Kata |
Takrif |
Sumber |
dina I | ; hina-~; ® hina. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hina-dina | ; ® hina. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memandang hina (rendah) | a) menganggap hina (rendah); b) menghinakan (merendahkan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
daif | cacat, hina, lemah: orang yg ~; mendaifkan memandang rendah (hina), menghinakan: tidak guna ~ orang yg lemah; kedaifan perihal daif, kehinaan, kekurangan, kelemahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hina | 1. rendah tarafnya (kedudukan, pangkat, dll): mereka memandang kami sangat ~, macam anjing layaknya; 2. keji (perbuatan, kelakuan, dll), kurang sopan: perbuatan itu sangat ~ dan keji; ketahuan ~ mulianya mengetahui kedudukan yg sebenarnya; ~ budi kelakuan yg kurang baik; ~-dina = ~-lata = ~-leta = ~-papa (orang yg) paling rendah martabat lagi miskin; se~ semalu nasib yg sama, seia sekata; berhina; ~ diri merendahkan diri; menghina, menghinakan 1. memperlakukan spt orang yg hina, rendah (kedudukan dll): biarlah saya menghina diri saya sendiri sebelum orang lain ~ saya; 2. menyinggung perasaan orang (memaki dll), memburukkan nama orang, mengejikan: dia sudah tentu tak suka menghina orang dan tak suka pula dihinakan oleh orang; terhina dipandang (dianggap) hina, telah dihinakan: dia berasa ~ dikata-kata begitu; hinaan sesuatu yg menghina: kata-katanya mengandungi ~; kehinaan perihal hina (keji, buruk, dll), kerendahan (martabat dll), kekejian: ia telah jatuh ke dlm lembah ~; penghinaan perihal menghina(kan): perbuatan itu dianggapnya sebagai satu ~; ~ mahkamah (Udg) a) perbuatan mengingkari keputusan atau proses mahkamah; b) perlakuan biadab terhadap mahkamah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
malu | 1 berasa hina atau berasa aib kerana melakukan sesuatu yg tidak baik atau kerana kekurangan sesuatu: Saya ~ jika tidak lulus dlm peperiksaan nanti. 2 menaruh rasa hormat; berasa segan: Saya ~ pd mereka. 3 perasaan hina atau perasaan aib: Dia telah berbuat sesuatu utk menutup ~nya. bermalu menaruh perasaan malu. memalukan menyebabkan berasa malu; memberi malu: Kelakuannya sangat-sangat ~ kami. kemaluan 1 alat kelamin pd manusia (lelaki atau perempuan). 2 dlm keadaan malu; berasa malu. 3 rasa malu; rasa aib. 4 sesuatu yg memalukan; keaiban. kemaluan-maluan berasa sangat malu: Dia tunduk ~. pemalu orang yg sangat malu atau yg mudah berasa malu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
malu I | 1. = bermalu berasa aib (hina, rendah, dll) kerana membuat sesuatu yg salah atau yg tidak sopan, berasa tidak senang: aku ~ pula apabila tidak pakai seluar dan baju; pang-lima tak bermalu, melerek-lerek macam kam-bing jantan pd perempuan yg tiada mahu kepadanya; 2. perasaan aib (hina, rendah diri, dll): utk menutup ~nya, ayah Zainab telah memujuk Salim supaya mahu menjadi menantunya; 3. menaruh hormat akan, berasa segan (agak takut): ia sendiri masih begitu ~ hendak mengemukakan pertanyaan ini; ~ besar malu yg amat sangat; ~ mata segan, hormat; ~ bertanya, sesat jalan = ~ berdayung, perahu hanyut = ~ makan, perut lapar prb kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak akan mendapat kejayaan; ~ kalau anak harimau menjadi anak kucing (kambing) prb tidak patut kalau anak orang baik-baik atau pandai menjadi jahat atau bodoh; semalu; sehina ~ mempunyai nasib yg sama, seia, sekata; malu-malu nampaknya sangat malu: ma-suklah, jangan ~; dgn sikap yg ~, dinya-takannya maksudnya dlm bahasa yg lembut; ~ bahasa berasa segan-segan (sewaktu berhadapan dgn orang yg dihormati dll); ~ kucing berpura-pura malu; memalui ark 1. menaruh malu pd: dialah yg harus kaumalui; 2. menghormati, menakuti, menyegani: pd ketika itu segala anak raja-raja Inderagiri tiada dimalui oleh segala anak tuan-tuan Melaka; memalukan 1. memberi malu, menyebabkan malu: akibatnya nanti bukan hanya ~ tetapi juga merugikan; 2. malu kerana