harm, cedera parah; ~ wound, luka teruk; he suffered ~ injuries during the war, dia mengalami cedera parah semasa perang; ~ pain, sakit teruk; 2. serious, besar: a ~ error that cost many lives, kesilapan besar yg telah mengorbankan nyawa yg banyak; a scandal that might do ~ damage to the companys image, skandal yg mungkin membawa kerosakan yg besar kpd imej syarikat itu; 3. full of grief, penuh hiba: a ~ cry, tangisan penuh hiba; 4. causing grief or sorrow, menyedihkan, mendukacitakan, memilukan, menghibakan: his death was a ~ loss to the nation, kematiannya merupakan kehilangan yg memilukan seluruh negara itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
patos | sentuh hiba | Kesusasteraan | Tiada | Sifat karya sastera yang membangkitkan perasaan sayang, belas kasihan dan hiba. Karya sentuh hiba dianggap karya yang kurang baik dan membawa nada sentimental dan kesedihan apabila disampaikan secara keterlaluan. Contohnya, gambaran kematian Little Nell dalam karya Charles Dickens berjudul The Old Curiosity Shop. Sentuh hiba yang baik boleh dicapai apabila disampaikan secara halus, terkawal, dan tidak melampau. Contohnya, ucapan King Lear semasa baginda ditemukan dengan anaknya Cordelia: Pray, do not mock me, I an a very foolish fond old man Sentuh hiba berasal daripada perkataan Yunani patos yang bermaksud penderitaan atau keghairahan. |
pathos | belas hiba | Kesusasteraan | Puisi | Unsur yang berhubung dengan perasaan, terutama perasaan khalayak apabila sesebuah puisi itu dideklamasikan. Unsur-unsur hibaan mungkin muncul pada seseorang pembaca apabila membaca sesebuah puisi yang mencitrakan imej-imej yang berhubungan dengan kekejaman, kezaliman, kemiskinan, kelaparan, keganasan, malapetaka, kematian dan sebagainya. Contohnya, puisi "Balada Orang-Orang Tercinta" dan puisi "Balada Terbunuhnya Atmo Karpo" karya W.S. Rendra. Sinonim patos. |
pathetic fallacy | kekeliruan rasa hiba | Kesusasteraan | Tiada | Konsep yang menentang penggunaan kaedah personifikasi dalam sastera. Menurut konsep ini, perasaan dan aksi manusia dikaitkan dengan objek alam semula jadi. Istilah ini digunakan untuk membicarakan secara umum, sentimentaliti yang diakibatkan oleh pembicaraan keterlaluan mengenai alam semula jadi dalam karya kreatif. Dalam konteks penggunaan kaedah ini, emosi manusia (daripada perkataan Yunani pathos yang bermaksud perasaan) diberikan kepada alam semula jadi dan kepada benda yang tidak bernyawa. Penyajak kerap menggunakan kaedah ini dalam sajak mereka. John Ruskin, seorang penulis bahasa Inggeris pada abad ke-19, mencetuskan idea ini dalam bukunya bertajuk Modern Painters. Beliau berpendapat, kaedah ini dapat menghasilkan emosionalisme palsu dalam kalangan manusia terhadap keadaan sekelilingnya. Contohnya, Ruskin tidak menyukai cara Coleridge, seorang penyajak berbangsa Inggeris yang membicarakan tentang dedaun yang menari. Bagi Ruskin, konsep ini salah kerana pada hakikatnya daun tidak boleh menari. |
pathos | patos | Kesusasteraan | Puisi | Lihat belas hiba. |
pathos | kehibaan | Kesusasteraan | Tiada | Kemampuan atau kekuatan dalam karya sastera yang menimbulkan rasa hiba, sedih, ghairah, haru, sendu, atau cinta kasih dalam diri pembaca. |
pathos | patos | Kesusasteraan | Tiada | Keupayaan karya sastera yang dapat menimbulkan kesan emosi belas dan hiba. |
melancholy | sayu | Kesusasteraan | Puisi | Nada atau suasana yang terpancar daripada sesebuah puisi seperti nada murung, hiba dan sayu. Nada dan suasana ini lebih senang ditanggap oleh khalayak pendengar apabila sesebuah puisi yang mengandungi unsur-unsur tersebut dideklamasikan. Contohnya,dalam puisi '"Hikayat Malim Deman" yang bernada suasana sayu dapat dirasakan dari pantun di bawah. Sinonim melankoli. Ada kain songket permata, Tenun Puteri Galuh Kencana; Ada lain buangkan beta, Kerana beta dagang yang hina. |
