Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
nanophotonicsIlmu tentang perlakuan cahaya pada bahan nanostruktur seperti bintik kuantum dan hablur fotonik, biasanya melibatkan kajian tentang sifat cahaya pada nanometer dan reka bentuk peranti fotonik yang mempunyai kecekapan yang tinggi. Ilmu ini berpotensi tinggi dalam industri komunikasi bagi membekalkan peranti berkelajuan tinggi, berkuasa rendah dan bebas gangguan seperti elektrooptik dan suis optik pada cip. Lihat juga fotonik.
field emissionPenerowongan kuantum yang elektronnya merentasi suatu halangan di bawah pengaruh medan elektrik yang tinggi. Fenomena ini amat bergantung pada sifat bahan dan bentuk katod tertentu sehingga nisbah aspek tinggi menghasilkan arus pancaran medan yang tinggi. Pancaran medan digunakan sebagai sumber elektron dalam elektron ingatan kilauan, mikroskop, sistem mikroelektromekanik (MEMS) dan paparan pancaran medan. Pancaran ini dikenali juga sebagai penerowongan Fowler-Nordheim.
nanotube field effect transistorTransistor kesan medan yang menggunakan saluran pengkonduksi daripada bahan nanotiub. Transistor dibentuk dengan meletakkan nanotiub di dalam lurah lapisan silikon terdop tinggi antara sumber dan saliran. Sifat pengkonduksian yang tinggi bagi nanotiub karbon (CNT) membenarkan kawalan arus yang tinggi dan pelesapan kuasa yang rendah, sementara pengurungan cas yang tinggi mengurangkan kesan memusnah yang dikaitkan dengan pengecilan saiz transistor.
reflection high energy electron diffraction (RHEED)Teknik untuk mendapatkan maklumat struktur permukaan suatu bahan menggunakan kesan pantulan daripada pembelauan elektron tenaga tinggi. Dalam kaedah ini, alur elektron dituju kepada sampel pada sudut yang menghampiri sudut imbasan supaya elektron bergerak di sekitar permukaan dan tidak bergerak jauh ke dalam sampel. Teknik ini sensitif kepada struktur permukaan dan hasil corak pembelauan dipaparkan pada skrin yang bersalut fosfor.
variable pressure scanning electron microscopy (VPSEM)Kaedah yang digunakan untuk menghasilkan imej beresolusi tinggi yang berasaskan tekanan yang tinggi dan membolehkan sampel tanpa salutan konduksian dapat dianalisis
electroluminescencePemancaran cahaya dari suatu bahan apabila dikenakan medan elektrik yang tinggi atau dilalukan arus elektrik tanpa melibatkan penjanaan haba. Fenomena ini ialah hasil gabungan semula elektron dan lohong dalam bahan, biasanya semikonduktor. Elektron yang teruja akan mengeluarkan tenaga sebagai foton. Sebelum penggabungan semula, elektron dan lohong terpisah, sama ada hasil daripada pendopan bahan bagi membentuk simpangan p-n (seperti dalam peranti LED) atau pengujaan menerusi hentaman elektron bertenaga tinggi yang dipecut oleh medan elektrik tinggi (seperti pada fosforus dalam paparan elektropendarcahaya).
high resolution transmission electron microscopy (HRTEM)Kaedah pengimejan yang menggunakan kedua-dua alur terpancar dan terserak untuk membina imej antara muka.
hyperfoldingLipatan serabut kromatin pada peringkat tinggi oleh ikatan hidrogen lemah untuk menjadi lebih padat. Lipatan ini mudah terurai semasa pembentukan replikasi melalui pembahagian sel atau semasa transkripsi dalam pembentukan molekul asid ribonuklik (RNA). Lipatan ini biasanya berukuran 700 nm lebar.
lipophilicSifat bahan yang daya tarikannya terhadap lemak adalah sangat tinggi. Bahan ini digunakan sebagai pelarut lemak atau lipid. Contohnya, toluena.
electron microscopyKaedah yang digunakan untuk mendapatkan imej sampel beresolusi tinggi melalui mikroskop elektron bagi mengkaji struktur permukaan bahan.
Tesaurus
 
tinggi (adjektif)
1. Dalam konteks orang
bersinonim dengan panjang, lampai, langsing, renjong, tonjeng, lonjong, agam, ampai,
Berantonim dengan pendek

2. Bersinonim dengan luhur: mulia, murni, besar, agung,
Berantonim dengan hina

3. Bersinonim dengan angkuh: bongkak, congkak, sombong, pongah,

4. Dalam konteks suara
bersinonim dengan nyaring, muluk, halus dan keras,
Berantonim dengan rendah

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan mahal, melambung, menjulang, meningkat, naik,
Berantonim dengan rendah

Kata Terbitan : meninggikan, ketinggian,

Puisi
 

Rumput tinggi tepi hutan,
     Bintang timur tinggi melambung;
Minta rezeki besar lautan,
     Minta umur tinggi gunung.



Lihat selanjutnya...