sesuatu (pakaian dll): tak usah dimalukan rumah buruk; termalu-malu berasa agak malu: selama besar ini dia ~ memanggil abang kpd Ramlan; kemaluan 1. perihal malu, sesuatu yg mendatangkan malu, rasa malu: jikalau si Tuah ada, dapatlah ia menghapuskan ~ku; 3.mendapat (berasa) malu: hendaklah tuan berikan kehendaknya supaya kita tidak ~; 4.bh alat kelamin (laki-laki atau perempuan); kemalu-maluan berasa sangat malu, tersipu-sipu: dia tunduk ~;pemalu (orang yg) mudah berasa malu.bermalu berasa aib (hina, rendah, dll) kerana membuat sesuatu yg salah atau yg tidak sopan, berasa tidak senang: aku ~ pula apabila tidak pakai seluar dan baju; pang-lima tak bermalu, melerek-lerek macam kam-bing jantan pd perempuan yg tiada mahu kepadanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
leceh I | (lécéh) 1. meleleh dan melekat pd tempat yg dilaluinya (spt lilin yg cair dll); 2. ki kurang nilai (harga, mutu, dsb), tidak berguna, hina: memang engkau ~, apa yg engkau hendak, engkau sendiri tidak tahu; ~ budi tidak berbudi; perempuan ~ perempuan sundal; 3. ki cerewet lagi remeh (pekerjaan dll), lambat, lengah, rumit: pekerjaan yg ~; meleceh mengampu (ketua, majikan), bermukamuka (dgn ketua dll); melecehkan tidak menghiraukan, memandang rendah (hina dll); perlecehan perihal hina; peleceh orang yg suka mengampu atau bermuka-muka (dgn ketua dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hina | 1 tidak mulia kedudukannya; rendah tarafnya: Mereka memandang kami sangat ~ spt anjing. 2 tidak sopan; tidak manis (bkn kelakuan atau perbuatan); keji: Perbuatan itu sangat ~. menghina memburukkan nama orang; mengeji; mencela: Tidak baik kita ~ orang. ~ mahkamah a. tidak patuh pd keputusan atau proses mahkamah. b. melakukan perbuatan biadab terhadap mahkamah. terhina telah dihina; berasa keji: Dia berasa ~ dikata-katai begitu. kehinaan keadaan hina; kekejian: Ia jatuh ke lembah ~. penghinaan perbuatan atau hal menghina. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hina | 1. tidak mulia kedudukannya; rendah tarafnya: Mereka memandang kami sangat ~ spt anjing. 2. tidak sopan; tidak manis (bkn kelakuan atau perbuatan); keji: Perbuatan itu sangat ~. menghina memburukkan nama orang; mengeji; mencela: Tidak baik kita ~ orang. terhina telah dihina; berasa keji: Dia berasa ~ dikata-katai begitu. kehinaan keadaan hina; kekejian: Ia jatuh ke lembah ~. penghinaan perbuatan atau hal menghina. | Kamus Pelajar |
Kata |
Takrif |
Sumber |
disdain | vt memandang hina: to ~ flatterers, memandang hina orang yg suka memuji-muji; the proud man ~ed all offers of help, lelaki sombong itu memandang hina semua tawaran utk menolongnya; ~ to, berasa hina: she ~ed to mix with the other students, dia berasa hina bergaul dgn penuntut-penuntut lain. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
abject | adj 1. wretched, hina: an ~ slave seorang abdi yg hina; 2. despicable, keji, hina: the most ~ of liars, pembohong yg paling keji; ~ behaviour, kelakuan yg keji; 3. self-abasing, menghina diri (sendiri), menjatuhkan /maruah, harga diri/ (sendiri): ~ obedience, kepatuhan yg menghina diri sendiri; to make an ~ apology, meminta maaf secara menghina diri sendiri. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
ignoble | adj (despicable) keji, hina; (shameful, base, humiliating) memalukan: he tried to use the situation for his own ~ purpose, dia mencuba mempergunakan keadaan utk memenuhi tujuannya yg hina; an ~ deed, perbuatan yg hina; an ~ defeat, kekalahan yg memalukan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
disdain | n sikap menghina; /have, feel/ ~ for, memandang /hina, rendah/ thdp: she felt ~ for those less educated than she was, dia memandang hina thdp orang-orang yg lebih rendah pelajarannya drpd dirinya sendiri; /look, tone, expression/ of ~, /pandangan, nada, air muka/ yg menghina; look at /so., st/ with ~, memandang /sso, sst/ dgn pandangan menghina; treat with ~, memandang /hina, rendah/; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