sentimental drama | drama sentimental | Kesusasteraan | Tiada | Drama yang memberikan fokus kepada nilai-nilai murni sebagai reaksi kepada komedi pemulihan yang dianggap mengutamakan maksiat. Drama sentimental menampilkan watak kelas menengah yang digambarkan mempunyai segala keunggulan. Biasanya watak dalam drama ini harus menempuh pelbagai ujian getir sebelum mencapai kebahagiaan pada akhir cerita, selain membangkitkan rasa terharu dan hiba kepada khalayak. Drama sentimental yang popular dalam kalangan golongan kelas menengah pada kurun ke-18 dirintis oleh Richard Steele dalam The Funeral (1701). Seterusnya drama ini dikembangkan dalam The Conscious Lovers. Contoh lain ditemui dalam karya berjudul False Delicacy Hugh Kelly. |
lay | puisi dendang | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang diciptakan untuk dinyanyikan dengan tujuan menghiburkan khalayak. Antara contoh puisi yang dilagukan ialah puisi "Sepanjang Jalan" karya Zurinah Hassan. Sepanjang jalan ke Pulau Pinang laut mengimbau sayu ombak-ombak ini hatiku berhasrat tiada tepi pecah di pantai berbuih cuma . Sepanjang jalan ke Pulau Pinang hujan memberi Iagu angin menampar ke tiap ruang rasa berhiba-hiba awan pilu. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
hiba | hibak, piluk. | kedayan | |
hiba | sesuai, layak; 1 padan benar, keadaan, rupa, dll: a lai yen ~ ji bak sawa nou lelaki itu sesuai utk dijadikan suami kamu; 2 berpadan dgn, berpatutan dgn: rega bareng yen ~ jegem mutusiyen harga barang itu sesuai dgn mutunya; 3 setimbal, seimbang, selaras: | Melanau Mukah | |
kesian | kasihan; 1 berasa sedih, hiba, belas: ndakah naseng ~ peden aneak niweak yenji tidakkah hati kasihan melihat anak dibuang begitu; 2 sr kata utk menyatakan atau membangkitkan perasaan hiba: ~ gak sou aneak debei ipuk kasihan kpd anak cucu sendiri ya tok, | Melanau Mukah | |
masek | kasihan; 1 berasa sedih, hiba, belas apabila melihat atau mendengar penderitaan dsb sso: ndalah kaau ~ gak kou a mesekin itou tidakkah kamu kasihan pd saya yg miskin ini; 2 menimbulkan rasa hiba pd diri orang lain yg melihatnya dsb: ~ gak aneak wak nda be | Melanau Mukah | |
masek a | hiba | TETAW | |
iba | lihat hiba. | Melanau Mukah | |
sasek II | sedih, pilu; 1 berasa pilu, susah, hiba dlm hati, sedih hati; 2 menyebabkan rasa pilu: langei ~ berita sedih; | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
tori, *dtori* Ir | bersunat. | Rohayu tersedak apabila mendengar suara merdu Innah yang berlagu hiba itu. Dia tidak menyangka bahawa Innah yang pernah melalui upacara menimbang anak, upacara menggunting rambut, upacara tori (bersunat), masih ditimpa nasib yang malang! | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
menimbang Bs, Tb | suatu upacara tolak bala yang dilakukan ke atas bayi yang dilahirkan pada bulan safar (Muslim sahaja) untuk mengelakkan kejadian buruk menimpa bayi tersebut. | Rohayu tersedak apabila mendengar suara merdu Innah yang berlagu hiba itu. Dia tidak menyangka bahawa Innah yang pernah melalui upacara menimbang anak, upacara menggunting rambut, upacara tori (bersunat), masih ditimpa nasib yang malang! | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
hiba | [hi.ba] | هيبا |
iba (hiba) | [i.ba] | ايبا |
berhiba-hiba | [ber.hi.ba.hi.ba] | برهيبا - هيب |
|
Tesaurus |
---|
| hiba | | Rujuk :sedih |
|
Puisi |
---|
|
Kalau tuan menanam betik, Siram dengan air sejuk; Jangan hiba bunga yang cantik, Nanti tuan turut telunjuk.
Lihat selanjutnya... |
|