Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
"Abang mahu kau dan keluarga membina hidup baru di sana," ujar Abang Rusli. Tuan, soalan saya ialah membina 'hidup baru' atau 'hidup baharu'? | Frasa yang lebih tepat ialah "hidup baharu" kerana baharu dalam ayat tersebut berfungsi sebagai kata adjektif. Baru lazimnya berfungsi sebagai kata bantu seperti dalam ayat dia baru sampai. | Tatabahasa | 30.06.2012 |
bengkel kemahiran hidup atau Bengkel Kemahiran Hidup bilik buku teks atau Bilik Buku Teks | Ejaan yang betul ialah Bengkel Kemahiran Hidup dan Bilik Buku Teks - kedua-duanya kata nama khas. | Ejaan | 17.01.2011 |
apa beza antara ayat ini :::: AYAT (1)Ahmad bercerita tentang kisah hidup silam ::::::AYAT (2)Ahmad menceritakan tentang kisah hidup silam::::::::::::::AYAT (3)Ahmad mencerita tentang kisah hidup silam:::::::: Tolong beri penjelesan yang sempurna !!!!!! | (1) Ahmad bercerita tentang kisah hidup silam. (2) Ahmad menceritakan tentang kisah hidup silam. (3) Ahmad mencerita tentang kisah hidup silam. Ketiga-tiga ayat tersebut mempunyai persamaan makna cuma berbeza dari segi penggunaan kata terbitan (dari kata dasar cerita). Bercerita bermaksud mengisahkan sesuatu cerita, manakala menceritakan bermaksud mengisahkan sesuatu kepada ..., oleh itu ayat kedua perlu dilengkapkan "Ahmad menceritakan tentang kisah hidup silam kepada anak-anaknya". Walau bagaimanapun ayat (3) tidak tepat dari segi pembentukan kata "mencerita". | Tatabahasa | 02.06.2009 |
Salam sejahtera . Adakah Hutan Hujan Tropika dan Taman Buaya kata nama khas hidup bukan manusia? Apakah contoh lain kata nama khas hidup bukan manusia? Terima kasih. | Hutan Hujan Tropika dan Taman Buaya tergolong dalam kumpulan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup bukan manusia terdiri daripada perkataan yang merujuk benda-benda yang hidup tetapi bukan jenis manusia, seperti malaikat, haiwan, tumbuh-tumbuhan, dan seumpamanya, contohnya: Jibrail, Tompok, Belang, Kancil, Vanda diana (sejenis orkid) dan Hevea brasiliensis (pokok getah). | Tatabahasa | 08.01.2013 |
Apakah definisi bagi perkataan 'life skill'?. Perkataan kemahiran hidup kurang tepat kerana ianya melibatkan kemahiran psikomotor sahaja sedangkan life skill yang sebenar adalah melibatkan keseluruhan aspek kemahiran untuk seseorang hidup. | Dalam bidang pendidikan life diterjemahkan kepada hidup seperti life process ialah proses hidup dan life cycle ialah kitar hidup. Oleh itu, life skill juga diterjemahkan kepada kemahiran hidup. Jika ada pandangan atau cadangan lain tentang istilah tersebut boleh kami bincangkan dengan Bahagian Peristilahan. Sila hubungi kami di alamat e-mel ayu@dbp.gov.my atau aishah3@dbp.gov.my. | Istilah | 30.09.2013 |
Tuan, sukacita kiranya dapat bantu mengenai pemilihan tema untuk penganjuran kempen kesihatan antara "Budayakan Hidup Sihat" atau "Membudayakan Hidup Sihat"? Mana satu yang sesuai untuk digunakan. Sekian, terima kasih. | Slogan "Budayakan Hidup Sihat" lebih tepat kerana kata kerja 'budayakan' menjadikan ayat tersebut sebagai ayat suruhan dan ayat ayat suruhan lebih berkesan dalam wacana ini. | Tatabahasa | 28.03.2011 |
maksud pengalaman hidup | Maksud pengalaman hidup ialah apa yang telah dialami (dirasai, ditempuh, dll): Contoh ayat, Beliau telah menceritakan pengalamannya di rantau orang kepada kami. | Lain-lain | 16.06.2010 |
Taraf hidup/taraf kehidupan penduduk luar bandar telah meningkat. yang mana satu tepat? taraf hidup atau taraf kehidupan? tetamu sama tak dnegan tamu atau tamu-tamu? yang mana satu jamak? tetamu jamak ke? | taraf hidup dan taraf kehidupan, kedua-duanya boleh digunakan. Manakala perkataan tetamu sama makna dengan tamu, dan sekiranya penggunaan jamak untuk tetamu kita boleh menambahkan para, semua dll. Perkataan tamu-tamu bukanlah jamak kepada tetamu. | Tatabahasa | 22.10.2007 |
Adakah ayat ini betul? 1- Adakah tumbuh-tumbuhan sejenis benda hidup? ataupun 2- Adakah tumbuh-tumbuhan benda hidup? | Ayat yang betul ialah; Adakah tumbuh-tumbuhan tergolong dalam kumpulan benda hidup? | Tatabahasa | 25.03.2010 |
Adakah Planet Marikh & pertubuhan merupakan Kata Nama Khas Tak Hidup..?? | Planet Marikh aialah kata nama khas tak hidup, manakala pertubuhan ialah kata nama am kecuali pertubuhan tertentu sepertu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu barulah menjadi kata nama khas tak hidup. | Tatabahasa | 30.05.2011 |
|
Tesaurus |
---|
| hidup | 1. Bersinonim dengan bernyawa ( bernafas, tumbuh, membesar, bercambah, bertunas, berputik, berpucuk, membiak, menjalar, berbuah, ) (kata kerja:) Berantonim dengan mati
2. Dalam konteks bunga bersinonim dengan segar, betul, (adjektif:) Berantonim dengan palsu
3. Dalam konteks gunung berapi bersinonim dengan cergas, giat, aktif, (adjektif:) Berantonim dengan mati
4. Bersinonim dengan tinggal ( diam, duduk, menetap, menginap, ) (kata kerja:)
| Kata Terbitan : hidup-hidup, hidupan, menghidupkan, penghidupan, |
|
Puisi |
---|
|
Orang buat tikar pandan berduri, Jangan buat pandan mengkuang; Kita hidup sedarkan diri, Jangan hidup dibenci orang.
Lihat selanjutnya... |
|