Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v1.0Kamus Melayu ParsiKamus SainsKamus Teknologi MaklumatKamus Thai Melayu Dewan
Kata Takrif Sumber
kompleks tinggi dirikeadaan fikiran yg menyebabkan seseorang berasa dirinya lebih hebat, lebih penting, lebih bijak dsb drpd orang lain dan cenderung utk bersikap sombong atau angkuh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bongkakberperasaan tinggi diri; sombong: Orang yg ~, walaupun pandai, tentu dibenci oleh sahabat handai.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bongkakberperasaan tinggi diri; sombong: Orang yg ~, walaupun pandai, tentu dibenci oleh sahabat handai.Kamus Pelajar
takburberperasaan tinggi diri (suka meng­anggap diri sendiri lebih mulia, lebih pandai, lebih cerdik dsb drpd orang lain), angkuh, bongkak: ia sangat sombong dan ~ tentang kecantikan dirinya; Iblis berdendam apabila diusir dr syurga kerana sikap ~ dan bong­kak­nya yg enggan sujud kpd Adam; ketakburan perihal takbur.Kamus Dewan Edisi Keempat
keranggiansikap angkuh (sombong, ber­megah), kesombongan, kemegahan: ber­pindah drpd ~ dan rasa tinggi diri para akademik kpd sesuatu pengiktirafan ber­bagai-bagai jenis pencapaian cemerlang.Kamus Dewan Edisi Keempat
kompleks tinggi diri(Psi) ke­adaan fikiran yg memperlihatkan sikap se­seorang yg berasa seolah-olah dirinya lebih hebat, lebih penting, lebih bijak dsb drpd orang lain dan cenderung bersikap sombong diri atau angkuh;Kamus Dewan Edisi Keempat
anjungbahagian rumah yg ditinggikan (di sisi atau di tengah rumah); ~ peranginan anjung tempat mengambil angin; anjung-anjung, anjungan panggung yg tinggi di buritan perahu; beranjung, berperanjung mempunyai an­jung: adalah dilarang membangunkan rumah ~ dan rumah bertiang gantung; menganjung 1. = menganjungkan meme­gang tinggi-tinggi, meninggikan, mengangkat tinggi-tinggi: ~ layang-layang yg hendak di­naik­kan; 2. = menganjung-anjung, meng­anjung-anjungkan memuji-muji, meng­angkat-angkat, menyanjung-nyanjung: ia orang yg suka dianjung; 3. menuju (pera­hu dll): perahu itu pun ~ ke tengah laut; menganjungkan diri bagai sepasin prb Mn dikatakan kpd orang yg hina tetapi hendak melagakkan diri; tinggi dianjung, besar dilambuk prb Mn kebesaran seseorang itu ialah kerana dimuliakan oleh anak buahnya; anjung-anjungan puji-pujian yg berlebih-lebih: ia tak termakan oleh ~ itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
melambungkan1. menaikkan atau mem­buang tinggi-tinggi: ada yg bersorak sambil ~ senjatanya; 2. memberikan puji-pujian atau sanjungan yg tinggi; ~ dada ark sombong, membesarkan diri;Kamus Dewan Edisi Keempat
lambung Inaik ke atas atau melompat tinggi (bola, perahu yg dipukul ombak, dll); berlambung-lambung, berlambung-lambungan 1. saling melambung sesuatu (dlm kumpulan dan menggunakan beberapa biji bola): mereka ~ bola dlm permainan itu; 2. melambung bola berulang-ulang: anak kecil itu ~ bola seorang diri; melambung 1. naik atau membuang ke atas tinggi-tinggi (burung terbang, bola, dll): akibat letupan itu sebuah tong telah ~ ke udara setinggi seratus kaki; 2. ki memuncak naik (harga, nasib, kegirangan, dll): harga getah telah ~ tinggi dlm tempoh itu; 3. ki memberi pujian atau sanjungan yg tinggi; setinggi­-tinggi ~ surutnya ke tanah juga prb selalu kembali ke asalnya; melambungkan 1. menaikkan atau mem­buang tinggi-tinggi: ada yg bersorak sambil ~ senjatanya; 2. memberikan puji-pujian atau sanjungan yg tinggi; ~ dada ark sombong, membesarkan diri; terlambung, terlambung-lambung terloncat (terhumban) tinggi-tinggi: kereta yg mereka tumpangi terlambung-lambung menghempas­kan penumpang di dalamnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
kompleks II/kompléks/ ist keadaan fikiran seseorang yg dipengaruhi perasaan megah, rendah diri dll yg menyebabkan sikap, perangai atau keperibadian seseorang menjadi tidak wajar: Setelah mencapai kejayaan, timbullah ~ aku pengarang atau aku wartawan. ~ rasa bersalah keadaan fikiran seseorang yg diganggu perasaan bersalah kerana telah terlanjur melakukan sesuatu kesalahan. ~ rendah diri keadaan fikiran yg menyebabkan seseorang berasa dirinya kurang penting, tidak bijak dsb hingga boleh mendorong dia menyisihkan diri atau melakukan sesuatu yg tidak wajar. ~ tinggi diri keadaan fikiran yg menyebabkan seseorang berasa dirinya lebih hebat, lebih penting, lebih bijak dsb drpd orang lain dan cenderung utk bersikap sombong atau angkuh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
Tesaurus
 
tinggi (adjektif)
1. Dalam konteks orang
bersinonim dengan panjang, lampai, langsing, renjong, tonjeng, lonjong, agam, ampai,
Berantonim dengan pendek

2. Bersinonim dengan luhur: mulia, murni, besar, agung,
Berantonim dengan hina

3. Bersinonim dengan angkuh: bongkak, congkak, sombong, pongah,

4. Dalam konteks suara
bersinonim dengan nyaring, muluk, halus dan keras,
Berantonim dengan rendah

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan mahal, melambung, menjulang, meningkat, naik,
Berantonim dengan rendah

Kata Terbitan : meninggikan, ketinggian,

Puisi
 

Tinggi-tinggi Bukit Seligi,
     Tempat orang memacu kuda;
Satu hari sedarkan diri,
     Takut gunung menjadi paya.



Lihat selanjutnya...