Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apakah maksud garis kasar? adakah bermaksud garisan yang tidak halus atau? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, garis kasar bermaksud 1. garis yang dilukis secara kasar 2. rangka, catatan ringkas, maklumat utama (yang dikemukakan tidak secara terperinci) | Makna | 10.02.2011 |
terjemahan bagi frasa "The Central Line of the Scripture" ialah "Garisan pusat Kitab" atau "Garis pusat Kitab" atau Garisan pusat dalam Kitab"? Dalam keterangan saudara, sila nyatakan perbezaan antara garisan dan garis dari sudut BM, dan juga penggunaan kata sendi "dalam" dari sudut BM dalam penterjamahan. | Terjemahan frasa ini ialah Bahagian Tengah Kitab/ Kitab Suci. Dalam Kamus Dewan, perkatan garis dan garisan ditakrifkan sebagai tanda panjang halus yang dibuat pada sesuatu permukaan. Walaupun maknanya sama tetapi penggunaannya perlulah bersesuaian. Imbuhan an membawa maksud perluasan kawasan misalnya; darat - daratan, garis - garisan. Contoh penggunaan garis dan garisan: garis panduan, garis kasar (rangka),garis-garis di tapak tangan, garisan Khatulistiwa, garisan kontur,garisan penamat. | Makna | 11.05.2011 |
|
Tesaurus |
---|
| kasar (adjektif) | 1. Bersinonim dengan kesat: kasap, kematu, gerutu, tidak licin, Berantonim dengan licin
2. Bersinonim dengan agak besar: tidak kecil, tidak halus, Berantonim dengan halus
3. Dalam konteks perabot bersinonim dengan gabas, gubas, gabal, tidak kemas, tidak halus, Berantonim dengan halus
4. Dalam konteks perangai bersinonim dengan biadap, kurang ajar, tidak tertib, kurang sopan, Berantonim dengan sopan
5. Dalam konteks kerja bersinonim dengan berat, buruh, kontrak, Berantonim dengan ringan
6. Dalam konteks suara bersinonim dengan keras, besar, parau, garau, Berantonim dengan lembut
7. Bersinonim dengan secara umum: tidak terperinci, pukul rata, lebih kurang,
| Kata Terbitan : berkasar, mengasarkan, kekasaran, |
|
|