Kata |
Takrif |
Sumber |
luhur | mulia, tinggi, agung: moga-moga citacitanya yg ~ itu dikabulkan Tuhan; meluhurkan mengagungkan, memuliakan, menghormati: ~ tanah air; keluhuran keagungan, kemuliaan, kebesaran: kekuatan puisi Amir Hamzah, kecuali dlm ~ angan yg dibeberkannya, terletak dlm kerapian bentuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
luhur | mulia; tinggi: Semoga cita-citanya yg ~ itu akan tercapai. meluhurkan memuliakan atau mengagungkan: ~ bahasa Melayu. keluhuran keadaan luhur; kemuliaan; kebesaran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keluhuran | keadaan luhur; kemuliaan; kebesaran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terala | sl luhur, Maha Tinggi, Maha Mulia: Tuhan yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
muliawan | sl mulia, luhur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mulia | 1. tinggi (kedudukan, pangkat, martabat, dsb), luhur, terhormat, tertinggi; yg maha ~ panggilan utk sultan dan raja yg memerintah; yg teramat ~ panggilan utk raja muda (bakal raja); yg amat ~ panggilan utk anak-anak raja (keluarga diraja yg dekat-dekat); yg ~ panggilan utk orang baik-baik; ~ raya yg besar lagi dihormati; 2. tinggi mutunya, berharga (barang, logam, dll); logam ~ emas dan perak; memuliakan 1. menjadikan mulia: firman Tuhan lagi, Dan sesungguhnya Kami telah ~ bani Adam; 2. menjunjung tinggi, menghormati; ~ janji menepati janji; mempermulia 1. menjadikan lebih mulia; 2. sl (sangat) menghormati: hatta Raja Rekan pun datang mengadap ke Melaka, sangat dipermulia oleh Sultan Muhammad; kemuliaan perihal mulia, kebesaran, kehormatan, keluhuran: kehidupan raja, ~ dan kebesarannya sering dikaitkan dgn peristiwa sejarah bangsa Melayu; pemuliaan perihal (perbuatan) memuliakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
al-Ali | (al-Ali) Ar Yang Maha Tinggi (Luhur) (satu drpd 99 nama Allah). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cinta | 1 (perasaan atau berperasaan) sangat sayang kpd negara, ibu bapa dll: ~nya kpd ibunya sungguh luhur. Kerana sangat ~ kpd negaranya, beliau sanggup berkorban nyawa utk mempertahankannya. 2 (perasaan atau berperasaan) sangat berahi, asyik, kasih dsb; sangat tertarik (kpd laki-laki atau perempuan): ~nya yg tidak berbalas terhadap gadis itu menjadikannya hampir tidak siuman. Si isteri yg setia itu sangat ~ kpd suaminya. 3 perasaan sangat ingin dan berharap-harap akan sesuatu: Sungguh besar ~nya hendak pulang ke kampung halamannya sesudah lama di perantauan. ~ monyet cinta kasih yg keanak-anakan. ~ pandang pertama cinta yg timbul terhadap seseorang walaupun baru pertama kali melihat atau bertemu dgn orang berkenaan. ~ sebelah cinta yg tidak berbalas. bercinta 1 menaruh perasaan cinta atau berani. 2 menaruh rindu; berasa rindu: Ibu tua itu selalu ~ akan anak tunggalnya yg sedang menuntut di luar negara. bercintakan 1 menaruh cinta atau berahi akan. 2 berasa rindu akan. bercinta-cintaan 1 saling menaruh perasaan cinta (antara pasangan lelaki dgn perempuan); saling mengasihi; berkasih-kasihan. 2 bercengkerama; bercumbu-cumbuan. mencintai menaruh kasih sayang pd; mengasihi: Dia sangat ~ isterinya. percintaan 1 hal berkasih-kasihan atau bercinta-cintaan (antara laki-laki dgn perempuan). 2 perasaan sedih (susah dsb); rindu dendam; gundah-gulana. pencinta orang yg sangat suka (akan); penggemar: ~ seni. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
eulogi | (éulogi) ucapan (secara lisan atau tulisan) yg memuji atau menyanjung pencapaian seseorang atau sifat peribadinya yg luhur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keguruan | hal yg berkaitan dgn ilmu menjadi guru, atau tugas dan tanggungjawab (kerjaya) sbg guru: sifat-sifat ~ yg luhur; martabat profesion ~ harus dipertahankan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
eulogy | eulogi | Kesusasteraan | Tiada | Ucapan atau tulisan yang memuji pencapaian seseorang. Pujian diberikan kerana sifat peribadi seseorang yang luhur, terutamanya selepas kematiannya. Eulogi juga ditulis dalam bentuk puisi. Contoh eulogi ditemui dalam karya W.H. Auden berjudul In Memory of W.B. Yeats. |
anaphora | anafora | Kesusasteraan | Puisi | Gaya bahasa yang mengulang satu perkataan atau lebih pada awal baris puisi. Pengulangan ini menimbulkan kesan keindahan bunyi dan bertujuan untuk menguatkan pernyataan maksud. Contohnya, petikan puisi "Kasih Petani Buta" karya Kemala seperti petikan di bawah. Sinonim ulang awal. kasihku subur dalam mata keluarga kasihku luhur dalam hati isteri setia kasihku hidup dalam pelukan padi di sawah kini kutatap semua dengan jiwa kini kudekap segala dengan rasa. |
hyperbola | hiperbola | Kesusasteraan | Tiada | Gaya bahasa yang berlebih-lebihan dengan menggunakan metafora atau kiasan yang melampau. Hiperbola digunakan untuk melahirkan kesan kelucuan atau menegaskan sesuatu fakta dalam sesuatu situasi. Biasanya hiperbola terdapat dalam puisi dan drama cinta. Contohnya dalam drama Macbeth oleh Shakespeare, ujaran lady macbeth selepas pembunuhan raja Duncan, All the perfumes of Arabia will not wash this little hand ialah suatu hiperbola. Contoh Melayu ditemui dalam puisi Nyanyi Sunyi oleh amir hamzah. Contoh dalam sastera Parsi ditemui dalam petikan sajak Syeikh Sadi seperti yang berikut: Usah kausakiti secebit hati sedapat mungkin, kerana sekali keluhan akan merosakkan seluruh alam!. Contoh hiperbola ditemui dalam sajak A. Samad Said berjudul Tapak yang Luhur melalui petikan: Menyala unggun zaman yang perang... Hiperbola berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud membesar-besarkan. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
luhur | muliak. | kedayan | |
mulia | luhur | TETAW | |
susi II; ~ beresi | luhur. | Melanau Mukah | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
luhur | [lu.hur] | لوهور |
|
Tesaurus |
---|
| luhur | | Rujuk :mulia |
|
|