Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah objektif pengurusan Islam. | Objektif pengurusan Islam ialah melahirkan sistem kerja berteraskan nilai-nilai Islam, menghindari salah laku dalam pengurusan yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam, membentuk petugas yang amanah dan cekap, telus dan adil. Maklumat lanjut boleh diperoleh daripada pihak MAMPU, Jabatan Perdana Menteri. | Makna | 17.10.2006 |
apakah perbezaan istilah matlamat dengan objektif? | Matlamat dan objektif mempunyai makna yang sama, iaitu sesuatu yang hendak dicapai atau tujuan sesuatu yang khusus yang ingin dicapai. | Makna | 20.01.2010 |
Manakah antara berikut adalah betul? a. Jawap semua soalan di dalam Kertas Jawapan Objektif. b. Jawap semua soalan pada Kertas Jawapan Objektif. | Ayat yang betul ialah "Jawab semua soalan pada kertas jawapan objektif." | Tatabahasa | 05.05.2024 |
apakah maksud matlamat dan objektif | Matlamat ialah sesuatu yang hendak dicapai.Objektif ialah sesuatu yang khusus yang ingin dicapai; matlamat; tujuan. Kedua-duanya mempunyai maksud yang sama. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 11.07.2009 |
apakah skop perniagaan dan objektif perniagaan? ulasan sukatan pembelajaran yang menjurus kepada bidang perniagaan | Perniagaan ialah proses jual-beli antara dua pihak atau lebih. Objektif perniagaan umumnya ialah mendapatkan keuntungan, di samping memenuhi keperluan asas yang lain, serta sumbangan sosial. Berkenaan dengan sukatan perniagaan, sila berhubung dengan Fakulti Perniagaan di pusat pengajian tinggi. | Makna | 14.02.2007 |
Selamat pagi, tuan/puan. Saya berharap tuan/puan dapat menjawab kemusykilan saya. I. Objektif penganjuran kursus ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan penguasaan para peserta tentang kaedah atau teknik pembacaan pruf yang betul dan berkesan. 2. Objektif penganjuran kursus ini adalah meningkatkan kemahiran dan penguasaan para peserta tentang kaedah atau teknik pembacaan pruf yang betul dan berkesan. Yang manakah betul? Adakah perkataan "untuk" diperlukan? Adakah ia dianggap lewah? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah “Objektif penganjuran kursus ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan penguasaan peserta tentang teknik pembacaan pruf yang betul dan berkesan.” Perkataan untuk diperlukan dalam ayat ini kerana perkataan ini berfungsi sebagai kata hubung keterangan tujuan yang menerangkan maksud bagi sesuatu perbuatan atau kejadian. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 497-519. | Tatabahasa | 24.09.2025 |
Adakah ayat majmuk mengalami proses peluasan? Dalam kerja kursus pelajar saya, objektif yang ditulis adalah seperti berikut: menghuraikan proses peluasan dalam ayat majmuk dan membuat rajah pohon untuk menganalisis ayat-ayat itu. Pertanyaan saya : Adakah penulisan objektif kajian itu betul? | Peluasan boleh sahaja berlaku dalam mana-mana fungsi perkataan, makna atau ayat. Namun begitu, untuk mendapatkan jawapan yang tepat sila rujuk pihak yang berkaitan. Dalam hal ini guru di sekolah ialah orang yang tepat untuk dirujuk. | Tatabahasa | 04.08.2015 |
1. DEFINISI PERBANKAN ELEKTRONIK 2. DEFINISI MISI, VISI DAN OBJEKTIF 3. ARTIKEL2 MENGENAI PERBANKAN ELEKTRONIK | Perbankan elektronik bermaksud sistem perbankan yang sepenuhnya menggunakan komputer atau peralatan elektronik lain (bukan lagi secara manual), misi bermaksud tugas khusus yg dipertanggungjawabkan, visi bermaksud wawasan, objektif bermaksud tujuan atau matlamat | Makna | 31.10.2007 |
Assalamualaikum, Saya berpandangan ayat ini kurang tepat : "Teknologi A adalah alat sokongan dan bantuan kepada pencapaian objektif dasar B". Mohon pandangan tuan. Terima kasih. | Salam, Ayat yang tepat: "Teknologi A ialah alat sokongan dan bantuan dalam pencapaian objektif dasar B". | Tatabahasa | 08.12.2015 |
Saya ingin mendapatkan makna bagi perkataan Dasar, Teras dan Objektif. Saya sudah merujuk kepda kamus Dewan Edisi 3, tetapi terlalu ringkas makan perkataan tersebut. Saya memerlukan ciri-ciri bagi perkataan tersebut untuk saya membuat rujukan. Saya boleh dihubungi di talian 03-88884817. Segala kerjasama di pihak tuan, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian Terima Kasih. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (kamus terkini) antara maksud dasar ialah 1. bahagian yang di bawah sekali 2. sifat,perangai 3 . pertimbangan yang pokok berkenaan sesuatu 4. pendirian yang menjadi asas segala tindakan . Makna teras antaranya ialah sesuatu yang terpenting .Makna objektif antaranya ialah 1. sesuatu yang khusus yang ingin dicapai 2. berasaskan kenyataan atau fakta sebenar. Saudara boleh juga membuat rujukan dalam carian kata melalui Laman DBP. | Makna | 23.06.2008 |
|
Tesaurus |
---|
| objektif | Bahasa Asal :Inggeris | 1. Bersinonim dengan faktual ( empiris, saintifik, sebenar, rasional, wajar, waras, berpatutan, tidak peribadi, tidak emosional, tanpa prasangka, saksama, adil, tidak berat sebelah, tidak memihak, berkecuali, ) (adjektif:) Berantonim dengan subjektif
2. Bersinonim dengan tujuan ( matlamat, sasaran, bulan-bulan, sekip, kehendak, hajat, hasrat, niat, maksud, impian, cita-cita, harapan, misi, motif, destinasi, aspirasi, haluan., ) (kata nama:)
|
|
|