Kata |
Takrif |
Sumber |
terkutuk | 1 ditimpa laknat; kena kutuk; dikutuk. 2 sangat keji: perbuatan yg ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terkutuk | (yg) dikutuk, dilaknat, keji (hina,cela, dll): perbuatan yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terkutuk | ditimpa laknat, dilaknati, celaka, keji: ia bertaubat tidak mahu melakukan perbuatan ~ itu lagi; ke hilir kena ~ sultan, ke mudik kena ~ raja prb kalau melanggar perjanjian atau keputusan yg telah dibuat, akan mendapat akibat buruknya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kutuk I | 1. perkataan (sumpah) yg mendatangkan kecelakaan, laknat: tidak guna hidup kena ~ orang sahaja; 2. = terkutuk ditimpa laknat, dilaknati, celaka, keji: ia bertaubat tidak mahu melakukan perbuatan ~ itu lagi; ke hilir kena ~ sultan, ke mudik kena ~ raja prb kalau melanggar perjanjian atau keputusan yg telah dibuat, akan mendapat akibat buruknya; mengutuk 1. menyumpah, melaknat: perbuatan ini buruk padahnya, celaka akhirnya, berdosa besar, dikutuk Tuhan; 2. mengatakan atau menganggap keji (buruk, salah, dll), menistai: Kamallah yg harus dipersalahkan, harus dikutuk dan dihukum; Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu telah membuat keputusan ~ pencerobohan ke atas negeri tersebut; terkutuk (yg) dikutuk, dilaknat, keji (hina,cela, dll): perbuatan yg ~; keterkutukan keadaan terkutuk; kutukan sumpah (makian, cerca, nista), laknat (dr Tuhan): kalau saya memungkiri janjisaya, maka saya akan menerima ~ Tuhan; pengutukan perihal (perbuatan, tindakan, dsb) mengutuk (mengeji, mencela, dll): Parti Komunis Indonesia telah membuat satu ~ hebat terhadap kerajaan Sukarno dan pemimpin-pemimpin tenteranya; pengutuk pihak atau orang yg mengutuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keterkutukan | keadaan terkutuk; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
malaun | Ar yg terkutuk atau dilaknati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terlaknat | (yg) dilaknati, terkutuk: mereka akan dikatakan sbg kafir ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anak bincacak | anak yg terkutuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
laknat | 2 terkutuk; celaka: Siapa yg melakukan pekerjaan yg ~ ini? | Kamus Pelajar |
laknat | 1. kemurkaan Allah dan jauh drpd petunjuk dan rahmat-Nya, kutukan: setiap perbuatan jahat akan menerima ~ drpd Allah; 2. terkutuk, keji, hina, celaka: kami teruk diseksa oleh bangsa ~ itu; siapakah yg berbuat pekerjaan ~ ini? melaknat menurunkan laknat, mengutuki: Allah akan ~ orang yg menaruh niat jahat terhadap orang lain; melaknati mengutuk: Allah ~nya andainya suaminya itu benar; terlaknat (yg) dilaknati, terkutuk: mereka akan dikatakan sbg kafir ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
hateful | adj terkutuk: ~ behaviour, kelakuan yg terkutuk. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
detestable | adj /sangat, amat/ dibenci; (of action, practice, etc) terkutuk, dibenci: a ~ act, perbuatan yg terkutuk. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
dye | n (substance for colouring) pencelup, pewarna; of the /blackest, deepest /~, (dated) paling terkutuk: a villain of the deepest ~, penjahat yg paling terkutuk; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
damned | adj 1. doomed to hell, dilaknat Tuhan, terlaknat, terkutuk; 2. utter, betul, betul-betul: ~ fool, bodoh betul or betul-betul bodoh; ~ nonsense, betul-betul karut; 3. detestable, dahsyat: this ~ job, kerja yg dahsyat ini; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
base2 | adj 1. despicable, keji, durjana, terkutuk: ~ conduct, kelakuan yg keji; ~ motives, tujuan-tujuan yg keji; 2. (of coin) loyang: ~ coin, duit loyang. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
