Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
saya ingin mendapatkan senarai karya-karya yang dikatakan sebagai karya agung atau karya-karya yang diterbitkan oleh Yayasan Karyawan. t.kasih | Berhubung dengan pertanyaan tersebut, sdr. boleh merujuk kepada Yayasan Karyawan beralamat pejabat di Lot 14 & 15, Paras 3, Blok G (Utara), Pusat Bandar Damansara, 50490 Kuala Lumpur. No. Telefon 03 - 20952745 atau faks 03 - 20952787. Pegawai atau editor yang boleh dihubungi ialah Puan Hajah Nor Jannah Adam. Selamat berjaya dan Wassalam. | Lain-lain | 15.03.2009 |
Bolehkan kita mengguna "indah" untuk menyifatkan kesenian karya-karya seseorang? Misalnya, kesenian karya-karya Usman Awang yang indah? | Boleh digunakan perkataan "indah" bagi karya kerana ia bermaksud "elok" dan "bagus benar". | Lain-lain | 05.03.2007 |
Bagaimanakah karya-karya kreatif yang berkualiti dalam bahasa melayu mampu memartabatkan bahasa melayu? | Pemartabatan bahasa Melayu melalui karya kreatif telah bermula pada kurun ke-15. Pada masa itu, karya-karya kreatif klasik seperti Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Raja-Raja Pasai dan lain-lain telah mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa persuratan tinggi di Kepulauan Melayu. Dalam konteks masa kini, karya-karya kreatif sastera seperti puisi, cerpen, novel, pantun, seloka, gurindam, dan lain-lain menjadi wahana bagi menyebarluaskan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, penghayatan bahasa Melayu melalui karya kreatif ini secara tidak langsung memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa budaya tinggi. | Lain-lain | 06.05.2010 |
saya berminat untuk menghantar karya-karya saya kepada DBP.soalan saya,apakah syarat yang ditetapkan oleh DBP untuk saya menghantar karya-karya itu?berapa muka surat dan sebagainya. | Bagi karya yang berbentuk rencana, jumlah halaman antara 6-7 halaman bertaip dua langkau saiz A4, ditulis dalam bahasa Melayu, karya asli, dan tidak pernah terbit dalam mana-mana media. | Lain-lain | 03.04.2010 |
Jubillah Loinsu dari Penampang, sabah. Nak tanya 2 soalan kepada DBP. 1. Adakah DBP menerima karya-karya dalam bahasa lain untuk di terbitkan. Contohnya, karya-karya dalam bahasa kadazandusun. Ini kerana pada masa sekarang, sekolah-sekolah di Sabah khususnya menggunakan bahasa ini sebagai salah satu subjek di sekolah rendah dan sekolah menengah. Tambahan pula, penerbit buku dalam bahasa Kadazandusun ini tidak banyak. Untuk pengetahuan pihak DBP, saya sangat minat menulis terutama sekali dalam bahasa kadazandusun tetapi saya tidak tahu bagaimana untuk mengembangkan minat saya ini supaya memberikan manafaat kepada masyarakat.Jadi, apakah cadangan pihak DBp terhadap saya? 2. Bolehkah pihak DBP memberi maklumat kepada saya sekiranya ada program yang berkaitan dengan penulisan bahasa-bahasa ibunda terutamanya di negeri Sabah? contohnya, pertandingan menulis cerita rakyat,rencana dan sebagainya. Terima Kasih. | 1) Pihak kami hanya menerima karya dalam bahasa melayu, Puan boleh menterjemahkan karya tersebut ke dalam bahasa Melayu 2) Puan boleh menyertai peraduan menulis cerita rakyat anjuran DBP Cawangan Sabah, dan untuk esei budaya, puan boleh menghubungi Editor Majalah Etnik, DBP Cawangan Sabah. 088-439260, Encik Abdul Nassir Mohd Said. | Lain-lain | 18.03.2009 |
bagaimanakah saya ingin menghantar karya karya saya? dan boleh tak berikan alamat nya sekali... saya budak baru belajar / jadi tolang beri tunjuk ajar | Saudara boleh menghantar karya saudara kepada Ketua, Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur untuk karya dewasa. Jika karya saudara untuk bacaan kanak-kanak dan remaja, hantarkan kepada Ketua, Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA), Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur. Sekiranya karya saudara merupakan karya ilmiah, saudara bolehlah menghantar karya saudara kepada Pengarah Penerbitan, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 08.10.2009 |
salam. saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang perbezaan diantara sastera komersial,karya serius,karya popular dan karya picisan. bolehkah karya serius,karya popular dan karya picisan dikaitkan dengan sastera komersial? bagaimana perkara ini berlaku? terima kasih | Menjawab persoalan tersebut, sila rujuk buku "Sastera: pengalaman, ilmu, imaginasi dan kitarannya" | Shahnon Ahmad | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 1994 |
| Lain-lain | 08.01.2009 |
Saya ingin mengetahui ciri - ciri sebuah sastera yang baik. | Sebuah sastera yang baik, sila baca: 1. Karya sasterawan negara kerana karya-karya tersebut telah dianggap bermutu oleh ahli panel penilai. 2. Karya yang menang hadiah kerana karya tersebut telah melalui proses penilaian. 3. Karya dalam majalah kerana semua karya tersebut telah melalui proses penyuntingan oleh editor. | Lain-lain | 22.11.2007 |
karya-karya puisi melayu yang dilagukan? | Karya puisi Melayu yang dilagukan dalam bentuk album banyak terdapat dalam album Kumpulan KOPRATASA, Kumpulan HARMONI (Zubir Ali) dan lain-lain. Walau bagaimanapun, pihak DBP ada mengadakan sayembara mencipta lagu puisi berdasarkan puisi yang telah terbit. Sekian dan terima kasih. | Lain-lain | 05.02.2009 |
Definisi Sastera Panji | Sastera Panji adalah karya-karya berbentuk hikayat yang secara umum berkisar di sekitar pengembaraan dan percintaan watak utamanya. Antara contoh karya Sastera Panji ialah Hikayat Chekil Waneng Pati, Hikayat Misa Perabu Jaya, Hikayat Panji Semirang, Cerita Damar Wulan dan lanin-lain. | Lain-lain | 22.11.2007 |
|
Tesaurus |
---|
| karya (kata nama) | 1. Bersinonim dengan kerja: tugas
2. Bersinonim dengan ciptaan: gubahan, karangan, rekaan, reka cipta, buatan, kreativiti, nukilan
cerpen, puisi, sajak, syair, gurindam, drama, novel, pantun, seloka, satir,
hikayat, rubai, lukisan,
| Kata Terbitan : berkarya, pengkarya, |
|
|