despicable | adj 1. (of person) bersifat /hina, keji/: a ~ character, orang yg bersifat keji; 2. (of deed, behaviour, etc) keji, hina: a ~ act, perbuatan yg keji. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
contempt | n rasa benci, kebencian: his ~ for foreigners was quite obvious, rasa bencinya thdp orang asing ketara sekali; ~ of court, (leg.) penghinaan mahkamah; beneath ~, sangat /hina, keji/; bring /so., st/ into ~, menyebabkan /sso, sst/ dipandang hina; deserve ~, patut /dikeji, dihina/; feel ~ for, benci akan, berasa benci thdp; hold in ~, memandang hina: I hold such conduct in ~, saya memandang hina kelakuan spt itu; show ~ for (danger, rules, etc) tdk /mengendahkan, menghiraukan/ (bahaya, peraturan, dll). | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
galling | adj a. (vexing, irritating) menyakitkan hati: a most ~ experience, pengalaman yg paling menyakitkan hati; b. (humiliating) berasa hina; (attrib) menyebabkan [sso] berasa hina. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
depravity | n 1. depraved state, kehinaan: sunk in ~, tenggelam dlm kehinaan; 2. depraved act, perbuatan yg /hina, keji/: guilty of depravities, bersalah krn melakukan perbuatan yg hina. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
despicability | n keji, hina. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
humble | adj 1. having, showing a modest opinion of os, rendah /hati, diri/, suka merendahkan diri: he remained ~ in spite of his success, dia tetap rendah hati walaupun sudah berjaya; 2. lowly, poor, hina, daif: Im just a ~ fisherman, saya hanyalah nelayan yg hina; no task was too ~ for him, tdk ada pekerjaan yg terlalu hina baginya; of ~ /birth, origin, stock/, berketurunan rendah; 3. unpretentious, sederhana: ~ fare, makanan yg sederhana; my ~ home, rumah saya yg sederhana; 4. (indic an unassuming attitude, state of mind) dgn rendah hati: my ~ apologies, dgn rendah hati saya meminta maaf; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
chronic low self-esteem | hina diri kronik | Kejururawatan | Tiada | Penilaian diri sendiri yang negatif dan berpanjangan yang dihadapi oleh pesakit. |
melancholy | sayu | Kesusasteraan | Puisi | Nada atau suasana yang terpancar daripada sesebuah puisi seperti nada murung, hiba dan sayu. Nada dan suasana ini lebih senang ditanggap oleh khalayak pendengar apabila sesebuah puisi yang mengandungi unsur-unsur tersebut dideklamasikan. Contohnya,dalam puisi '"Hikayat Malim Deman" yang bernada suasana sayu dapat dirasakan dari pantun di bawah. Sinonim melankoli. Ada kain songket permata, Tenun Puteri Galuh Kencana; Ada lain buangkan beta, Kerana beta dagang yang hina. |
teka-teki | teka-teki | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang mengemukakan persoalan yang bijak atau permasalahan yang rumit untuk dijawab atau diselesaikan. Teka-teki digunakan untuk menguji ketajaman akal, kepantasan berfikir, kematangan fikiran, dan kearifan seseorang. Teka-teki boleh berbentuk pendek dan panjang atau dalam bentuk prosa, pantun, seloka, tamsilan, dan gurindam. Teki-teki boleh bersifat ringkas dan ringan, dan bersifat lebih rumit dan filosofikal dengan makna yang tinggi. Oleh itu, teka-teki boleh dijadikan bahan mainan dan hiburan atau untuk tujuan yang lebih serius. Contoh teka-teki yang mudah adalah seperti yang berikut: Gajah putih di tengah rumah (jawapannya kelambu) Manis di mulut masam di rambut (jawapannya: gula-gula getah) Sebuah tembikar tudungnya berulir, di atas tembikar di bawahnya banjir (jawapannya: pelita). Contoh yang lebih rumit dan panjang: Hairan, sekonyong-konyong kelihatannya muntahnya itu bertumbuh menjadi rumput hayat, penuh sepanjang- panjang padang itu. Maka, rumput itu terlalu besarlah faedahnya, dapat menghidupkan yang mati, mencelikkan yang buta, serta mencerdikkan