PeribahasaBawa resmi padi, makin berisi makin tunduk.TakrifMakin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri. (Bandingkan dengan: Seperti buah padi, makin berisi makin rendah; jangan seperti lalang, makin lama makin tinggi).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGedang sebagai dilambuk-lambuk, tinggi sebagai dijunjung.TakrifMemegahkan diri sendiri dengan kelebihan yang sebenarnya tidak ada. (Bandingkan dengan: Besar diambak, tinggi dianjung).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIlmu padi, makin berisi makin runduk.TakrifMakin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri. (Peribahasa lain yang sama makna: Bawa resmi padi, makin berisi makin tunduk).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTinggi disigai, besar ditebang.TakrifMenyesuaikan diri dengan keadaan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHendak tinggi terlalu, jatuh.TakrifKerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus, c. Hendak panjang terlalu, patah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAwak kecil makan hendak banyak, sayap singkat terbang hendak tinggi.TakrifMengangan-angankan sesuatu yang tidak sepadan dengan kesanggupan diri sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti buah padi, makin berisi makin rendah; jangan seperti lalang, makin lama makin tinggi.TakrifOrang yang berilmu selalu merendahkan diri, sedangkan orang yang bodoh apabila beroleh sedikit kelebihan bertambah sombonglah ia. (Bandingkan dengan: Bawa resmi padi, makin berisi makin tunduk).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| tinggi (adjektif) | 1. Dalam konteks orang bersinonim dengan panjang, lampai, langsing, renjong, tonjeng, lonjong, agam, ampai, Berantonim dengan pendek
2. Bersinonim dengan luhur: mulia, murni, besar, agung, Berantonim dengan hina
3. Bersinonim dengan angkuh: bongkak, congkak, sombong, pongah,
4. Dalam konteks suara bersinonim dengan nyaring, muluk, halus dan keras, Berantonim dengan rendah
5. Dalam konteks harga bersinonim dengan mahal, melambung, menjulang, meningkat, naik, Berantonim dengan rendah
| Kata Terbitan : meninggikan, ketinggian, |
|
Puisi |
---|
|
Tinggi-tinggi Bukit Seligi, Tempat orang memacu kuda; Satu hari sedarkan diri, Takut gunung menjadi paya.
Lihat selanjutnya... |
|