hideous | adj 1. ugly, sangat hodoh, jelik: a ~ scar, parut yg sangat hodoh; 2. frightful, menakutkan, dahsyat, mengerikan: a ~ noise rent the stillness of the evening, bunyi yg menakutkan memecahkan suasana petang yg hening itu; 3. despicable, terkutuk, keji: a ~ crime, jenayah yg terkutuk. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
deter | vt menghalang: political unrest will ~ investors from coming to the country, pergolakan politik akan menghalang pelabur drpd melabur di dlm negara itu; pride should ~ him from doing anything so contemptible, rasa bangga diri sepatutnya menghalangnya drpd melakukan perbuatan yg terkutuk itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
humanism | humanisme | Kesusasteraan | Tiada | Fahaman yang mengagungkan status dan sifat-sifat manusia. Istilah humanis pada asalnya merujuk kepada sarjana ilmu kemanusiaan pada Zaman Pembaharuan (Renaissance) pada abad ke-16. Secara khususnya, hurmanis merujuk kepada cendekiawan Eropah yang mengkaji kebangkitan semula budaya dan sastera Yunani dan Rumawi. Tumpuan mereka adalah pada karya klasik yang dihasilkan oleh penyair, dramatis dan ahli falsafah seperti Cicero, Aristotle dan Plato. Hasil daripada kajian itu, timbul fahaman baharu tentang manusia yang berbeza daripada pandangan Kristian yang lebih dominan. Fahaman ini cenderung mengagungkan sifat-sifat manusia, khususnya kebolehan menaakul. Bentuk humanisme yang ekstrem menganggap manusia sebagai kayu ukur bagi segala kewujudan yang lain. Umumnya, humanisme menyedarkan manusia tentang kuasa dan bakat mereka yang berpeontesi menjadikannya lebih beradab. Pada zaman yang kemudian, wujud humanisme Kristian seperti yang terpancar dalam penulisan Sidney, Bacon, Spenser dan Milton. Humanisme ini lebih memberatkan keunggulan nilai dan pengalaman manusia serta mengutamakan kesempurnaan kehidupan duniawi. Sikap humanisme ini bertentangan dengan sikap Kristian Zaman Pertengahan yang melihat manusia sebagai orang yang berdosa dan terkutuk, justeru mereka mengharapkan penyelamatan daripada juruselamat. Dominasi sains dan industri pada abad ke-19 mendorong ramai pengarang, terutamanya Matthew Arnold mementingkan nilai-nilai humanis dalam usaha untuk mewujudkan pendidikan yang seimbang. Humanisme Baharu Amerika pada tahun 1920-an dan 1930-an juga menegaskan tuntutan yang sama terhadap nilai humanis tersebut. Dengan idealisme tentang manusia yang seimbang, golongan ini menentang dakwaan sains. Humanisme jenis ini amat berpengaruh dalam sastera dan budaya Anglo-Amerika. Idea pusatnya adalah mengenai individu yang utuh dan bebas sepenuhnya sebagai penentu nasibnya sendiri. Pemikiran humanisme tentang keagungan manusia umumnya kini dicabar oleh pendirian pascastrukturalisme. Golongan pascastrukturalis lebih cenderung menggantikan konsep keutuhan dan kebesaran manusia dengan idea subjek yang dicirikan oleh fragmentasi dan ketidakutuhan. Sebagai subjek, manusia bukan lagi penentu nasibnya sendiri. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
jahanam | jahanam; 1 laut api di akhirat tempat orang-orang yg tidak mengikut perintah Allah menerima hukumannya: nerekak ~ neraka jahanam; 2 orang yg jahat lagi terkutuk: ~, pulek kaau kuman itou jahanam, pergi kamu dr sini; 3 rosak: ngak ~ jam yen jam itu sudah j | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
ngenselan Ib | suatu upacara keagamaan bertujuan untuk menghindarkan kejahatan atau kecelakaan dengan menggunakan darah ayam atau khinzir. | Setelah mendapati mereka berdua ini benar-benar bersalah, Beti pun mengambil keputusan untuk merejam mereka mengikuti adat Sengalang Burong. Ini ialah kerana mereka telah tidak dapat membayar denda adat yang akan digunakan untuk ngenselan atau upacara membersihkan negeri dari perbuatan terkutuk. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
terkutuk | [ter.ku.tu/] | ترکوتوق |
|
|