Pantun |
Sumber |
Tema |
Tinggi-tinggi Bukit Seligi, Tempat orang memacu kuda; Satu hari sedarkan diri, Takut gunung menjadi paya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Berlari macam kuda, Bangun pagi-pagi, Bestari masih muda, Belajar tinggi-tinggi. | Pantun Melayu Sarawak | Jati Diri |
Pasang ombak di laut tinggi, Gelombang macam di Tanjung Puri; Jika abang berjiwa tinggi, Jika sungguh menyerah diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cadar dihampar di atas padang, Bakar setanggi bunga kecubung; Sedar diri dagang menumpang, Tinggi pipi dari hidung. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Gantung kelambu tinggi berdiri, Tempat gajah melonggok tulang; Adik takut undurlah diri, Biarlah saya mati seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Bulan sabit di langit tinggi, Sayup-sayup mata memandang; Sudahlah nasib celaka diri, Adik kucinta dipinang orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tanah tinggi tanah permatang, Tempat tumbuh kayu meranti; Patahlah hati hamba meminang, Adik menjauh membawa diri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Rendah geroda menggaris awan, Turun ke laut menyelam diri; Seksa sangat hajat tuan, Macam kudaki gunung yang tinggi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
|
Tesaurus |
---|
| tinggi (adjektif) | 1. Dalam konteks orang bersinonim dengan panjang, lampai, langsing, renjong, tonjeng, lonjong, agam, ampai, Berantonim dengan pendek
2. Bersinonim dengan luhur: mulia, murni, besar, agung, Berantonim dengan hina
3. Bersinonim dengan angkuh: bongkak, congkak, sombong, pongah,
4. Dalam konteks suara bersinonim dengan nyaring, muluk, halus dan keras, Berantonim dengan rendah
5. Dalam konteks harga bersinonim dengan mahal, melambung, menjulang, meningkat, naik, Berantonim dengan rendah
| Kata Terbitan : meninggikan, ketinggian, |
|
Puisi |
---|
|
Tinggi-tinggi Bukit Seligi, Tempat orang memacu kuda; Satu hari sedarkan diri, Takut gunung menjadi paya.
Lihat selanjutnya... |
|