Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Memancung tinggi-tinggi, menebang rendah-rendah.

Takrif

Hukuman diminta yang setinggi-tingginya, tetapi yang dijatuhkan ialah yang serendah-rendahnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tinggi terbawa oleh ruasnya.

Takrif

Orang yang tubuhnya saja besar, tetapi masih bodoh.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tinggi kayu ara dilangkahi, rendah bilang-bilang diseluduki.

Takrif

Melakukan atau mengerjakan sesuatu hendaklah menurut keadaannya yang wajar, meskipun kadang-kadang ganjil pada perasaan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tinggi kerana ada yang rendah.

Takrif

Tiap-tiap suatu mesti ada yang berlawanan untuk dapat dibezakan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tinggi duduk daripada tegak.

Takrif

Sesuatu yang tiada menurut aturan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tinggi duduk daripada cangkung.

Takrif

Besar belanja daripada hasil pencarian.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tinggi disusupi, rendah dilangkahi.

Takrif

Diselidiki dan diperiksa dengan saksama sehingga bertemu. (Peribahasa lain yang sama makna: Disigai sampai ke langit).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tinggi disigai, besar ditebang.

Takrif

Menyesuaikan diri dengan keadaan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tinggi banir tempat berlindung.

Takrif

Tabiat yang aneh atau keganjilan seseorang itu ada faedahnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Digantungkan tinggi, digalikan dalam.

Takrif

Perjanjian yang diperbuat dengan syarat-syarat yang teguh.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
tinggi (adjektif)
1. Dalam konteks orang
bersinonim dengan panjang, lampai, langsing, renjong, tonjeng, lonjong, agam, ampai,
Berantonim dengan pendek

2. Bersinonim dengan luhur: mulia, murni, besar, agung,
Berantonim dengan hina

3. Bersinonim dengan angkuh: bongkak, congkak, sombong, pongah,

4. Dalam konteks suara
bersinonim dengan nyaring, muluk, halus dan keras,
Berantonim dengan rendah

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan mahal, melambung, menjulang, meningkat, naik,
Berantonim dengan rendah

Kata Terbitan : meninggikan, ketinggian,

Puisi
 

Rumput tinggi tepi hutan,
     Bintang timur tinggi melambung;
Minta rezeki besar lautan,
     Minta umur tinggi gunung.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
49

Don't bite off more than you can chew

Jangan lakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan yang tidak mampu ditangani atau yang melebihi kebolehan diri.

Panjang langkah koyak pesak seluar, tinggi loncat tembuk ubun-ubun

Don't bite off more than you can chew. This mega project is far too complex to be handled by a single person. You'd better forget.

Panjang langkah koyak pesak seluar, tinggi loncat tembuk ubun-ubun. Projek raksaksa itu terlalu rumit dan sukar untuk kau tangani seorang. Lebih baik kau lupakan sahaja.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...