yang hodoh, dan mengubahkan daripada pangkat yang hina kepada mulia. Dengan dialah terutama dapat memudahkan segala pekerjaan yang sukar-sukar, lagi ia adalah penawar yang amat besar. Oleh yang demikian, banyaklah berhimpun di sana suatu macam daripada makhluk yang memungut akan rumput-rumput itu dengan mulutnya, tetapi sekaliannya itu bukannya daripada jenis binatang sekali-kali. (jawapannya: kalam) Contoh teka-teki dalam bentuk pantun empat kerat dan syair: Bukan tanda sebarang tanda, Tanda putih lambangnya retak, Bukan benda sebarang benda, Dipetik boleh dimakan tidak. (jawapannya: gitar) Tanah bendang mari ditajak, Tajak disimpan di tepi gertak, Dugalah sendiri jikalau bijak, Waktu diperlukan ia dicampakkan. (jawapannya: jala/gasing) |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
suda I | hina; ~ kelanyaan hina papa, hina lata, hina dina, hina leta; | Melanau Mukah | |
hina | hinak. | kedayan | |
pejetiek | hina | TETAW | |
miak | malu; 1 berasa aib krn membuat sst kesalahan yg tidak sopan; ~ keman lukoh pait, ~ pepela salui paman prb malu makan perut lapar, malu berkayuh perahu hanyut; 2 perasaan aib, hina, rendah diri, dll: bak menabun ~ hendak menutup malu; 3 menaruh hormat akan | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
asak-asak Ib, MSr | berputih mata. | Celaka!? Tuk Lentar mengesat matanya yang mula berair. Dia berasa begitu bodoh dan hina dalam keadaan begitu. ?Tamak. Semua orang sudah tamak. Asak-asak aku nak dapat bahagian aku.? Ketika itu dia tersenguk-senguk mengawal nafas dan kata-katanya. | Novel Ngoncong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Parsi.indb zharf( فرژ راگن همانزور ،تسيلانروژ )zhūrnālīst, rūznāme negār( )zhūlīde( هديلوژ )zhende, kohne( هنهک ،هدنژ )zhiyān( نايژ )zhīmnāstik( کيتسانميژ Jepun embun beku, frost putih dalam wartawan kusut, tidak kemas buruk, selekeh, hina garang gimnastik Japan dew, hoar frost deep, profound journalist disheveled, tousled shabby, worn out fierce gymnastic ژ Kamus Parsi.indb 80 5/18/11 9:02 AM 81 )sākhtemān, benā avārez̤( )maḥall-e ghazākhorī( ىروخاذغ ّ لحم )mokh [maghz[( )زغم( خ ُ ـم )mokhālefat kardan( ندرک تفلاخم pergelangan tangan mustahil kasih sayang, cinta serba kurang, papa, miskin diyakini tahan, terpelihara hina padat, kukuh tempat plaza tol kantin otak melawan, menentang wrist impossible love, affection in need, needy, poor trustworthy kept, protected contemptible firm place toll plaza canteen brain to oppose ندرک
|
Kamus Thai 2.indb Islam. สถิต [satit] ก bersemayam สถิติ [satiti] น perangkaan, statis- tik: ความรู ้ ทางสถิติมีความจำเป็นอย ่ างยิ่ งต ่ อ กระบวนการวิจัย Ilmu perangkaan penting sekali dalam proses penyelidikan. สถุล [satun] ว hina, keji: จัณฑาลเป็น กลุ ่ มที่ สถุลตามความเชื่ อของลัทธิฮินดู Can- tala merupakan golongan yang hina mengikut kepercayaan Hindu. สน [son] น ru: รูสะมิแลมีความหมายว ่ าสน เก ้ าต ้ น Ru Samilae bermaksud pohon ru sembilan batang. สนใจ [soncai] ก meminati: โลกไม ่ ค ่
|
Kamus Thai 2.indb rendah. ต ่ ำช ้ า [-ca:] ว keji: การข ่ มขืนเป็นการกระทำ ที่ ต่ำช ้ ามาก Merogol adalah perbuatan yang sangat keji. ต ่ ำต ้ อย [-t:y] ว hina: เขารู ้ สึกต่ำต ้ อยเมื่ อ คบค ้ ากับผู ้ ดี Dia berasa hina apabila bergaul dengan golongan bang sawan. ตำนาน [tamna:n] น legenda ตำบล [tambon] น mukim ตำแย 1 [tamyε:] ดู หมอตำแย ตำแย 2 [tamyε:] น jelatang ตำรวจ [tamruat] น polis |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
hina-papa | [hi.na.pa.pa] | هينا - ڤاڤ |
hina-leta | [hi.na.le.ta] | هينا - لتا |
hina-lata | [hi.na.la.ta] | اهينا - لات |
hina-dina | [hi.na.di.na] | هينا - دين |
hina | [hi.na] | هينا |
|
Tesaurus |
---|
| hina (adjektif) | Bersinonim dengan keji, tercela, tercemar, terkutuk, lata, buruk, kotor;, | | Kata Terbitan : menghina, terhina, kehinaan, penghinaan, |
|
Puisi |
---|
|
Anak Cina berbaju satin, Sudah satin jarang pula; Hina saya kerana miskin, Sudah miskin dagang pula.
Lihat selanjutnya... |
|